Ria Ricis mengisi Ramadan 2025 dengan menunaikan ibadah umrah. Tidak berseorangan, Ria Ricis turut membawa anak kesayangannya, Moana bersama-sama.

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak
Kredit Foto: riaricis1795

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Perjalanan ibadah umrah Ria Ricis dan anaknya itu boleh dilihat melalui media sosial.

Ria Ricis sangat aktif berkongsi momen-momen indah mereka sepanjang berada di tanah suci Mekah.

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Tarik Perhatian Ramai

Antara muat naik yang menarik perhatian wargamaya ialah video Ria Ricis memikul Moana di bahunya sambil mengelilingi Kaabah.

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Video tersebut telah dimuat naik ke TikTok pada 9 Mac 2025.

Ads

“Ya Allah,” tulis Ria Ricis di ruangan kapsyen.

Momen Ria Ricis menunaikan ibadah umrah bersama Moana menarik perhatian ramai.

“Tiada siapa yang patut mengganggu kegembiraan mereka,” tulis salah seorang pengikut di ruangan komen sambil menambah emoji emosi.

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Ads

“Moana benar-benar tenang apabila berada bersama ibunya. Separuh jiwa Puan Icis adalah Moana,” kata seorang lagi.

“Jangan risau, Moana, ibu kamu ialah Ria Ricis. Wanita tegar yang tidak merungut. Sihatlah Puan Icis,” kata seorang lagi.

Momen RIA RICIS Kendong Anak Ketika Tunai Umrah Cetus Rasa Sebak

Hukum Bawa Anak Kecil Ketika Beribadah

Ustaz Ahmad Zainuddin Al Banjary, Lc menjawab ipersoalan adakah membawa anak kecil ketika umrah sah? Katanya sah umrah anak kecil seperti Moana.

“Jika ada anak kecil yang masih belum baligh, maka umrahnya sah. Tetapi dia belum diwajibkan.

Ads

“Bermaksud, kewajibannya belum luput. Apabila sudah baligh, dia wajib kembali,” jelas Ustaz Ahmad Zainuddin Al Banjary sepertii dipetik dari saluran YouTube NSY Channel baru-baru ini.

BACA JUGA: Inspirasi Fesyen Serba Hitam, Penampilan RIA RICIS Semakin Menawan

Kemudian mengenai pahala, Ustaz Ahmad Zainuddin Al Banjary berkata pahala umrah anak kecil akan mengalir kepada ibu bapanya.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah bin Abbas.

Anak kecil yang mengerjakan umrah atau haji, pahalanya dipindahkan kepada ibu bapa.

“Seperti yang disebutkan dalam hadis riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Abbas,” jelas Ustaz Ahmad Zainnudin Al Banjary.

Ustaz Ahmad Zainnudin Al Banjary kemudian mendedahkan maksud hadis tersebut.

“Seorang ibu mengangkat bayinya, lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. ‘Wahai Rasul, bolehkah bayi ini pergi haji?’. Maka Nabi Muhammad SAW menjawab, ‘Ya dan kamu akan mendapat pahala.”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI