Beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman tentulah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh anak-anak perantau. Namun hasrat untuk beraya bersama keluarga terpaksa dilupakan kerana tidak dapat merentas negeri kerana wabak covid yang semakin ‘menggila.’
Hukum melanggar larangan merentas negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata, hal ini kerana asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.
Katanya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.
“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.
“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?
“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom.
Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covid-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.
HIJABISTA: Kita berdoalah agar wabak covid ini segera berakhir dan rantaian wabak ini dapat diputuskan. Bagi mereka yang merindukan ahli keluarga terutama kedua ibu bapa, sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik.
Sumber kredit: Sinar Harian
Top image: Photo by Dids from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI