‘Mommy Sedih Sampai Sakit Dada’- Tak Pernah Berjauhan, Rita Rudaini Bangga Anak Masuk MRSM

Share

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu dan sebak apabila terpaksa berpisah dengan anaknya buat kali pertama selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin,13, diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 

Menerusi perkongsian video di laman Instagram, pelakon Mami Jarum itu dilihat menangis sewaktu memeluk erat Rayyan sambil menitipkan pesanan buatnya.

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya airmata saya hari ini…

“Airmata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang… Harini kami berjauhan…”

Ujar Rita, biarpun sedih hingga dadanya terasa sakit, namun dalam pada masa yang sama dia berasa sangat gembira dengan pencapaian hebat anaknya itu dalam pelajaran.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan…

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu 🤍 Fly high Airit Rayyan Rizqin,” coret pelakon kelahiran Perlis itu di laman sosialnya.

Sebagai rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,13, dan Airit Qaqa Arjuna,11.

Published by
QIST