Model Berhijab Selepas Pulang Umrah, Jessie Amalia Akui Rasa Tenang!

Share

Merupakan seorang influencers di sosial media, wanita ini memilih untuk berhijab buat penampilan baru dirinya. Buat mereka yang baru berjinak dengan hijab ia bukan perkara mudah untuk beristiqomah terutama sekali apabila baru sahaja memakai hijab.

Merupakan seorang model, influencer di Indonesia, gadis manis bernama Jessie Amalia ini memutuskan untuk berhijab selepas pulang umrah bersama keluarganya. Melalui perkongsian gambar di akaun instagram Jessie. Menurut laman sesawang detikcom

, Jessie amat teruja untuk menceritakan kepada pihak media tentang perjalanan dan pengalaman dirinya ingin berhijab.

“Tujuan saya berhijab kerana saya ingin menjadi contoh yang lebih baik dan ingin mencapai yang baik-baik sahaja di dalam hidup,” ujar Jessie

Menurut Jessie, keputusan yang dibuat sangat disokong oleh keluarganya. Malah, keluarga Jessie juga berasa sangat gembira melihat perubahan yang terjadi pada Jessie. Pastinya sukar buat Jessie yang merupakan seorang model dan penampilannya sebelum ini agak seksi menjadikan itu antara salah satu cabaran buat dirinya.

Sumber instagram Jessie Amalia

Walaupun dahulu Jessie merupakan seorang model seksi tetapi memakai hijab ini bukan penghalang buat dirinya untuk kekal beristiqomah. Menurut Jessie, permulaan baru ini merupakan perjalanan yang sedikit sukar buatnya kerana ada juga peminat sosial media yang tidak menerima perubahannya itu.

Menurut Jessie, dia cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan tentang mereka yang menyindirnya. Malah, Jessie lebih fokus untuk mereka yang tetap menyokong perjalanan hijrah berhijabnya itu dan banyak mendoakan dirinya. Jessie hanya fikir positif dan tidak mengambil kisah pada yang tidak menerima perubahannya itu.

Artikel Berkaitan: ‘Semangat Gila Aku Nak Selfie Dengan Bini Aku’- Hafiz Suip Bersyukur Lihat Isteri Berhijab’

Selain itu, fesyen yang digayakan memakai hijab juga kelihatan sangat berversatil yang boleh dijadikan ikutan golongan anak muda masa kini. Kelihatan seperti berhijab bukan penghalang atau menyekat diri Jessie untuk terus kekal bergaya dan berhijab.

Akhir kata, Jessie Amalia membuat keputusan untuk menjual pakaian dahulu agar kekal beristiqomah berhijab.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.