Jika kamu perhatikan rangkaian produk pencuci muka yang dijual di mana-mana gedung pasaraya, pastinya ia mengandungi Salicylic Acid.
Orang-orang di sekeliling juga ramai yang mengatakan bahawa Salicylic Acid ini benar-benar bagus untuk merawat jerawat. Tetapi, apakah sebenarnya Salicylic Acid?
Salicylic acid ialah salah satu jenis BHA yang paling banyak disarankan oleh pakar dermatologi untuk mengatasi jerawat. Hal ini disebabkan kerana salicylic acid mengandung ukuran molekul yang lebih besar sehinggakan kamu akan terasa lembut semasa mencuci wajah tanpa menimbulkan iritasi.
2. Salicylic acid terbukti dapat membersihkan pori-pori kotor yang menjadi punca jerawat
Ada tiga faktor utama penyebab timbulnya jerawat, iaitu minyak yang berlebihan, reaksi dari bakteria dan lubang pori-pori tersumbat. Oleh itu, Salicylic Acid boleh merawat masalah ini.
Salicylic acid membantu untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat. Oleh disebabkan itu, salicylic acid ini juga dipercaya dapat mengatasi masalah blackhead dan whitehead serta memantu untuk membaikpulih sel kulit.
3. Salicylic acid sebagai exfoliator yang lembut
Salicylic acid juga dikategorikan dalam jenis keratolytic medication, yang sesuai dijadikana sebagai exfoliator. Keratolytic medication ini akan membuat kulit lebih lembut dan mengangkat sel kulit mati. Kesannya, kulit kamu akan menjadi lebih bersih, lembut dan kurang berjerawat!
Selain itu, salicylic acid juga berfungsi untuk mengurangkan produksi minyak berlebihan pada wajah yang sering menjadi penyebab tersumbatnya lubang pori-pori.
4. Membersih secara mendalam
Salah satu fungsi salicylic acid ialah menghancurkan desmosomes, iaitu sejenis bahagian yang melekat antara jaringan sel di lapisan luar kulit. Hal ini akan mendorong proses eksfoliasi kulit dan membuka pori-pori yang akhirnya akan menyebabkan timbulnya masalah jerawat.
Bukan itu sahaja, malah salicylic acid dapat mengurangkan produksi minyak dan sebum di wajah. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan jerawat di wajah. Salicylic Acid ini juga bersifat anti-inflamasi yang akan membantu untuk melawan jerawat dan kemerahan di wajah.
5. Namun, ada tapinya….
Salicylic acid
tidak sesuai dipakai untuk kulit yang kering kerana disebabkan fungsinya untuk mengurangkan minyak, maka ia akan menyebabkan kulit si pemakai akan menjadi lebih kering jika si dia mempunyai masalah kulit kering ataupun sensitif.Seperkara lagi, pastikan kamu tidak memakai produk yang mengandungi salicylic acid ini lebih dari satu. Maksudnya, jika cleanser yang digunakan sudah memiliki salicylic acid, elakkan toner yang mengandungi kandungan yang sama kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan akhirnya menyebabkan masalah jerawat semakin teruk.