Muatnaik Foto Percutian Demi ‘Content’ Hanyalah Pandangan Peribadi Neelofa – “Tak Tuju Kepada Sesiapa”

Share

Usahawan selebriti terkemuka, Neelofa tampil menjelaskan isu tular baru-baru ini berhubung kenyataannya tentang muatnaik foto di laman sosial, khususnya sewaktu percutian. Sehingga menimbulkan salah faham dan perdebatan di kalangan wargamaya, kononya beliau ‘memerli’ seseorang.

Menurut isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu, perkongsian yang dilakukan itu hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi yang dimiliki. Jelasnya lagi, kenyataan itu tidak bertujuan memerli atau menjatuhkan sesiapa.

Malangnya, kenyataan itu disalahertikan oleh sesetengah pihak hingga menjadi isu hangat yang digembargemburkan sehingga menjadi besar.

Tak Tujukan Pada Sesiapa Itu Hanya Pandangan Peribadi

“Apa sebenarnya yang saya maksudkan daripada statement

yang saya buat itu adalah, sesetengah orang yang pergi bercuti dan travel hanya demi memenuhi tuntutan kandungan media sosial (media social content).

“Padahal pada ketika itu, dia diberi peluang untuk enjoy, be present dan experience percutian tu, bukan banyak luangkan masa dengan sibuk up content di phone.

Tambah Lofa lagi, dia terdetik untuk berkongsikan tentang perkara ini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui dan dimilikinya sebelum ini, sewaktu berada di puncak kerjaya.

“Saya sebagai seorang yang banyak diberi peluang untuk travel dulu dan banyak bekerja semua, apa yang saya nak ubah adalah untuk lebih menikmati atau menghargai peluang yang diberikan daripada saya sibukkan diri dengan telefon.

“Tiada niat apa-apa, tiada nak tuju dekat siapa-siapa, tiada individu tertentu yang saya maksudkan, demi Allah apa yang orang perkata-perkatakan itu adalah fitnah 100 peratus.
Neelofa Mohon Jangan Salah Faham Apa Yang Dimaksudkan

Jangan Salah Faham Apa Yang Saya Maksudkan

Sehubungan itu, Neelofa meminta agar wargamaya tidak salah faham dan keliru dengan kenyataan yang dikeluarkanya itu.

Ia sekadar nasihat kepada mereka yang diberi peluang travel untuk lebih menghargai saat-saat berharga tersebut.

“Jadi jangan salah faham, apa yang saya cakap bukan bermaksud tak boleh post gambar, tak boleh post Instastory, tak boleh post feed, video.. Bukan.. Tolong buat semua tu sebagai kenang-kenangan untuk kita tengok semula.

Artikel berkaitan: Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”

“Tapi kalau sesetengah orang jadikan kehidupan mereka untuk sentiasa cipta kandungan di media sosial, sehingga terlepas peluang menikmati saat-saat indah ketika travel, saya rasa sayanglah sebab waktu itu mungkin tak akan berulang lagi,” ujarnya.

Terdahulu, selebriti popular Neelofa mengeluarkan kenyataan berbaur nasihat kepada mereka yang travel ke luar negara untuk lebih menghargai dan menikmati percutian tanpa terlalu sibuk muatnaik foto sebagai kandungan laman sosial.

Malah, sejak November tahun lalu, golongan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Fazura seolah-olah berlumba memaparkan foto percutian masing-masing di beberapa lokasi menarik dunia yang dilawati mereka.

Sumber: Instagram Story (IGs) Neelofa

Artikel berkaitan: Neelofa Tarik Nafas Lega, ‘LMK’ Kembali Aktif Di Instagram – “Dan Akhirnya Tak Payah Nak..”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir