Setelah lama berada dalam keadaan uzur, akhirnya datuk kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa bertemu Penciptanya tepat jam 11.20 malam tadi bersempena hari kelahiran Rasulullah SAW. Allahyarham Noor Mohamed menghembuskan nafasnya berusia 83 tahun dan jenazahnya dikebumikan hari ini di Pasir Mas, Kelantan. Semua tahu bahawa Lofa memang cukup akrab dengan datuknya yang dipanggil Abah dalam kalangan keluarga. Malah pengacara popular ini turut meluahkan saat-saat manis ketika bersama Abahnya itu di media sosial.
Neelofa menerusia instastorynya memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah dan Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.
“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.
“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.
Memahami Neelofa berada dalam kesedihan, netizen turut mengucapkan salam takziah kepadanya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
Mereka juga turut turut mendoakan semoga roh datuknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
sarahaira Al Fatihah..semoga roh datuk neelefa dicucuri rahmat dan tergolong didalam org yang beriman..Aamiin..
tinibyg Al fatihah. Turut berduka cita atas pemergian Abah Lofa yg tercinta. May Allah bestow upon him with His mercy and rahmah
mk_aannaa Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan & tempatkan arwah abah bersama orang orang beriman. Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.
azie82ahmad Al- Fatihah smoga roh nya ditempatkan bersama2 orang yg beriman.. amin
Sebelum ini Neelofa pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya itu yang sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA