Ramai yang tahu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kini berada di luar negara dalam menghadapi persaingan perlumbaan MotoGP tahun ini. Dan kali ini dia tidak keseorangan apabila turut membawa isterinya, Suzana Manaf bersama. Pada mula menyangka isteri tersayang hanya berada di luar litar sebagai penguat semangat, tetapi rupa-rupanya dia turut menjadikan isterinya sebagai Umbrella Girl. Ini bagi menaikkan semangat untuk kekal konsisten berlumba apabila insan tersayang berada di sisi.
Isterinya yang juga seorang model Muslimah menjadi Umbrella Girl berhijab pertama berada di litar sempena perlumbaan di Thailand minggu lalu.
Nyata kehadirannya jadi tumpuan memandangkan yang dipayungi adalah suaminya sendiri dan dia juga santun dalam pakaian menutup aurat, lengkap dengan inner tangan.
Foto yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat komen positif dari netizen. Rata-rata mendoakan kejayaan Hafiz dalam mengharumkan nama negara di pentas antara bangsa.
zulfadzliridzuan Bini jadi umbrella girl, memang semangat berkobar-kobar le jawabnya.
ballonzuza_surprise Wahhhh Good job bro ,pilihan Yg tepat ,smoga bertambah berkat ,bertambah semangat la bila tulang rusuk kiri ada Sbelah kan ,smoga sentiasa dirahmati kalian berdua
maclairence.j Bini jadi umbrella girls. Sweet arhh
mrzfds The best gadis payung lah istri abang nih cantik nye ? @hafizh_syahrin
Artikel Berkaitan: Umbrella Girl Ini Isteri Kesayangan Pelumba MotoGP
Pada perlumbaan minggu lalu, Hafizh Syahrin berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ke 12.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HAFIZH SYAHRIN