Model Baju Raya Ikat Tudung Singkat, Nampak Leher Telinga Jambul, Ustazah Asma’ Berikan Teguran Penuh Hikmah

Share

Menjengah ke bulan Ramadan, pastinya ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk meraikan bulan Syawal pula yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pada waktu ini jugalah kita dapat pelbagai jenama fesyen berlumba-lumba mempromosikan koleksi baju raya terbaharu keluaran jenama mereka. Walaupun begitu, ada sesetengah jenama yang mengeluarkan rekaan yang terlalu ketat buat seorang wanita hingga menonjolkan lekuk tubuh modelnya.

Photo by cottonbro: https://www.pexels.com/photo/a-woman-wearing-black-headscarf-9880856/

Tak mahu masyarakat terus leka, Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran secara umum buat semua khususnya jenama fesyen yang mengeluarkan baju raya agar tidak mencemarkan kemuliaan bulan Ramadan dengan iklan seumpamanya.

“Segan sungguh melihat ramainya model iklan baju raya seksi pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar & video yang menggiurkan.”

“Hormatlah bulan yang mulia ini, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia!”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang diberikan ustazah dan meluahkan rasa syukur kerana ustazah memberikan peringatan agar umat Islam tidak terus leka dengan godaan dunia.

Khas untuk hijabi yang berhijab…

Moga kita terus dapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna

Semoga Allah terus hadirkan insan-insan yang ikhlas menegur kita

Bersyukurlah jika masih ada insan yang sudi menegur kita ke arah kebaikan. Tak salah nak berfesyen, yang penting adalah harus mengikut syariat yang ditetapkan Islam. Bergayalah dengan bersederhana tanpa melampaui batas-batasnya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

sumber: instagram Ustazah Asma Harun

Published by
SH