Video seorang instafamous dan usahawan muda yang memuatnaik di laman sosial rakaman video proses pengebumian seorang sahabatnya tular baru-baru ini. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Ramai yang beranggapan insiden ini tidak sepatutnya berlaku malah pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan hukum tentang merakam video orang yang telah meninggal dunia.
SOALAN:
Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkan saya menyebar video orang yang telah meninggal dunia yang telah saya rakam bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsikan di dalam media sosial.
JAWAPAN:
Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.
Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.
Mengiringi jenazah merupakan suatu perkara yang dituntut di dalam Islam dan juga merupakan tanggungjawab seseorang muslim ke atas saudara muslimnya yang telah meninggal dunia, bahkan ganjaran pahala yang diberikan adalah sangat besar.
Ini berdasarkan hadis yang dirirwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang bersama-sama jenazah sehingga selesai disolatkan dia mendapat satu qirath (قِيرَاطٌ) dan sesiapa yang bersama-samanya sehingga selesai dikebumikan dia mendapat dua qirath. Lalu Baginda ditanya: Apakah dua qirath itu? Baginda menjawab: Ganjarannya umpama dua buah gunung yang besar.”
Riwayat al-Bukhari (1261)
Ads
Di samping itu, etika ketika menziarahi si mati, syarak melarang daripada melakukan perkara yang boleh menyakiti atau menghina si mati sehingga boleh mendatangkan fitnah dan menjatuhkan maruah saudaranya itu. Ini kerana setiap manusia itu dimuliakan oleh Allah SWT ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia.
Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.
(Surah al-Isra’, 70)
Al-Hafiz Al-Sayuti dan Imam Al-Mahalli telah menjelaskan makna sebenar ayat ini. Mereka berdua berkata :
“(Allah telah memuliakan anak cucu Adam) dengan ilmu, kepetahan bercakap, makhluk yang bersifat pertengahan dan lain-lain lagi. Antara (kemuliaan yang diberikan kepada anak Adam) adalah kesucian mereka walaupun selepas meninggal dunia.”
Ads
Kewajipan seseorang muslim menjaga keharmonian sesama manusia ketika hidupnya sama seperti ketika kematiannya. Oleh itu, tidak boleh seseorang itu melakukan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan si mati ketika hayatnya atau ahli keluarganya.
Ini kerana Baginda Nabi SAW pernah bersabda:
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya: Mematahkan tulang mayat adalah seperti mematahkannya ketika hidup. Berbalik kepada persoalan di atas, berkongsi gambar dan video kepada orang awam dan juga dimedia sosial perlu mendapat keizinan daripada ahli waris si mati. Hal ini, merupakan perkara yang perlu diambil berat bagi menjaga perasaan dan juga sensitiviti ahli warisnya, malah ini merupakan hak dan tanggungjawab bagi seseorang muslim ke atas muslim yang lain.
Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW:
Maksudnya: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim (yang lain) dia tidak boleh mengkhianatinya, tidak membohonginya dan tidak memperdayainya, Hak bagi setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya manjatuhkan) maruahnya, hartanya dan darahnya.” Riwayat al-Tirmizi (1927)
Sheikh Abdurrahman Al-Mubarakfuri menukilkan padangan Ibn Qutaibah berkenaan hadith tersebut. Beliau menyebut :
عِرْضُ الرَّجُلِ نَفْسُهُ وَبَدَنُهُ لَا غَيْرَ
“Maruah seseorang adalah dirinya dan tubuhnya. Tiada yang lain.”
Ini bermakna segala apa yang berkaitan dengan diri dan tubuh manusia adalah sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dicemari. Apatah lagi, jika seseorang itu telah meninggalkan. Tambahan pula jika mayat tersebut mempunyai aib yang boleh mengundang kata-kata oleh orang yang menonton video tersebut. Maka seharusnya perkara sebegini yang perlu dijaga.
Justeru, berdasarkan kepada persoalan yang diajukan dan penjelasan yang diberikan, dapat disimpulkan disini bahawa tidak sepatutnya seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.
Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.
Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si mati.
Menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama ibubapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk dimasukkan ke dalam syurga.
Baca perkongsian Norehan Rahmat ini.
Hari ke-3 aku hantar makanan kt makcik ni.. duduk kt tingkat 12.
Kisahnya bermula bila anak makcik ni Oder otak2. Lepas tu minta hantar kerumahnya ditingkat 12. Aku bagitau utk penghantaran ke flat hanya di bawah saja.
Kalau sampai ke tingkat 12 ada caj rm3. Nadanya agak marah bila dia kata aku salah pilih runner.. sbb berkira sgt dgn org tua.
Mulanya aku nk blok je no dia.. tapi terfikir balik.. mungkin betul apa yg dia kata.. yg mak dia xleh turun cari juadah berbuka. Dari ceritanya… Dia tidak tinggal dgn mak. Saya di Johor. Mak tinggal sorg diri.
Aku bgtau xpelah.. biar aku yg hantar ke rumah mak dia.. tapi lepas habis cod dulu. Dia kata ok. Aku bgtau kt anak aku.. kalau betul apa yang anak dia cakap.. aku rela hantar tiap2 hari makanan utk makcik tu.
Sampai depan pintu.. Mmg betul. Dalam rumah ada tongkat kaki tiga dan kerusi roda. Seb baik makcik tu boleh jalan lagi.. Alhamdulillah.. dia masih kuat lagi. Aku cuba siasat.. tanya semua.
Dia bekas pekerja hospital HKL (xtanya pun apa jawatan dia). Dia anak2 semua kt luar negara. Anak yg oder makan tu tggl kt batu pahat. Ok lah.. aku terima alasan yg munasabah. Aku tanya makcik tu nak makan apa esok? Nak tepung pelita.. sbb xde gigi. Xleh makan yg keras katanya.
Hari ke -3 baru anak dia balas wasap aku.. dia berterimakasih sbb aku bantu mak dia. Dia kata tak sempat nk balas wasap sbb sibuk jaga pesakit. Rupanya anak dia seorg #frontliner. Patutlah dia agak tertekan bila aku cakap runner xleh hantar sampai atas.
Dia tertekan dengan masalah kerja.. dalam masa yg sama rasa bimbang takut mak dia xde juadah berbuka. Hari ni makcik Raja dapat makan nasi beriani. Esok nak tepung pelita lagi.
InsyaAllah.. selagi aku sihat.. aku bantu Makcik Raja.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama pujaan hati, pelakon dan juga pelawak Shuib Sepahtu, nama usahawan Watie Hanafiah sedikit sebanyak menerima bahang populariti suami sehingga dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Ketika diminta mengulas berhubung isu penghijrahanya dirinya dan dikala ramai selebriti ndustri tanah air yang kembali melepaskan hijab mereka, ini respon yang diberikan oleh suri hati Shuib ini.
Watie Akui, ‘Istiqamah’ Bukan Perkara Mudah!
Menurut Watie, selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, tidak dinafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Malah, untuk kekal istiqamah, sudah tentu Watie memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Meski Tak Sempurna, Watie Mahu Sentiasa Perbaiki Diri
Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.
“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Seluruh umat Islam disarankan untuk membaca Al-Quran kerana banyak kebaikan yang dapat kita perolehi selain daripada ganjaran pahala. Allah SWT amat suka akan hambanya yang benar-benar rajin mengamalkan amalan membaca Al-Quran dan memahami erti setiap ayat.
Membaca Al-Quran dapat mempengaruhi jiwa dan fikiran agar sentiasa tenang. Sesuai dengan hadits yang pernah diriwatkan oleh muslim yang dinyatakan oleh Abi ummah ra :
“Baginda Rasullulah berkata bacalah olehmu Al-Quran kerana sesungguhnya akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat nanti untuk siapa saja yang membacanya.”
Antara kebaikan-kebaikan yang dapat kita perolehi dari membaca Al-Quran adalah:
1. Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan dari-Nya
Membaca Al-Quran dapat menjadikan diri kita lebih tenang dan mendapat penuh keberkatan. Maka dari itu seseorang yang membaca Al-Quran insyaAllah mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dan kebaikan dari Allah SWT sebagai manusia yang soleh.
Seperti hadits riwayat dari yirmidzi bahawa :
“Barang sesiapa yang membaca satu huruf saja dari kitabullah maka seseorang itu akan mendapatkan kebaikan satu kali. Tetapi setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kalinya.”
2. Mendapat sinar Nur dari Allah SWT
Membaca Al-Quran dapat menjadikan seseorang itu kelihatan semakin bercahaya. Ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang itu lebih disayangi, dihormati dan dihargai ramai orang.
Seperti hadits yang menyatakan:
“Orang-orang yang hebat dalam membaca Al-Quran akan selalu ditemani para malaikat, pencatat yang paling dimuliakan dan taat kepada Allah SWT dan orang orang yang masih bertatih membaca Al-Quran lalu bersusah-payah mempelajarinya maka dia akan mendapatkan dua kali pahala,” (HR. Bukhari)”
3. Memperolehi rahmat dan perlindungan dari malaikat
Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang dan sabar dapat mendatangkan rahmat dari Allah SWT dan mendapatkan perlindungan dari para malaikat dari kejahatan yang terlihat mahuoun yang tidak terlihat.
Seperti hadits yang menyatakan :
”Ketika para kaum muslim berkumpul di masjid-masjid Allah dan mereka membaca Al-Quran dan memnpelajarinya, maka akan datang kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah dan dilindungi oleh malaikat-malaikat dan Allah SWT menyebut mereka dihadapan makhluk yang ada didekatnya.”
4. Diberikan syafaat ketika hari kiamat.
Membaca Al-Quran dapat mendatangkan kebaikan dan kemuliaan yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelumnya bahkan juga terjadi pada hari kiamat dengan kemuliaan yang sangat besar.
Seperti hadits yang menyatakan bahawa :
“Bacalah setiap bait Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” (HR. Muslim)”
5. Agar selamat duniat dan akhirat.
Setiap umat Islam yang rajin membaca Al-Quran dengan hati yang ikhlas dapat menyelamatkan dirinya dari kejahatan yang terlihat dan tidak terlihat dan kesengsaraan selama di dunia dan akhirat, semua itu berlaku kerana Allah SWT melindunginya.
Baginda Rasullulah bersabda bahawa :
“Ibadah yang paling berkah dan istimewa adalah membaca dan mempelajari Al-Quranserta mengamalkannnya dalam kehidupan seharian bahkan pada tiap satu ayatnya yang telah dibaca mengandungi 10 kebaikan dan ajaran kebenaran didalamnya. “
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...