Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab bagi mengesan individu dijangkiti Covid-19 sebagai tidak membatalkan puasa.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.
Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
“Maka puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
Ads
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-Jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya..
Ads
Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.
“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuklah perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
Ads
“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya.
Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh iaitu:
1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
3) Sengaja muntah.
4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
5) Melancap. Yakni mengeluarkan air mani.
6) Datang darah haid atau nifas.
7) Gila dan murtad.
Kulit kita mempunyai beberapa jenis seperti normal, kombinasi dan juga berminyak. Dan kulit berminyak ini sangat cenderung terhasilnya jerawat. Oleh sebab itu apabila sebum atau kilang minyak ini mengeluarkan minyak pada kadar yang tidak terkawal, debu atau kekotoran senang nak melekat pada kulit muka.
Dan bila sudah melekat bakteria pun akan mudah membiak dan akan menyebabkan liang pori mudah tersumbat. Bila tersumbat maka jerawat pun dengan mudah akan terhasil. Jadi disebabkan itu minyak pada kulit kita hendaklah dikeluarkan dalam keadaan terkawal.
Perkongsian dari pengguna laman sosial di Instagram @raidatulzahraahijab memberi tip jus campuran dari timun dan aloevera untuk mereka yang ada kulit muka berminyak untuk menyelesaikan masalah ini.
Aloevera sangat membantu menjaga kulit kulit u’olls dari terhidrasi tanpa menyekat liang-liang pori.
Zink yang terdapat dalam aloevera jugak membantu mengecilkan liang-liang pori u’olls supaya mengurangkan pengeluaran sebum (kilang minyak).
Digabungkan dengan jus timun sebab kulit berminyak sangat cendurung kepada jerawat. Maka jus timun ni akan bantu melindungi kulit dari timbul jerawat dan mengurangkan keradangan bila jerawat terhasil.
2 sudu besar jus timun (yang sudah diblender dan ambil airnya sahaja)
1️. Campurkan jus timun dan gel aloe vera dan kacau sebati.
2️. Sapukan kepada seluruh kulit muka u’olls dan biarkan selama 30 minit.
3️. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih dan ulang setiap hari sekali dalam masa seminggu untuk nampak kesan yang optimum.
Kalau jus timun dan aloevera membantu, WDTA jugak sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit berminyak dengan hanya melalui sapuan pada 3 point nadi sahaja. Dah beribu feedback kami terima dari pengguna, bangun pagi mesti rasa segar sebab dah tak berminyak lagi. Alhamdulillah. Ape pun jangan lupa tag kawan kawan dan mencuba tips ni tau. Semoga bermanfaat u’olls
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyelesaian untuk rambut kering dan kusam adalah lebih mudah daripada yang anda fikirkan, ia mungkin hanya memerlukan rangsangan vitamin. Khususnya, vitamin E, hanya beberapa titis minyak vitamin E ke kulit kepala anda setiap minggu mungkin semua yang diperlukan untuk menjadikan rambut selembut sutera.
Vitamin E ialah antioksidan berasaskan tumbuhan yang menjadi tunjang utama dalam lorong kecantikan hasil sifat penyembuhannya. Anda akan dapati ia dalam penjagaan kulit untuk melembapkan dan mengurangkan keradangan, dan ia merupakan pilihan yang bagus untuk rambut kerana ia boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala dan kunci anda.
Faedah menggunakan minyak vitamin E untuk rambut
Ini adalah ramuan serba boleh, minyak Vitamin E apabila disapu pada kulit kepala, bertindak sebagai perapi yang membantu menghidrat dan meremajakan kulit kepala yang kering dan mengelupas. Di samping itu, apabila digunakan di seluruh rambut, ia boleh membantu meningkatkan kilauan dan mencegah rambut pecah secara keseluruhan. Oleh itu, mari kita menyelami manfaat utama minyak vitamin E untuk rambut anda:
Galakkan pertumbuhan rambut
Memang sukar untuk mencari produk bukan preskripsi yang merangsang pertumbuhan rambut, tetapi minyak vitamin E mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu. Minyak vitamin E, kerana ia adalah antioksidan, membantu mengurangkan tekanan oksidatif pada kulit kepala. Ini penting kerana tekanan oksidatif menyukarkan badan anda untuk membaiki sebarang kerosakan, yang menyebabkan sel folikel rambut rosak dan menyebabkan keguguran rambut. Minyak Vitamin E berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut anda, memulihkan fungsi yang betul supaya rambut anda tumbuh dengan baik. Ia juga meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala, yang membantu dalam pertumbuhan rambut secara keseluruhan.
Melegakan kekeringan
Minyak Vitamin E adalah penawar mudah untuk kulit kepala yang kering dan mengelupas. Sama seperti minyak melembapkan kulit, ia juga melembabkan, menghidrat dan meremajakan kulit kepala apabila digunakan secara topikal.
Menguatkan rambut
Folikel rambut kita cenderung menjadi lemah secara semula jadi dengan usia dan daripada menggunakan produk kimia dan alat penggayaan haba. Hasilnya, pecah dan hujung bercabang. Untuk membantu anda, minyak vitamin E merawat folikel rambut yang rosak, menjadikannya lebih kuat dan sihat, jadi kurang terdedah kepada patah.
Tambah kilauan rambut
Rambut kering, rapuh, keriting atau kusam, terima kasih, sekali lagi, untuk memanaskan, bahan kimia dan genetik anda. Atasinya dengan minyak vitamin E, dari masa ke masa produk ini bertindak sebagai penghalang pelindung kepada rambut dan memberikannya khasiat yang diperlukan untuk menjadi lebih berkilau.
Cara menggunakan minyak vitamin E untuk rambut
Pakar mengesyorkan mulakan dengan perlahan dan mengehadkan penggunaan minyak vitamin E kepada beberapa kali seminggu. Ini membolehkan anda memeriksa kulit kepala untuk tanda-tanda tindak balas alahan, termasuk ruam dan kerengsaan kulit kepala. Jika anda mempunyai kulit kepala yang sensitif, vitamin E mungkin bukan pilihan terbaik untuk anda kerana ia adalah sebatian yang agak berat.
Langkah 1: Aplikasi
Mulakan dengan jumlah minyak vitamin E yang sudah dicairkan bersaiz suku. Anda akan tahu ia dicairkan jika produk mengandungi minyak pembawa seperti minyak kelapa atau lavender. Kemudian gunakan hujung jari dan tapak tangan anda untuk mengurut perlahan-lahan ke rambut dan kulit kepala anda.
Anda juga boleh menambah beberapa titik produk minyak vitamin E ke dalam syampu atau perapi yang belum mengandungi vitamin E. Kaedah ini membantu memastikan anda mendapat pengedaran produk yang sekata.
Langkah 2: Biarkan minyak berada di rambut selama sejam (atau semalaman)
Jika anda ingin memanfaatkan sepenuhnya sifat berkuasa minyak vitamin E, tunggu sejam sebelum membilasnya jika anda menggunakan produk minyak vitamin E terus bukan melalui syampu. Walau bagaimanapun, pakar dermatologi mengatakan adalah selamat untuk meninggalkan minyak dalam rambut semalaman dan bilas keesokan harinya.
Langkah 3: Bilas
Apabila anda membilas rambut, pastikan anda melakukannya dengan teliti dan gunakan air suam untuk menjamin penyingkiran sebarang kotoran dan sisa yang terkumpul pada kulit kepala dan rambut. Setelah produk dibilas sepenuhnya, anda boleh mengeringkan rambut anda dan menggayakannya seperti biasa.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.
Semua cantik-cantik & Sedap mata memandang @rubychewan
Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.
Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.
Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.
Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.
Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday macam Abang Long dan Kak Mah.
Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...