Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal membuat keputusan untuk merancang kehamilan selepas menimang cahaya matanya yang keempat, Muhammad Fahri pada November tahun lalu.
Walau bagaimanapun, pengalaman selepas memasang rod implan dan mengambil pil perancang adalah tidak begitu baik buat dirinya kerana kesan sampingan yang sedang dihadapi sekarang adalah haid tidak teratur.
Ujar Wawa menerusi instastory, sudah memasuki bulan kedua haidnya datang tanpa henti dan dia juga kerap berasa pening serta mual.
Dah hampir dua bulan period non-stop. Implanon tak ngam, Depo-Provera tak ngam, pil pun tak ngam. Pening dan mual kalau telan.
Jelas isteri kepada Aeril Zafrel ini, dia membuat keputusan untuk menanggalkan rod implan tersebut pada hari Khamis ini.
Tambah Wawa,30, bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi jadi hal itu akan menyukarkannya untuk melakukan ibadah itu dengan sempurna jika tidak menanggalkannya.
Wawa memang nak buka. Insya-Allah Khamis ini. Tak kuasa dah period non-stop. Lagipun tak lama, kita nak masuk bulan puasa dah. Korang macam mana?
Sebagai rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya yang kini sudah berusia dua tahun.
sumber: instagram @w4w4_zainal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee