Ramai dikalangan wanita yang gemar menjaga kecantikan kulit wajah, pasti tidak asing lagi dengan pemakaian masker pada muka.

Terdapat lambakan masker muka yang ditawarkan di pasaran, dengan pelbagai jenis variasi serta menawarkan fungsi yang berbeza-beza. Tapi tahukah anda, apa tujuan sebenar penggunakan masker tanah liat atau lebih dikenali sebagai Clay Mask?

Ini Kegunaan Sebenar Clay Mask Dan Cara Yang Tepat Untuk Diaplikasikan Pada Wajah!

Muka Berminyak Sampai Jerawat Beranak Pinak? Tepek Je ‘Masker’ Ni Sis

Secara umum Clay Mask digunakan untuk mengatasi tiga masalah kulit wajah seperti mengatasi liang pori tersumbat, minyak yang berlebihan pada wajah serta mengurangkan risiko tumbunya bintik-bintik hitam (blackhead) ataupun jerawat pada wajah.

Cara penggunaan masker jenis tanah liat ini, sama seperti cara untuk mengaplikasian masker wajah yang lain. Ini kerana masker berbentuk cecair atau paste perlu menggunakan berus khas agar lebih mudah diaplikasikan ke seluruh permukaan kulit muka, kecuali pada bahagian mata.

Ads

Artikel Berkaitan: Masker Ajinomoto Boleh Putihkan Wajah Adalah Mitos! “Tiada Kajian Yang Sah, Sebenarnya Semua Ada Tujuan…”

Setelah disapu merata pada wajah, Clay Mask perlulah dibiarkan kering. Setelah masker kering, bolehlah membasuh muka dan amat disyorkan untuk menggunakan air suam.

Jika, amalan memakai masker muka jenis tanah liat ini diamalkan setiap seminggu sekali, nescaya kulit hijabi akan mulus dan bebas jerawat serta masalah kulit.

Ads

Muka Berminyak Sampai Jerawat Beranak Pinak? Tepek Je ‘Masker’ Ni Sis

Selain itu, ia juga memberikan manfaat yang besar bagi mereka tang mempunyai kulit berminyak dan mengawal minyak yang berlebihan pada wajah.

Untuk pengetahuan anda, minyak yang berlebihan akan merisikokan liang pori untuk tersumbat sekaligus menggalakkan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Ads

Justeru, bagi jenis kulit lain, selain daripada kulit berminyak seperti kulit kering, kulit kusam dan lain-lain. Adalah amat disarankan untuk memastikan terlebih dahulu kandungan yang digunapakai dalam sesuatu Clay Mask.

Sebagai contoh, Clay Mask yang mengandungi hyaluronic acid  mampu memberi kesan hidrasi kulit yang baik dan mengunci lembapan pada wajah sekaligus membantu mengatasi masalah kulit kering.

  1. Artikel Berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI