Baik pulih 21 surau di Kelantan, selebriti terkenal, Neelofa telah memperuntukkan kos sebanyak RM 500,000 menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaikinya.
Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed, surau-surau terpilih adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.
Setiap surau diperuntukkan sebanyak RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kerosakan dan kos yang diperlukan untuk dibaiki.
“Peruntukan kerja-kerja membaiki surau rosak itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menunaikan ibadah di surau berdekatan tempat tinggal masing-masing.
“Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus,” jelasnya.
Selain Kelantan, pihaknya turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk Sabah.
“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan seperti polis sebagai tanda penghargaan kerana banyak membantu masyarakat.
“Kami menghargai jasa polis yang bertugas demi rakyat terutama dalam mencegah penularan Covid-19,” tambahnya.
kredit: Sinar Harian