Pelakon dan juga ahli kumpulan kpop terkenal, Miss A iaitu Suzy memang sentiasa menjadi perhatian ramai. Bukan hanya cantik, malah lakonannya yang mantap membuatkan drama yang dilakonkan sentiasa mencatat rating tontonan yang tinggi.
Sedang hangat dengan drama bersiri Vagabond di Netflix, fotonya mengenakan hijab di laman sosial mencuri tumpuan peminatnya di serata dunia.
Ads
Khabarnya, dia mengenakan hijab kerana sedang meneruskan penggambaran drama tersebut di Morocco. Ayu sangat!
Foto tersebut ternyata disukai lebih 1 juta peminatnya di media sosial. Bukan itu sahaja, ramai yang terpesona dengan kecantikan aktres berusia 25 tahun itu dan berharap dia terus istiqomah. Hehe, comel je!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.
Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.
Saat menjejakkan kaki ke kedai Daiso, pasti rambang mata kita dibuatnya! Semua yang dijual di situ nampak sangat menarik hingga tak tahu nak beli yang mana satu. Eh, rasa nak borong semualah!
Haaa jangan pening-pening sis. Kalau tak tahu nak beli apa, bolehlah cuba beli barang yang dicadangkan oleh Hanis Hazi di twitter ini. Semuanya bermanfaat. Takdelah membazir membelinya!
Kalau nak tahu mengenai banyak lagi item yang best, bolehlah ikuti thread yang disediakan oleh Hanis Hazi ini di laman twitternya.
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.