Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek popular dari utara, Mua Bellaz. Hasil dan kreativitinya dalam dunia solekan memang dikagumi ramai. Malah dia rajin membuat tutorial live mekap di Facebook.
Usaha Bella tidak sia-sia kerana dengan tutorial mekap yang sering dilakukan di laman Facebooknya menyebabkan namanya menjadi fenomena dengan loghat utara yang cukup pekat dan memikat hati.
Gayanya yang selamba dan bersahaja membuatkan ramai mengikutnya di laman sosial facebook gemar melihat tutorial mekap yang dilakukannya. Bukan itu sahaja dia juga sering membuat kelas solekan di seluruh negara dan kemunculannya memang amat dinanti.
Ramai tahu sebelum ini sejarah hidup Mua Bellaz atau nama penuhnya Nur Nabilah Zulyadaini yang menempuh pelbagai halangan sebelum berjaya dikenali seperti hari ini.
Dia yang dulunya hanya seorang gadis kampung berbasikal ke hulu ke hilir mencari rezeki untuk keluarganya.
Malah hanya sempat menyambung pengajian sehingga tingkatan lima sahaja dengan memperolehi sijil SPM itupun menurutunya setelah cikgu membayarkan yuran untuk mengambil peperiksaan berkenaan.
Bukan itu sahaja dia juga pernah ikat perut untuk makan semata-mata mahu menyerahkan duit hasil kerja yang dibuat ketika itu (kelas ikan) kepada emaknya bagi membeli barangan dapur untuk makan keesokan hari.
Justeru apabila kehidupannya sudah semakin senang hari ini, dia tidak akan sesekali melupakan pengalaman lalu yang mengajar dirinya erti sebuah kehidupan.
Melalui satu hantaran di Instagramnya, Bella berkongsi kegembiraannya berpindah ke rumah baru.
IKLAN
Tulisnya:
My dream…..
Siapa sangka kan.. saya yang naik gerek sebelum ni, niaga karipap pagi-pagi buat makeup background berlatarkan papan umah kesayangan saya..hina saya sehina nya.. Fitnah macam-macamm saya sabar terus sabar…..
HIJABISTA: Moga kisah kejayaan mua Bellaz ini menjadi sumber inspirasi untuk hijabi-hijabi di luar sana menempa kejayaan. Paling penting perlu ada usaha, In Shaa Allah kejayaan pasti berada dalam genggaman.
Gempar di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan Kaabah yang terletak di kota suci Mekah, dituruni salji lebat ketika jemaah sedang melakukan ibadah tawaf.
Sehubungan itu, tampil menjelaskan isu sensasi berkenaan, pendakwah bebas terkemuka ustazah Asma’ Harun dalam satu hantaran menjelaskan bahawa, gambar yang tular itu telah di edit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ustazah Asma berkata, sebenarnya video salji itu adalah suasana hujan lebat yang turun membasahi tanah suci dan bukanya salji, seperti yang digembargemburkan dilaman sosial.
Tambahnya lagi, video berkenaan disyaki telah sunting secara teknikal oleh ‘tangan-tangan’ jahat dengan penambahan ‘filter’ yang sesuai agar titisan-titasan hujan itu terlihat seperti salji.
“Memang hujan hampir selang sehari dan kami Tawaf Wada’ (perpisahan) juga dalam hujan,” jelasnya.
Fedtri Yahya Komen, “Zaman Sekarang Kaabah Pun Jadi Bahan Tunggangan”
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati penjelasan ini telah mendapat perhatian ramai wargamaya.
Malah, pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya juga terpanggil untuk menyelar tindakan jahat ini, serta menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang menjadikan Kaabah sebagai alat ‘tunganggan’ bagi meraih populariti dan perhatian ramai.
“Itulah… Zaman sekarang. Kaabah pun orang ‘tunggang’ utk raih tumpuan. Sanggup edit yang bukan-bukan. Patut dibebaskan daripada menjadi tempat niaga, tempat sensasi. Supaya terjaga kemuliaannya.
“Orang Islam juga jangan jahil sangat. Perlu berilmu dalam menilai sebaran yang tak bermanfaat. #muhasabah”- tulisnya di ruangan komen pada hantaran Asma’ Harun.
Sekadar info, Saudi adalah lokasi sebenar berlakunya kejadian salji turun dengan lebat di kawasan Tabuk iaitu sempadan Jordan.
Terdahulu, Astro Awani ada melaporkan bahawa hujan lebat disertai ketulan air batu serta ribut petir, bakal menyebabkan banjir kilat dan diramal berlaku di kota suci Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram.
Manakala, salji lebat diramal di wilayah utara Arab Saudi dan kabus tebal akan terbentuk pada awal pagi Isnin.
CUURA diasaskan oleh Sarah Shah Nor, untuk mengisi jurang yang besar dalam pasaran untuk produk penjagaan kulit beretika dan organik yang menekankan manfaat bahan semulajadi semata-mata.
Bermula daripada produk pertamanya, Minyak Kecantikan Tulen yang meremajakan kulit, CUURA menjadi satu kejayaan besar, membolehkan jenama itu berkembang ke dalam perniagaan Skin Spa.
Dengan bangganya, Buatan Malaysia
“Berkongsi kisah tentang fasa ini dalam kehidupannya, Sarah berkata, “Kerana Cuura ketika itu mendapat sambutan hangat. Saya dan suami mengambil keputusan untuk menukar bisnes dari fesyen kepada bisnes kecantikan,” kongsinya dengan Hijabista.
Produk CUURA dihasilkan secara tempatan dan bahan-bahannya diperolehi dari seluruh dunia, secara beretika dan terbukti organik pada sumbernya. CUURA berbangga untuk menawarkan produk yang melalui R&D yang mantap, diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, tulen dan berkuasa yang hanya diperoleh daripada alam semula jadi yang terbaik, untuk membantu orang ramai kelihatan dan berasa cantik serta sihat, dalam dan luar.
CUURA juga memperjuangkan pemerkasaan wanita dan pengguna akhir mengenai asal-usul ramuan, petua kecantikan yang praktikal dan mampan, serta isu-isu harian melalui platform media sosial. CUURA dengan bangganya dicuura oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Testimonial pada diri sendiri
Dalam proses penciptaan produk, CUURA mengelakkan kira-kira 1,500 bahan berbahaya atau meragukan yang dilarang daripada formulasi produknya. Menggunakan sumber terbaik yang tersedia, ia menapis setiap bahan yang berpotensi untuk mendapatkan maklumat tentang bahaya tertentu seperti kanser, ketoksikan perkembangan, gangguan hormon dan ketidaksuburan.
Pada awalnya produk digunakan testimonial pada diri sendiri, Sarah akui dia seorang yang suka mencuba.
“Ianya bagus digunakan pada kulit saya, percubaan pada 10 individu yang terawal yang mempunyai masalah kulit. Beberapa bulan berikutnya permintaan demi permintaan, mereka mendambakan produk lain dari CUURA,” ujarnya lagi.
Malah terdapat jurang data yang besar pada kebanyakan ramuan kosmetik, CUURA menyemak data yang muncul secara kerap sambil turut menjalankan kajiannya sendiri. Jenama ini memilih bahan organik, semula jadi, mampan dan sintetik terbaik yang memenuhi piawaiannya. Lebih 80% daripada ramuan dalam produknya adalah semula jadi atau berasal dari tumbuhan dan menghapuskan ujian haiwan.
Setiap formulasi termasuk komponen wangian, perisa dan bahan pengawet yang ditambah dengan sengaja, disenaraikan pada label produk dan di Cuuraofficial.com. Bahan-bahan diperoleh secara tempatan sebanyak mungkin dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap piawaian Halal. tiada kompromi. Hanya kerja murni cinta dan etika.
CUURA telah mencipta 16 produk unggul yang diteliti dengan baik dan sumber tempatan dalam tempoh 5 tahun daripada minyak kecantikan kepada pembersih kepada penjagaan kulit yang boleh dimakan.
3 produk ini menjadi kegemaran ramai:
Minyak Kecantikan Tulen – Peminat kami memanggilnya “Serum Minyak Ajaib”. Campuran minyak kelapa dara dara mewah gred kulit yang membantu mengekalkan kecantikan semula jadi dengan segala macam kebaikan (jika ada perkataan sedemikian). CUURA mencipta Minyak Serbaguna ini dengan penuh kasih sayang, R&D yang sengit selama 10 bulan, menggunakan kebanyakan bahan yang diperoleh dari Malaysia. Ini adalah produk The Superhero yang melancarkan CUURA sebagai jenama untuk 7 bulan pertama sebelum berkembang menjadi barisan tambahan.
Detox Cleanser – Pencuci yang luar biasa, disumpah oleh peminat dengan kulit paling sensitif, sesuai walaupun untuk bayi yang mempunyai ekzema.
Pelindung Matahari Mencerahkan – Pelindung matahari berasaskan tumbuhan mesra alam yang CUURA mencurahkan isi hati mereka selama hampir 2 tahun penyelidikan sebelum melancarkan produk. Pelindung Matahari Halal Pertama dengan SPF50. Ia digambarkan sebagai cawan suci pelindung matahari buatan Malaysia dan pada kemuncaknya terjual lebih daripada 100,000 botol sebulan.
Menghasilkan produk tempatan yang bekualiti tinggi, Sarah menjanjikan rangkaian produk CUURA mendidik orang ramai menjaga kulit dengan cara yang betul. Namun dia juga menekankan strategi pemasaran tidak menggunakan kuasa viral yang boleh menjatuhkan imej produk lokal. Produk ini akan menjadi produk kepercayaan rakyat Malaysia dan setaraf antarabangsa.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Double Chin atau penampilan dagu berganda sering menyebabkan rasa tidak selamat. Double chin adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak submental terkumpul di bawah dagu.
Punca double chin paling kerap dikaitkan dengan kenaikan berat badan yang drastik dan juga dengan keadaan berat badan berlebihan atau obesiti.
Selain itu, ternyata punca double chin juga boleh disebabkan oleh masalah usia seseorang. Kulit longgar boleh menyebabkan dagu berganda, yang membuatkan seseorang berasa tidak selamat.Bagaimana untuk mengatasi ini?
Mendongak Ke Atas
Pergerakan pertama adalah untuk mencondongkan kepala anda ke belakang dan kemudian memuncungkan bibir anda untuk meregangkan lagi otot dagu.
Pegang kedudukan selama 10 saat dan kemudian bawa kepala anda kembali ke kedudukan normalnya. Ulangi pergerakan ini sehingga 10-15 kali.
Menjelirkan lidah
Agak ganjil, tetapi lidah yang terkeluar itu juga berkesan untuk mengurangkan penampilan dagu berganda. Anda boleh menjelirkan lidah anda sejauh mungkin dan kemudian menariknya ke arah hidung anda. Ulangi pergerakan 10-15 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
Regangan Leher
Anda boleh meregangkan leher anda. Regangan leher bukan sahaja boleh membantu mengurangkan penampilan dagu berganda, tetapi ia juga boleh membantu melegakan leher yang pada mulanya ketat.
Caranya ialah dengan memiringkan kepala anda ke belakang dan menolak lidah anda ke arah bumbung mulut anda. Kekalkan pergerakan ini selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk membebaskan dagu anda daripada dagu berganda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.