Esok kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Sama seperti hari raya Aidilfitri, tentunya masing-masing ingin melaram dengan baju raya. Inilah masanya juga untuk kita tampil cantik dan menarik kerana akan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.
Bukan sahaja busana indah digayakan, wajah juga kena lebih flawless dan glowing. Salah satu cara untuk tampil cantik adalah dengan menggunakan petua alami.
Perkongsian wanita ini Nanie Ripin di Facebook memberitahu cara membuat masker untuk merawat masalah kulit wajah. Menurutnya kena rajin membuat diy masker menggunakan tomato dengan bajet tak sampan RM5, lebih-lebih lagi menjelang Syawal tak lama lagi.
Katanya lagi kena konsisten mengamalkannya sepanjang Ramadan ini untuk pastikan wajah manis berseri waktu raya.
DIY MASKER UNTUK RAWAT MASALAH KULIT WAJAH.
Memang ramai yang dah tau kan khasiat Tomato untuk kulit wajah kita.
Tapi tak ramai dri kita yang konsisten buat tiap hari kan.
Ads
Alaaaa awak tu, kata nak kulit syantik tanpa sebarang celah. Kene la rajin kan. Nak nak lagi dekat raya nih. Mesti ada yang di jemput bakal Mertua beraya ke rumah .
Takpe. Meh try tips Diy kak N nih. Sempat lagi nak bagi kulit wajah manis berseri. Hikhik.
Mudah je. Kos pun tak mahal. Jum kita intai bahan dan cara buat.
Bahan diperlukan.
1. Tomato 2. Jus Lemon 3. Madu
Ads
Cara buat.
Hancurkan tomato. Nak kisar pun boleh. Tapi kak N suka bijik bijik tomato tu. Nanti jadi ala ala scrub kat muka. Campur kan jus lemon dan madu. Kacau sebati.
Ads
Boleh lah gosok gosok kat wajah. Biar dalam 15 minit. Baru bilas dengan air suam.
Taraaaaa. Konsisten buat tau sepanjang Ramadan nih. Haaa raya nanti wajah dah manis berseri. Auchh.
Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?
Namun, trend hari ini seakan memaksa manusia untuk tampil sempurna terutamanya di laman sosial, biarpun terpaksa berkorban demi mencapai ‘beauty standard’ yang diagung-agungkan oleh warganet.
Berbicara mengenai soal berkorban untuk cantik, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual Dato Seri Vida (DSV) dalam rancangan The Hijabista Show mengenai persoalan yang seringkali timbul di kalangan masyarakat mengenai imejnya yang seringkali menjadi viral dan perbualan ramai.
Ada yang menyifatkan bahawa ‘Beauty Standard’ ini hanyalah sekadar propaganda pemasaran demi untuk mengaut keuntungan. Mengulas lanjut mengenai hal itu, The Hijabista Show merungkai setiap persoalan.
“Imej Viral, Ekstravaganza Itu Diri Saya..”
Menyentuh perihal imejnya yang acapkali menjadi perbualan dan mendapat kecaman dari netizen, DSV menyatakan bahawa itulah imejnya yang sebenar. Namun dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali ramai dan sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera, dalam kata lain, untuk penjenamaan dirinya.
“Sebenarnya, imej saya hari ini sedikit ringkas dan lebih minimalis berbanding dahulu. Jika dahulu, saya memakai barangan kemas seperti pokok krismas! Begitu sarat dan keterlaluan.
“Namun hari ini, saya lebih suka untuk tampil ringkas tetapi masih tidak melenyapkan ‘trademark’ jenama DSV itu sendiri. Bagi saya fokus amat penting dalam membuat sesuatu perkara.
“Jadi, imej saya ini biarpun sedikit berkurangan, tetapi masih perlu menjadi perhatian ramai.
“Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri,” ulasnya lanjut.
DSV Akui Gadai Rasa ‘Malu’ Untuk Dikenali Ramai!
Tambahnya lagi, imej viral yang dihasilkannya itu juga merupakan salah satu cara untuk perniagaannya terus maju dan dikenali ramai. Tidak meletakkan rasa malu sebagai batu penghalang, DSV tetap fokus menjadi dirinya yang sebenar.
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat. Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.
Tidak mudah sebenarnya untuk membina imej diri saya hari ini. Pelbagai proses harus saya lalui tetapi itulah matlamat dan fokus yang saya letakkan dalam karier saya sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai seorang penyanyi. Setiap kali saya ingin tampil dengan pembaharuan dan kelainan, saya pinta kepada-Nya untuk diberikan sebuah idea baru.
“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat,” jelasnya.
Ternyata, nama Dato Seri Vida ialah satu dalam sejuta. Tidak ramai yang mampu memiliki hati secekalnya. Bijak dalam mengatur strategi penjenamaannya, sehingga hari ini jenama DSV sentiasa meniti di bibir masyarakat.
Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk berkorban demi cantik? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama laa El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Bulan Muharram adalah permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.
Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi). Sedar atau tidak sedar esok kita akan melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram), apakah resolusi penghijrahan yang bakal kita lakukan pad atahun ini?
Mereka Yang Gagal Menjadi Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya, Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Rugi!
Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani. Orang yang berjaya ialah mereka yang sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Menurut Pendakwah terkenal dari Indonesia, al-fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara berkata, umat Islam seharusnya berlumba-lumba kearah kebaikkan ketika hayat masih dikandung badan, ini kerana ajal boleh menjempt pada bila-bila masa.
Malah, tiada siapa yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Lebih malang lagi, jika mautmenjemput sebelum seseorang individu itu sempat bertaubat dan menucapkan dua kalimah syahadah.
Justeru, Ustaz Abdul Somad menasihatkan agar kita dapat memanfaatkan ketibaan Awal Muharram yang juga merupakan tahun baru Hijrah bagi seluruh umat Islam. Berazamlah untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik di sisi Allah, berbanding tahun hijrah sebelumnya.
“Orang Islam yang beruntung ialah mereka yang dapat menjadikan dirinya lebih baik di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya, manakala mereka yang tidak berubah adalah orang yang rugi.
“Sebaliknya, mereka yang menjadi lebih buruk di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya adalah orang yang terlaknat,” katanya
Bacaan Doa Akhir Tahun 1443 Dan Bacaan Doa Awal Tahun 1444 Hijrah
Sudah menjadi kelaziman setiap kali berganti tahun Hijrah, masyarakat Islam akan memasang atau memperbaharui azam selain membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah, malah ada yang menjadikan hari awal tahun Hijrah sebagai kewajipan untuk menetapkan satu matlamat baharu dalam kehidupan.
Sebagai makluman, doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah. Manakala doa awal tahun pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...