Ramai pasangan yang bernikah mengimpikan mempunyai zuriat secepat mungkin, namun kita hanya mampu merancang kerana Dia sebaik-baik menentukan segalaNya.
Mungkin belum rezekinya untuk dapat zuriat sendiri dan disuruh menjaga amanah Allah itu terlebih dahulu. Admin suka dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh pasangan-pasangan yang belum mempunyai zuriat. Kita doakan agar satu hari tercapai juga hasrat mereka untuk mempunyai zuriat dari darah daging sendiri.
Bukan pasangan ini sahaja yang belum dikurniakan anak, tetapi ramai lagi suami isteri yang masih menanti kehadiran zuriat. Admin terbaca perkongsian seorang lelaki bernama Mizan As-Syatirie ini yang menceritakan pengalaman hidup berumah tangga selama lapan tahun tanpa cahaya mata dan perkongsiannya menarik perhatian hampir ribuan netizen.
Dalam hantarannya di media sosial, dia memberikan tip yang paling berharga kepada pasangan yang ingin memiliki cahaya mata. Dia menulis posting itu dua tahun lalu tetapi apa yang ditulis masih boleh kita amalkannya hingga sekarang.
Moga dengan perkongsian ini dapat anda jadikan panduan dalam melayari bahtera rumahtangga bersama pasangan tercinta, terutama bagi yang masih belum dikurniakan zuriat.
Coretan Malam…
Ads
Dulu hampir 8 tahun atok dan wife takde zuriat.. Boleh dikatakan setiap bulan, bila nampak wife tak solat, atok tau dia tgh uzur.. Maksudnya tak sangkut lagi ler… Memula tu memang terasa.. Lama-lama tu dah jadi biasa..
Tak mengharap langsung pun.. Setakat org tanya2 ni, kami buat bodoh je.. Lantak ler nak tanya apa pun.. Paling tinggi kami senyum je.. Jawab karang, kasar bunyi nyer..
Memula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu kat bahagian baju bebudak.. Janggal.. Pastu kami ubah cara kami.. Kami belek baju2 comel tu.. Kami masuk kedai baby berangan mcm ada anak sendiri..
Ads
Satu hari wife cakap, dia nak beli baju2 ni.. Nak hadiahkan kat anak-anak buah.. Atok cakap sukati la.. Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan.. Suka dia bila tengok anak buah bergaya..
Dia kalau nampak ada baby kecik, tak kira anak siapa, dia akan bagi duit “tilik bayi”.. Paling sikit RM5.. Amek berkat kata dia.. Atok plak, kalau pegi 7E ke, ada bebudak dengan mak bapak dia nak beli jajan, kalau waktu tu ada duit lebih, atok akan bayarkan.. Pastu pegang kepala budak tu.. Amek berkat..
Kata orang, budak memang taktau nak do’akan kita lagi.. Tapi dorang ni suci.. Takde dosa.. Malaikat yang akan do’akan kita bagi pihak dia.. Pastu macam2 ikhtiar la kami cuba.. Buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu tu jamu ni, supplement tu supplement ni, pegi jumpa ramai gynea… Tapi nan hado!
Ads
Pastu ada sorang Ustaz ni bagitau atok.. Kalau nak cepat dapat anak, satu je syaratnya.. ISTERI KENA BEBETUL RASA BAHAGIA.. JANGAN MARAH-MARAH DIA.. KENA MANJAKAN DIA.. Pastu, dengan rasa terpaksa (hehehe) atok mula manjakan wife giler-giler.. Orang pompuan ni adat le.. Bila kena manja, kadang2 kepala tu jadi sikit besarlah.. Hehehe.. Tapi atok sabar.. Layankan je.. Daripada terpaksa, lama-lama jadi rela.. Sebab bila isteri ni bahagia, dia akan layan suami dia mcm raja.. Atok gak yang untung.. hehehe..
AlhamduliLLaH, pastu ALLaH hadirkan budak kuntet sorang ni dalam hidup kami.. Bermula la episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.. Jadi, kepada pasangan yg masih menanti zuriat, InshaALLaH rezeki korang ada.. Ikut je petua-petua ni eh..
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan hikmah, jadi pada bulan yang paling mulia dan penuh ganjaran ini, ramai diantara umat Islam berlumba-lumba mengutip dan mencari pahala demi mendapat keredhaan yang maha esa.
Begitu juga dengan perihal anak gadis kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil berbeza demi menghormati bulan Ramadan sekaligus menyahut seruan rakan-rakanya untuk berhijab ketika keluar bersiar-siar di khalayak umum.
Leona Akur Disuruh Rakan-Rakan Untuk Tampil Berhijab
Perkongsian Leona menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih pujian netizen apabila Leona dilihat begitu sopan dan berbeza ketika mengenakan hijab sewaktu bersiar-siar bersama rakannya yang lain.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Leona yang tampil lebih manis dan menawan mengenakan hijab berona kuning air sambil memakai baju sejuk lengkap hoodie berwarna merah jambu lembut.
Dalam perkongsian sama, gadis berusia 21 tahun itu juga sempat menitipkan ucapan salam Ramadan yang ditujukan khas buat para pengikutnya di aplikasi berkenaan.
“Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam Ramadan,” tulis Leona ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Cantik Sangat Semoga Istiqamah Leona! – Netizen
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen terhadap perubahan positif yang ditampilkan Leona khususnya di bulan mulia ini.
Rata-rata wargamaya memberi respon menyokong bahawa Leona lebih jelita dan menawan apabila mengenakan Hijab. Malah, ramai yang mahu Leona untuk terus menjaga penampilannya agar dapat berhijrah menjadi lebih baik selari dengan apa yang dituntut oleh agama Islam.
Dalam pada itu, netizen turut meminta Leona agar terus berkawan dengan rakan-rakan yang memberikan pengaruh baik seperti ini yang sering menegur di saat kita lalai dan terleka dengan dunia.
Sekadar info, sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terdahulu nama Leona sering mendapat perhatian dan menjadi bualan wargamaya di media sosial ekoran penampilannya yang terlampau seksi dan ‘mencolok mata’ sehingga mencetuskan kritikan, rasa kurang senang dan cemuhan orang ramai.
Masihkah Hijabi ingat, sewaktu bersekolah dahulu antara perkara paling mengujakan adalah apabila ternampak lori berwarna hijau muda jenama Milo memasuki perkarangan sekolah pada hari sukan sekolah.
Apabila guru memanggil barisan kelas masing-masing beratur untuk mengambil air milo lori berkenaan pastinya rasa gembira, tak sabar dan teruja untuk menikmati Air Milo lori ini.
Malah, ada yang sanggup beratur hingga dua tiga kali untuk menikmati air Milo ini sehingga puas. Ini kerana rasa air Milo lori ini begitu umphhh.. Dan berbeza dengan air Milo kotak, atau air Milo yang dibuat dirumah ataupun dibeli di kedai. Justeru, Hijabista berkongsikan resipi membuat Milo lori di rumah!
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dalam Secawan Milo Lori
Untuk pengetahuan hijabi, sebenarnya resipi untuk membuat air Milo adalah lebih kurang sama sahaja cuma yang membuatkanya lebih sedap adalah cara bancuhan yang berbeza.
Perkara ini, dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Syahrin Yen Zaini yang berkongsikan cara abang lori membancuh air milo.
Bagaimanapun, resepi air Milo lori yang dikongsikan ini adalah bagi porsi dan bancuhan berskala besar.
Cara Bancuh Air Milo Lori Macam Zaman Sekolah
Bahan-bahan:
8 tin susu pekat
8 tin susu cair
4 liter air panas
4 paket Milo(1 kg), total 4 kg
Ketulan Ais
Cara Penyediaan:
• Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas. Hmm, mungkinkah susu cair dan susu pekat cap junjung rahsianya membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?
• Masukkan milo.
• Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.
• Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
• Sedia untuk diminum.
Jadi kalau Hijabi mahu membancuh air Milo lori ini di rumah, boleh lah membuat kira-kira terlebih dahulu untuk mengurangkan atau melebihkan bahan yang digunakan.
Sebagai peringatan, resipi bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan Milo umphhh tersebut.
Sekarang dah boleh lah sis ubati kerinduan zaman persekolahan anda dengan menikmati Milo lejen ni di rumah. Mudah sahaja kan nak buat Air Milo lori ni? Selamat mencuba!
Sumber : Dailymakan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas sikapnya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura antara artis yang bebas kontroversi.
Miliki keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 52 tahun.
Kesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura.
Rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.
“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana.
“Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala.
“Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu,” kongsi Amy yang popular dengan lagu Sha Na Na.
Menurut selebriti kelahiran Perak ini, usia akan terus meningkat dan proses penuaan pasti berlaku.
“Kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua juga. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu.
“Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.”
Amy Mastura turut berpesan agar setiap wanita bersedia dengan segala perubahan seiring peningkatan usia.
“Contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Bersedialah kerana kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama.
“Bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.”
KEBAHAGIAAN 23 TAHUN
Sepanjang bergelar artis, tidak pernah lagi kita mendengar kisah-kisah yang kurang enak tentang rumahtangga Amy Mastura.
Sedar tak sedar sudah 23 tahun usia perkahwinan Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian. Mereka mendirikan rumahtangga pada 2000 dan dikurniakan dua puteri, Adriana (22) dan Adalia (19).
“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.
“Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.”
“Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa.”
“Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” tutur Amy Mastura.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...