Surah Ad-Dukhan merupakan surah yang dibaca untuk menyelamatkan kita dari seksaan di Padang Mahsyar. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
Surah Ad-Dukhan adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atau Asap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
Antara kelebihan Surah Ad-Dukhan adalah:
1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
2. Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan,
maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.3. Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)
4. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka
tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).6. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
7. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
Selamat beramal!