Mudah Sahaja Hijabis Nak “Gemuk Pahala” & Masuk Syurga. Amalkan 4 Rahsia ini.

Share

Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.

1. Mendahulukan yang Wajib

Amal Makruf, Nahi Mungkar. Dahulukan segala yang wajib dan niat kerana Allah s.w.t.

2. Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian  berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali, berbuka puasa.

Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.

Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.

3. Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh dan longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri.

Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.

Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.

4. Taat Perintah Suami

Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda.

Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk.

Itu pun sudah “gemuk” pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!

Published by
SH