Fenomena air laut pasang besar berlaku di kampung Tinusa Dua dan kampung Forest telah menyebabkan lebih 100 rumah roboh dipukul ombal. Sebanyak lebih 200 mangsa terjejas kira-kira jam 10 malam semalam.
Artikel berkaitan: 10K Pelarian Syria, Terima Manfaat Dana Satu Juta Dalam ‘Misi Bantuan Musim Sejuk 2022’
Mengambil kesempatan ini, pelawak Atu Zero serta isterinya, Shafeeqa Johari, sentiasa menjadi antara individu yang terawal untuk menghulurkan bantuan. Tidak membazirkan masa mereka terus mengwar-warkan di media sosial untuk mengumpul dana bantuan.
Tidak mahu menutup mata, Sharid Kunal Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Atu Zero bersama isterinya, Shafeeqa Johari, sudah mula mengutip dana untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di Sabah.
Apabila melihat gambar perkongsian di Instagram Shafeeqa Johari, kelihatan banyak rumah di Kampung Forest dan juga Kampung Tinusa Dua yang hancur dipukul ombak. Rata-ratanya tinggal rangka dan musnah sepenuhnya.
Niat mereka untuk meminta bantuan juga dimulakan dengan permohonan maaf kerana sering meminta sumbangan dari orang ramai. Namun, niatnya hanya untuk menyalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita disana,
“Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama. Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung yang mahu membantu mereka,
“Tidak mereka meeminta, kami yang mahu membantu. Tidak ke laut mencari rezeki, dah sememangnya kehidupan mereka susah dan hilang tempat berteduh. Saya berseorangan tidak mampu untuk bantu semua.” katanya di sekeping foto dalam hantaran itu.
Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Tanda Hormat, Salur Bantuan RM29,000 Kepada Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Mempersonakan!
Menurut laporan di Sinar Harian, dianggarkan juga 500 rumah turut terancam akibat fenomena air pasang yang menjejaskan kawasan berkenaan. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah dibuka untuk menjadi tempat tumpangan mangsa-mangsa.
Jumlah mangsa yang terlibat seramai 162 orang dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti dan selamat dipindahkan ke PPS. Kami dari Hijabista juga mengharapkan agar ramai menghulurkan bantuan untuk bantu memudahkan urusan mereka yang menghadapi bencana ini.
Sumber: Instagram @shafeeqa_johari dan Sinar Harian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.