Cukup terserlah sikap ringan tulang adik bongsu kepada Muabellaz ni. Sejak tamat pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) tahun lalu, adik bongsu Muabellaz dilihat banyak membantu kakak kesayangannya itu terutama dalam urusan bisnes.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Muabellaz (kanan) bersama adik bongsunya, Azila. Kredit Foto: muabellaz
MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Muabellaz ketika hadir ke hari graduasii Azila tahun lalu. Kredit Foto: muabellaz

Sekilas pandang nampak macam sebaya je dua beradik ni. Macam kembar pun ada, kan? Sama-sama cantik dan fotogenik!

Apa yang penting terserlah keakraban hubungan kakak dan adik ini. Begitulah, air dincincang tak akan putus.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Sweetnya kakak dan adik ni! Kredit Foto: muabellaz

Makeup artist, pempengaruh dan usahawan terkenal Muabellaz baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Kredit Foto: muabellaz

Dalam hantaran itu, kelihatan Muabellaz dan adik bongsu kesayangannya Azila bergambar di tepi pantai selepas keluar makan bersama.

Walaupun ketika itu angin bertiup kencang namun aksi mereka di depan kamera tetap kelihatan tenang dan mesra.

“P makan Nuri tadi… lajak p ambik gambaq dekat tepi pantai.. Amboii anginn kuat smpai tudung bellaz lari laa.. Hat tudung Adik bellaz mantain lagi awning dia.”

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Macam kembar! Kredit Foto: muabellaz

Muabellaz juga bertuah kerana adik bongsunya, Azila yang kini berusia 22 tahun seorang yang ringan tulang dan ceria.

Azila yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Pejabat, banyak membantu Muabellaz dalam urusan bisnes termasuklah ketika sesi ‘live’ di TikTok.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Cantiknya Azila. Kredit Foto: az_zilaz8
MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Kredit Foto: az_zilaz8

“Ni lah Azila adik bellaz hat bongsu sekali… habis belajaq dah lani duk tolong kak dia laa banyak.. kelai hari2 laa kata.. hat bellaz duk panggil dalam livee dia ni laaa.”

Kedua-duanya nampak manis menyarungkan baju daripada jenama terkenal Leeyanarahman. Rona pastel menyerlahkan lagi keayuan Muabellaz dan Azila yang sememangnya cantik semula jadi.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Kredit Foto: muabellaz

BACA JUGA: “Dalam Adik Beradik, Dia Sorang Je Belajaq Sampai Diploma” MUABELLAZ Syukur Adik Bongsu Tamat Pengajian

Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji keakraban dan kecantikan kakak dan adik ini.

“Adik beradik memang cantik”

“Segak aihh 2 beradik..”

“Cantik dua2.. Tapi adik lagi menyerlah”

“Mata dia macam Siti Nurhaliza.. hehehe..”

Semoga keakraban Muabellaz dan adiknya, Azila kekal utuh selamanya. Seterusnya berjaya dalam karier masing-masing.

MUABELLAZ Dedah Adik Bongsu Ringan Tulang “Habis Belajaq Dah, Lani Duk Tolong Kak Dia La Banyak”
Kredit Foto: muabellaz

Untuk info, Muabellaz merupakan jurusolek profesional yang berasal dari Kedah.

Meraih jutaan pengikut di media sosial dek kerana bakat solekannya yang luar biasa serta sukses dalam bisnes kosmetik telah meletakkan Muabellaz kini salah seorang wanita inspirasi di Malaysia.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI