Setelah lama berada dalam keadaan uzur, akhirnya datuk kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa bertemu Penciptanya tepat jam 11.20 malam tadi bersempena hari kelahiran Rasulullah SAW. Allahyarham Noor Mohamed menghembuskan nafasnya berusia 83 tahun dan jenazahnya dikebumikan hari ini di Pasir Mas, Kelantan. Semua tahu bahawa Lofa memang cukup akrab dengan datuknya yang dipanggil Abah dalam kalangan keluarga. Malah pengacara popular ini turut meluahkan saat-saat manis ketika bersama Abahnya itu di media sosial.
Neelofa menerusia instastorynya memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah dan Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.
“Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.
“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah – Nabi Muhammad. Al-Fatihah,” tulisnya.
Ads
Memahami Neelofa berada dalam kesedihan, netizen turut mengucapkan salam takziah kepadanya dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
Mereka juga turut turut mendoakan semoga roh datuknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
sarahaira Al Fatihah..semoga roh datuk neelefa dicucuri rahmat dan tergolong didalam org yang beriman..Aamiin..
Ads
tinibyg Al fatihah. Turut berduka cita atas pemergian Abah Lofa yg tercinta. May Allah bestow upon him with His mercy and rahmah
mk_aannaa Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan & tempatkan arwah abah bersama orang orang beriman. Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.
azie82ahmad Al- Fatihah smoga roh nya ditempatkan bersama2 orang yg beriman.. amin
Sebelum ini Neelofa pernah memuat naik status dan foto bapa kepada ibunya itu yang sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti.
Anda mungkin kerap ‘travel’ ke sana ke mari terutama yang berkaitan dengan urusan kerja. Keadaan ini tentunya membuatkan sering mengalami ‘Jetlag.’
Jetlag biasanya dialami oleh mereka yang sering travel ke negara orang. Meskipun begitu rasa tidak selesa ini tentunya akan menyebabkan anda rasa tidak bermaya dan letih lesu.
Boleh ikut tip untuk menghilangkan jetlag seperti yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini.
Nak hilangkan jetlag? Ramai akan angguk. Jetlag berlaku sebab beza masa tempat kita travel dengan tempat tinggal kita.
Contohnya kalau pergi buat umrah. Beza masa 5 jam. Bila balik kita masih dok ikut masa kat Makkah.
Masa makan, masa tidur masih kat sana. Tapi kita dah kat Malaysia. Mengantuk dan lapar ikut waktu sana.
Macam mana nak keluar cepat dari jetlag ni? Senang saja. Elak dari ikut waktu sana dengan buat 3 benda ini:
1. Pukul 12 lebih keluar rumah dan dapatkan cahaya matahari. Benda ini penting untuk reset circadian rhythm atau jam biologi kita.
2. Kalau mengantuk sangat tidur tidak lebih dari 30 minit. Kunci jam. Minta orang kejutkan. Bila bangun terus mandi.
3. Makan pada waktu kita bukan waktu negara kita lawat. Ikut timetable Malaysia.
Kalau lapar sangat tengah malam, ambil sepotong buah saja. Itu dah memadai untuk trick otak yang anda sedang makan. Minum air.
4. Buat senaman ringan waktu atau petang.
5. Gelapkan rumah seawal jam 9:30. Buka lampu satu tempat saja. Ini akan bantu melatonin untuk keluar. Melatonin adalah hormon tidur.
6. Masa nak tidur pastikan suhu bilik sekitar 22-24 darjah celsius. Ini akan bantu melatonin keluar.
7. Pastikan bilik tidur gelap tanpa cahaya. Kalau kulit (organ terbesar manusia) detect ada cahaya, dia akan relay information ke otak kata hari masih siang. Pengeluaran melatonin akan terbantut.
8. Lepas makan malam boleh ambil suplemen magnesium dan ashwagandha. Kedua dua ini akan bantu dapat tidur nyenyak.
9. Elakkan minuman berkafein selepas jam 2.00 petang. Kafein boleh sebabkan tidur terjaga-jaga.
10. Elak dari guna handphone, tengok movie atau aktiviti yang bagi cergas 4 jam sebelum tidur.
Cuba buat 8 ini dulu. Insyaa Allah dapat break cycle jetlag dengan cepat. Selamat mencuba.
Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik terkemuka yang berasal dari pantai timur, Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sinonim dengan produk jenama Qu Puteh.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding sekaligus menjadi peratian umum.
Tetapi baru-baru ini Vida telah memberi kejutan buat warga net, apabila tampil dalam satu majlis keramaian dengan busana yang minimalis namun mengekalkan gayanya yang elegan.
Selain penampilannya itu yang menjadi bualan hangat di alam maya, netizen turut terpukau dengan ‘Bunga Tangan Emas 916’ yang digayakan Vida pada majlis tersebut. Menurut Harian Metro, bunga itu bertujuan menggantikan tas tangan ahli perniagaan tersohor itu.
Lebih memeranjatkan warganet, apabila Vida mendedahkan bahawa harga bunga tangan yang diperagakannya itu mencecah harga setengah juta ringgit. Malah ia merupakan koleksi terbaharu Vida.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Barang Kemas Di Badan Saya Hampir Cecah RM 1 Juta
Vida menjelaskan dia kini lebih selesa untuk menggayakan konsep “less is more”. Tegasnya lagi, konsep itu perlulah memakai barang kemas yang sedikit tetapi besar nilainya. Tak perlu pakai banyak-banyak kalau dah besar.
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar.
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi merealisasikan konsep gaya “less is more” yang menelan belanja jutaan ringgit itu, Vida juga telah menggajikan beberapa pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya dan barang kemas yang diperagakannya itu ketika di khalayak ramai.
Melompat menggunakan tali mungkin seperti permainan zaman kanak-kanak. Latihan ini adalah sebagai latihan untuk sebahagian besar sejarah beradab. Atlet Mesir melakukan latihan lompat tali seawal tahun 1600 SM.
Kebelakangan ini latihan ‘jump roping’ ini menjadi kegilaan dengan iringan lagu yang menjadi viral di tik tok mahupun tangkapan reels di instagram. Apa yang menariknya latihan ini mampu hilangkan beribu kalori. Jom terus membaca artikel ini.
Salah satu faktor ialah pandemik COVID-19.
Oleh kerana kebanyakan orang terjebak di rumah semasa penutupan COVID-19 tanpa gim yang biasa dikunjungi, ramai yang mencari cara untuk tetap cergas dan aktif dengan peralatan yang minimum.
‘Jump roping’ mudah dipelajari bagi kebanyakan orang dan juga mempunyai siling tinggi untuk kemajuan kemahiran dan pembelajaran trik, menjadikan latihan menyenangkan dan mencabar. ‘Jump roping’ menarik kerana ia berfungsi baik minda mahupun badan melalui koordinasi dan pemasaan seluruh badan.
Perbezaan antara jenis tali
Ada kemungkinan untuk membelanjakan RM50 atau lebih untuk set tali lompat premium, tetapi pemula boleh memulakan dengan apa jenis tali yang mereka miliki. ‘Jump roping’ boleh diakses dan mudah alih, anda boleh membawa tali kecil ini ke mana sahaja. Sebagai tambahan kepada tali lompat asas, pilihan peralatan moden termasuk beaded jump ropes, speed jump ropes dan smart jump ropes.
‘Speed jump rope’ dan ‘smart jump rope’ adalah antara produk tali lompat terpanas di pasaran. ‘Speed ropes’ memungkinkan putaran maksimum karena rekaannya, biasanya dengan bantalan bola menghubungkan tali ke pegangan. Manakala ‘smart jump rope’, sebaliknya, dapat membantu mengesan jumlah lompatan, putaran dan kalori yang dibakar.”
Mampu hilangkan beribu kalori
Pakar kecergasan memuji kecekapan ‘jump roping’, sama ada sebagai pemanasan atau latihan untuk kendiri. Ada sebab mengapa atlet terbaik di dunia masih berlatih dengan ‘jump roping’. Peralatan yang sederhana ini dapat membuat anda membakar 700 hingga 1.000 kalori dalam satu jam sesi jika bersenam dengan intensiti tinggi. Bahkan melonjak pada kadar yang sangat sederhana membakar 10 hingga 16 kalori seminit. Sepuluh minit ‘jump roping’ hampir sama dengan jarak 8 minit batu. Melompat menggunakan tali juga meningkatkan koordinasi, keseimbangan, dan kepadatan tulang. Hebat bukan!
Namun, faedah terpenting dari latihan ini adalah membantu anda mengekalkan postur ideal yang diterjemahkan menjadi ekspresi pergerakan manusia yang paling kuat dan stabil. Untuk mendapatkan hasil maksima dari latihan ‘Jump roping’ ini , mulailah dengan melakukan lompatan biasa selama 5 minit setiap hari, secara beransur-ansur menambah satu minit pada satu masa sehingga anda dapat melompat secara berterusan selama 15 minit.
Sebilangan individu menggunakan tali lompat sebagai bentuk peregangan dinamik. Apabila anda melakukan regangan dinamik, anda akan mengaktifkan otot-otot yang akan digunakan dengan lembut. Selain meningkatkan aliran darah, juga menggerakkan sendi melalui jarak pergerakannya. Ini membantu menjadikan sendi mudah bergerak sehingga anda dapat melakukan senaman dengan bentuk yang optimum.
Tip untuk pemula dari berlaku kecederaan
Untuk semua faedahnya, tali lompat juga menanggung risiko kecederaan, terutama belat dan regangan tendon Achilles.
RENGANGAN – Untuk mengelakkan kecederaan ini, panaskan badan bawah melalui kenaikan betis jarak jauh dan tali lompat sederhana hanya untuk 5 hingga 10 minit untuk memulakan. Ini bagi meningkatkan kekuatan di bahagian bawah badan untuk menangani beban hentakan daripada melompat.
KASUT YANG SESUAI – Peregangan hamstring dan quad / hip flexor juga dapat membantu mencegah kecederaan, seperti melompat di permukaan empuk dan memakai kasut lari berkualiti tinggi untuk mengurangkan intensiti hentaman, menurut para pakar.
PILIHAN TALI – Memilih tali yang betul juga dapat mengelakkan kecederaan serta memaksimumkan kecekapan dan kemudahan rutin lompat tali anda.
PEGERAKAN – Panjang tali lompat harus bergantung pada tahap kemahiran anda. Untuk pemula, ketika berdiri di atas tali dengan satu kaki, tali harus rata dengan bahu anda. Untuk orang tengah atau maju, ketika berdiri di atas tali dengan satu kaki, tali harus rata dengan ketiak anda atau tepat di bawah.
RISIKO – Kkadang-kadang dipukul oleh tali itu sendiri adalah bahaya biasanya lebih menjengkelkan daripada penyebab kecederaan serius dan sebahagian daripada proses pembelajaran.
TALI MANIK – Tali dengan manik-manik memukul tanah dan mengeluarkan suara ketika berputar di seluruh badan, yang dapat membantu menghindari pemegang tali yang tidak disengajakan. Tambahan, tali manik “disarankan untuk pemula kerana memegang bentuknya dan lebih mudah dikendalikan daripada kain ringan atau tali vinil.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu