Ramai yang masih menunggu konvokesyen dari universiti masing-masing. Gadis manis berlesung pipit yang dikenali merupakan seorang aktivis dan pelajar dalam bidang Psikologi. Tahukah anda Hazwani merupakan adik kepada salah seorang aktivis terkenal di Malaysia yang biasa membuat misi kemanusiaan, iaitu Heliza Helmi.
Berumur 25 tahun, Hazwani yang dipanggil ika mengikuti jejak kakaknya menjadi seorang aktivis kemanusiaan ini berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam jurusan Psikologi. Perasaan bersyukur dan gembira dapat digambarkan di akaun media sosialnya. Pastinya buat Hazwani yang sangat sibuk dengan aktiviti kemanusiaan bersama NGO pastinya membuatkan dirinya rasa bersyukur.
Menurut Hazwani di akaun Instagramnya, dia menyatakan bahawa keluarga, ibu dan bapanya merupakan pembangkit semangat untuk dia memiliki segulung ijazah itu. Semestinya ia bukan sesuatu yang mudah buat Hazwani. Selain itu, Hazwani juga berpendapat bahawa keluarganya yang melihat jatuh dan bangun dirinya sebelum berjaya menggengam segulung ijazah. Siapa sangka dalam kesibukan harian, Hazwani dapat menamatkan pelajarannya dengan cemerlang.
Artikel Berkaitan: Adakalanya Kita Perlu Berkorban Untuk Mencapai Kejayaan – Hawa Rizwana
“Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga tercinta. Mereka menjadi saksi saat ika jatuh, saat ika takut, saat ika buntu dan mereka juga menjadi saksi hingga ke saat ini ika dapat memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi),” Menurut Hazwani melalui kapsyen gambar di Instagramnya.
Hazwani juga menegaskan sebagai seorang pelajar yang sudah tamat belajar untuk memikul tanggungjawab yang patut sepatutnya. Menurut Hazwani, ilmu yang dipelajari merupakan perlu seimbang dengan dunia dan juga akhirat tidak dilupakan.
“Semoga kita semua kekal istiqamah sepanjang apa yang dipelajari di UIA dan teruskan perjuangan di arena masing-masing,” ujar Hazwani
Sebagai hamba Allah yang mencari ilmu di dunia, jangan sesekali lupa akan akhirat juga. Hazwani turut menyatakan banyak yang perlu dipelajari dan perbaiki. Hazwani turut berdoa agar kita memiliki ilmu ladunni. Selain itu, Hazwani meminta agar semua mendoakan dirinya, keluarga dan semua muslimin muslimat agar di bawah jagaan Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Kejayaan Di Akhirat Impian Seluruh Umat Islam. Lakukan Amalan Ini Untuk Mengecapi Kejayaan Dunia & Akhirat!
Akhir kata, pasangan adik beradik ini bukan sahaja memperjuangkan isu ummah di Syria dan Gaza. Malah, mereka pernah berkali-kali menyertai misi kemanusiaan ke sana dalam membantu masyarakat di sana. Baguskan! InsyaAllah, jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu pasti mudah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.