Bawang goreng memang selalu dijadikan bahan penghias makanan. Namun masalah yang sering terjadi ialah bawang goreng yang dimasak sendiri tidak serangup bawang goreng yang dibeli.
Sebenarnya tidak susah pun untuk membuat bawang goreng yang rangup bila dimakan. resipi yang dikongsikan ini bukan sahaja menghasilkan bawang goreng yang ranggup tetapi tahan lamma untuk disimpan.
Jom kita cuba tip menghasilkan bawang goreng rangup perkongsian Mimie Suhaimi Hussin.
Ads
Hiris bawang merah nipis-nipis.
Kemudian masukkan sedikit tepung gandum. Jangan letak banyak sangat tepung gandum.
Ads
Bawang yang telah digaul rata dengan tepung..
Goreng bawang dengan minyak panas. Sentiasa gaul sehingga bawang bertukar menjadi warna keemasan.
Ads
Inilah hasilnya. Bwang goreng yang rangup bila dikunyah.. Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupannya..
Sumber kredit: Mimie Suhaimi Hussin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Raya Tahun 2020 yang dinamakan sebagai HANAMI LEBARAN 2020 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Edisi raya tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan flora yang terdapat di negara Jepun.
Beberapa selebriti tempatan dan rakan-rakan media turut bersama mengaktifkan jenama ini secara dalam talian serentak pada hari ini, 29 April 2020 jam 5PM seluruh negara!
Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Lebaran tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Hanami Lebaran tahun 2020 ini juga disebabkan ramai hijabi meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang (shawl).
Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan, bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.
Oleh itu, pasukan rekaan Hanami telah menemukan kesimpulan bahawa para pengguna semakin menghargai dan mencintaai rekaan daripada koleksi flora yang digayakan dengan pemakaian tudung jenis sedia pakai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian dengan mudah disamping tidak ketinggalan dalam menggayakan fesyen terkini.
Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi Hanami Lebaran tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Koleksi Hanami Lebaran Tahun 2020 ini didatangkan dengan beberapa corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Koleksi Hanami Lebaran Tahun 2020 ini dan juga koleksi Hanami yang lain boleh didapati dilaman sesawang rasmi hijabsbyhanami dan juga di stokis yang berdaftar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-57 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Disayangi seluruh rakyat Malaysia, ramai netizen di laman sosial yang memberikan ucapan dan menitipkan doa buat dirinya agar terus berjaya dalam hidup.
Walau bagaimanapun, ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ oleh seorang kanak-kanak berbangsa Cina di laman sosial menjadi tumpuan dan mengujakan seluruh rakyat Malaysia apabila dia mendedikasikan sebuah video khas buat beliau yang dianggap sebagai hero negara.
Hari ni harijadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Video ni mencuit. Pada masa yang sama kita boleh lihat adik ni masih guna dialek cina dalam gelaran kepada atok dan nenek dia. Sama juga bagi diri kita semua. Jangan tinggal dialek masing masing. Hangpa cakap saja lagu mana pun. Biaq kekai sebagai bahasa lisan sehari hari.
Menggunakan aplikasi TikTok menerusi akaun @jackielim2828, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Shanice Lim,4, bertutur dalam bahasa melayu dan turut mendidik ahli keluarganya supaya sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dan tidak keluar dari rumah.
Video yang dihasilkan ini memang memberikan mesej yang positif buat seluruh rakyat Malaysia. InsyaAllah jika kita bersatu padu melawan covid-19, negara kita pasti boleh bebas daripada wabak tersebut dengan secepat mungkin. Kita pasti boleh!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti profesional Malaysia yang berhijab telah disenaraikan dalam Forbes “30 Under 30 Asia” tahunan kelima.
Senarai itu menampilkan 300 usahawan muda, pemimpin dan pencetus perubahan di seluruh Asia, kesemuanya berumur bawah 30 tahun.
Forbes 30 Under 30 Asia Kelas 2020 menyenaraikan pemimpin cemerlang dan inovatif dengan 30 individu dipilih bagi setiap daripada 10 kategori.
Nor Diana, 20, wanita pertama memenangi kejohanan Tinju Pro Malaysia Wrestlecon (MyPW) Julai lepas terpilih di bawah kategori Sukan dan Hiburan.
Kategori lain termasuk Seni (Seni dan Gaya, Makanan dan Minuman); Kewangan dan Modal Teroka; Media, Pemasaran dan Pengiklanan; Runcit & E-Dagang; Teknologi Perusahaan; Industri, Pembuatan dan Tenaga; Penjagaan Kesihatan dan Sains; Usahawan Sosial dan Teknologi Pengguna.
“Pada tahun ini yang disenarai sebagai 30 Under 30 Asia Forbes adalah mereka yang menginspirasikan keyakinan bagi menghadapi tahun yang mencabar ini,” kata Editor Forbes 30 Under 30 Asia, Rana Wehbe dalam satu kenyataan semalam.
Wehbe mengambil perhatian bahawa wanita muda terutamanya berumur bawah 21 tahun menyerlah dalam senarai 2020 tersebut, seperti petinju berhijab warga Malaysia sehingga pelawak wanita pertama Bangladesh dan usahawan sosial yang membantu para petani di Filipina untuk memperbaiki hidup mereka.
Antara yang tersenarai pada tahun ini termasuk kumpulan muzik K-pop wanita Twice dan pelakon wanita Park So-dam, daripada Korea Selatan, dikenali menerusi filem Parasite, yang telah memenangi anugerah Oscar.
Turut tersenarai adalah pemain tenis wanita nombor satu dunia Ashleigh Barty, pengasas MyraSwim, Bianca Anstiss daripada Australia serta pelumba kereta berumur 14 tahun, Juju Noda daripada Jepun.
Senarai 2020 menampilkan senarai 30 Under 30 Asia yang pelbagai, dengan melibatkan 22 buah negara dan wilayah, mewakili rantau Asia-Pasifik.
Dipilih daripada lebih 3,500 pencalonan, menerusi kajian wartawan Forbes dari seluruh rantau dan diteliti oleh veteran berpengalaman dalam industri, kumpulan individu yang terpilih ini telah mencatatkan kecemerlangan dalam industri disruptif dan dalam menangani isu global yang penting.
Kriteria bagi mereka yang tersenarai termasuk aspek kepimpinan, bagaimana mereka mewujudkan semangat keusahawanan yang sinonim dengan Forbes, dan potensi kejayaan dalam industri yang diceburi.
Faktor lain seperti inovasi, disruptif – saiz dan perkembangan usaha mereka dalam beberapa kategori – memainkan peranan dalam membuat keputusan muktamad.
Mereka yang tersenarai telah dipilih dan diteliti oleh panel hakim yang berwibawa dan terkenal dalam bidang masing-masing.
Mereka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rakuten, Hiroshi Mikitani, Pengarah Eksekutif dan CEO HCL Corporation dan Pemegang Amanah Yayasan Shiv Nadar, Roshni Nadar Malhotra dan Rakan Kongsi Utama di INCE Capital, JP Gan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.