Tak nafikan ketika ini kita perlu berhati-hati kerana jumlah angka jangkitan Covid-19 kian meningkat. Apa yang boleh kita lakukan, keluar rumah bila ada perkara penting sahaja. Jika tidak, lebih baik duduk diam-diam di rumah.
Berikut perkongsian Syafiq Shukri
“PREVENTION IS BETTER THAN CURE” Beribu orang akan guna Bank & Stesen Minyak setiap hari.
Amalkan Hand Sanitizer sebelum & selepas pakai glove.
p/s : Corona Virus hanya merebak melalui sentuhan
Abg skang mmg ON mood ‘Paranoid’ sebab hakak korg tgh mengandung 8 bulan ni.. Doakan kami semua selamat ya.. Take care gais‼️
Note : Ramai tanya kenapa pegang duit guna tangan kosong??
>>> Sebab aku dah pegang pintu bank, keyboard atm & screen atm guna tangan glove.. jadi selepas selesai semua boleh cuci dan sanitized tangan serta duit ya..
Sumber kredit: Syafiq Shukri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Berhijab Anak Dara KRIS DAYANTI Ketika Tunai Umrah Raih Pujian “Cantik Sangat Amora Berhijab!”
Diva pop Indonesia, Kris Dayanti baru-baru ini berkongsi gambarnya bersama suami dan anak-anak berangkat menunaikan ibadah umrah.
Lengkap berpakaian rona kelabu dan hitam, mereka sekeluarga turut dilihat mengabadikan foto kenangan di lapangan terbang sebelum berangkat.
Kris Dayanti yang berusia 48 tahun ini nampak begitu cantik dan awet muda apabila mengenakan hijab.
Dalam kapsyen hantarannya bertarikh 30 Oktober 2023, Kris Dayanti memetik hadis yang menjelaskan hikmah mengerjakan umrah.
“Orang yang berperang di jalan Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah utusan Allah. Apabila mereka meminta kepada-Nya, Allah akan mengabulkan permintaan mereka” (al-hadith).
“Bismillahirahmanirahim. Kami memohon maaf dari segi fizikal dan mental,” tulisnya.
Namun, paling menarik perhatian dan menjadi bualan warga maya ialah penampilan berhijab anak dara penyanyi itu, Amora atau nama penuhnya Ariannha Amora Lemos, yang kini berusia 12 tahun.
Penampilannya yang berhijab meraih pujian ramai. Kebanyakan mereka memuji penampilan Amora yang dilhat semakin meninggi.
Kata mereka, Amora nampak begitu cantik apabila memakai tudung.
“Cantik Amora bertudung. Sejuk mata memandang.”
“Selamat menunaikan ibadah haji Mimi dan selamat kembali ke Indonesia. Amin,” tulis seorang peminat.
Pada Ogos 2023 lalu, Kris Dayanti yang kini aktif di pentas politik pernah dikritik gara-gara tidak menutup aurat ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan di sebuah masjid di Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Semoga umrah kali ini membuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat.
Kredit Foto: Instagram Kris Dayanti
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow, Neelofa & Vivy Yusof Tampil Jadi Pejuang Produk Tiruan & Ciplak Dari Berleluasa Di Pasaran
Selama ini kita melihat lambakan produk tiruan produk lokal yang membanjiri pasaran. Antara jenama yang sering dijadikan bahan ciplak adalah Naelofar Hijab dan juga jenama dUCk Group serta FashionValet. Sejajar dengan itu, usahawan mewakili produk berkenaan, Neelofa dan Vivy Yusof mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan berleluasa ketika ini.
Neelofa ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata, penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.
“Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualiti. Jadi perjumpaan hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.
“Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan,” katanya.
Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.
“Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangkan dan membolehkan ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. Kita tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami,” katanya.
Sementara itu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof berkata, pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan terutama dari Vietnam dan China.
Justeru, beliau mahu agensi penguat kuasa terutama kastam mencari jalan penyelesaian bagi membendung perkara itu kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik.
SUMBER: BERNAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Habis La Merajuk Sudu Kayu Aku Ni” – Khairul Aming Terkejut ‘Chef’ Terkenal Dunia Tegur Sudu!
Khairulaming, seorang pengaruh media sosial yang popular, tidak menyangka salah satu video masakannya telah menarik perhatian chef selebriti Gordon Ramsay.
Menurut Khairulaming, dia mula mengetahui perkara ini selepas tersedar dari tidur
Artikel Berkaitan : Khairul Aming Sanggup ‘Tutup Kedai’, Mahu Bahagiakan Staff Menjelang Aidilfitri, Peribadi Majikan Yang Wajar Dicontohi!
Ramsay juga melaporkan bahawa dia sangat berminat dengan menu tersebut dan ingin tahu bagaimana rakyat Malaysia menyediakannya.
“Tadi saya bangun tidur selepas itu semua orang dok tag saya yang Gordon Ramsay react video masak.
“Wey seriuslah, saya harap dia tak makilah, saya takut dia marah saya,” katanya sambil ketawa.
Dalam video yang sama, Khairulaming turut berkongsi pencuci mulut yang dibuatnya adalah salah satu resipi Gordon.
“Sebenarnya saya dah cuba resepi awak iaitu puding gula karamel kalau tak silap nama. Sekarang mentega saya agak bermasalah.”
Semalam, Ramsay memuat naik video bersama Khairul Aming di TikToknya dan sempat mengulas cara membuat puding kukus gula hangus, yang dikongsi oleh influencer media sosial itu.
“Datang Malaysia nanti saya bagi sambal,” ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Gordon yang memuji teknik memasak Khairulaming turut mendedahkan dia akan berada di Malaysia minggu depan.
Pada masa lalu, Gordon dikenali sebagai tukang masak “bermulut pedas” kerana dia sering menawarkan kritikan jujur terhadap makanan, terutamanya hidangan yang tidak memenuhi kriteria yang dikehendakinya.
Sementara itu, dalam tweet terbarunya di Twitter, Khairul Aming meluahkan rasa teruja apabila video masakannya menarik perhatian chef selebriti itu.
“Guys (kalian) Gordon Ramsay duet video masak saya.
“Habis la merajuk sudu kayu aku ini,” balasnya hari ini bagi membalas teguran spontan yang dibuat Ramsay.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI