Selepas ‘baby shark’, tarian Panama Dance pula yang menjadi viral. Ramai yang membuat aksi tarian termasuk membabitkan lelaki dan perempuan. Iramanya yang berentak catchy ini menyebabkan tarian berkenaan jadi kegilaan semua golongan masyarakat termasuk lelaki dan wanita. Namun dalam keseronokan menarikannya, apakah kita tahu hukum di sebaiknya? Dalam hal ini Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjelaskan bahawa tarian Panama Dance ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan.
Bukan itu sahaja menerusi Utusan Online, Mufti menjelaskan selain tindakan berkongsi persembahan menerusi video di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya diihat oleh mahram mereka.
“Mungkin ada yang menggunakannya untuk tujuan rujukan melakukan senam robik dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kit aunt menyebarkan secara terbuka menutup aurat berjoget begitu.
“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah rakam, dimuat naik dan jangan kongsi di media sosial. Jangan buarkan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah dan jaga aib sebagai seorang Muslim,” katanya ketika dihubungi berhubung isu tarian Panama Dance yang viral ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Perkara Sering Wanita Berhijab Abai HIngga Jadi Haram
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman juga turut menasihati orang ramai tidak mengajak dan terikut-ikut dengan trend tarian itu.
Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.
“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.
“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,” katanya.
SUMBER: UTUSAN ONLINE