Perjalanan hari yang baik harus dimulai dengan perkara yang baik. Oleh itu, kita sebagai umat Islam disarankan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keberkatan dan keredhaan-Nya menjalani kehidupan harian.
Pelbagai doa yang boleh kita baca saat sebelum melangkah keluar dari rumah. Antara pilihan doa yang boleh diamalkan adalah:
Doa Pilihan 1:
“Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.”
Doa Pilihan 2:
“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”
Ads
Doa Pilihan 3:
“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”
Doa Pilihan 4:
Ads
“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”
Doa Pilihan 5:
Ads
“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Program realiti Akademi Qurra 2024, minggu kelima cukup mengejutkan apabila Tilmizah Busyra dengan sayunya mengumumkan penarikan dirinya daripada program tersebut. Walau sedih untuk meninggalkan pertandingan yang sudah berlangsung selama lima minggu itu namun Busyra terpaksa melepaskan dengan berat hati.
Program realiti Akademi Qurra 2024, minggu kelima cukup mengejutkan apabila Tilmizah Busyra dengan sayunya mengumumkan penarikan dirinya daripada program tersebut. Walau sedih untuk meninggalkan pertandingan yang sudah berlangsung selama lima minggu itu namun Busyra terpaksa melepaskan dengan berat hati.
“Sememangnya bakat yang ada pada Busyra sangat besar dan antara peserta menyerlah, Yang pandai dengan alunannya dan menarik perhatian juri”
kongsi Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika ditemui media selepas tamat rancangan langsung Akademi Qurra Episod 5.
Peserta yang mendapat markah 88% itu menyatakan selepas membuat solat istikarah sebanyak 3 kali, dirinya telah bertekad untuk memilih menunaikan umrah bersama keluarga.
“Tiga hari lalu baru saya dapat tarikh untuk pergi menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah di Tanah Suci dalam masa terdekat. Sememangnya sukar untuk buat pilihan sebabnya jika saya tak sertai rombongan keluarga untuk tunai umrah, taktahu bila lagi saya boleh sampai ke sana.
“Setiap kali saya lakukan solat istikharah sebanyak 3 kali, saya pasti akan melihat bayangan Qaabah dan sedang menunaikan umrah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk tarik diri dari pentas Akademi Qurra,” jelas Busyra.
percubaannya untuk cuba berbincang dengan pihak agensi sebanyak beberapa kali tidak berjaya menyebabkan Tilmizah Busyra terpaksa akur dan redha dengan ketentuan Allah SWT.
Undi Masuk Semula Bagi Kekalkan 9 Peserta
Tiada lagi penyingkiran minggu ini, namun semua dikejutkan lagi dengan keputusan undi masuk bagi mengekalkan 9 peserta. Nasib berpihak kepada Tilmizah Sholihah yang berjaya terpilih untuk masuk semula.
Menurut Penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah setiap peserta yang tersingkir tidak pernah tertinggal walau sekali dalam mengikuti kelas online bersama dengan Mudarris dan Mudarrisah.
Bagi mengekalkan sembilan peserta, salah seorang daripada peserta yang tersingkir pada minggu kedua itu telah diterima masuk semula.
Tiada Penyingkiran Minggu Ke-5
Nasib juga berpihak kepada peserta kedudukan tercorot minggu tersebut, Tilmiz Taufiq dan Tilmizah Sofea kerana tiada penyingkiran diadakan.
Minggu kelima Akademi Qurra 2024 menyaksikan Tilmiz Amnan mendapat markah tertinggi 93%, diikuti Tilmiz Dr Adlee, Tilmizah Syahira 88.5%, Tilmiz Nabil 88.5%, Tilmiz Luqman 88.5%, Tilmizah Ainsyafa 88%, Tilmizah Busyra 88%, Tilmiz Taufiq 87.5% dan Tilmizah Sofea 87%.
Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar kepada para peserta
Program yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan untuk minggu keempat Ustaz Abdul Khair Jalil.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat tahajud antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk.
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4.00 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajud.
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that good habit (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Wah, kita tidak “align” dalam diri kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miss Trivago atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin 32, yang terkenal dengan iklan komersial trivago cukup sinonim dengannya. Suaranya melalui iklan berkenaan ternyata memberikan kesan kepada orang ramai tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Menjadi perhatian warganet Dalia Shazwan berhijab, penampilan yang cukup ayu dan manis. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian tentangnya pada Mac lalu apabila dia mengambil keputusan untuk berhijab dimana dia pernah memberitahu ia disebabkan dirinya merasakan itu merupakan petunjuk diberikan Allah SWT.
Terbaru satu posting Dahlia Shazwan ada berkongsikan caranya pula untuk mengubah almari pakaiannya daripada ‘freehair’ kepada gaya bertudung. Melalui muat turun di satu post instagram miliknya ramai yang memuji penampilan barunya.
Tidak mudah untuk membuat penghijrahan, menjenguk kelaman YouTube miliknya pula, dia bersama suami turut berkongsikan saat-saat diawal penghijrahannya. Dalam pada masa yang sama, dia dilihat cuba untuk terus istiqomah dengan menukar pakaiannya dalam almari bagi mengelak daripada memakai pakaiannya yang sebelum ini.
Tukar almari non-muslimah
Dahlia Shazwan juga memberikan beberapa tips yang dilakukan olehnya dalam menukar cara-cara pemakaiannya yang menutup aurat dan sesuai dengan penampilannya terkini. Perkongsian Dahlia ini ternyata terbaik untuk hijabi yang baru berhijab untuk kekal istiqomah.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...