Baru-baru ini viral apabila seorang wanita yang mengalami kulit muka pedih, bengkak dan gatal akibat menggunakan produk kecantikan tempatan yang dibeli melalui internet. Baru seminggu pakai, kulitnya mengalami kesan yang amat mengecewakan hingga dia terpaksa berjumpa doktor.
Rasanya bukan satu kes begitu, tetapi banyak yang kita dengar kulit mengalami masalah setelah menggunakan produk kecantikan yang ada antaranya tidak mendapat kelulusan. Admin sarankan kita gunakan produk yang dibuat sendiri menggunakan bahan alami. Confirm selamat, halal dan juga murah. Bajet tak sampai RM10 tapi hasilnya kulit jadi glowing, awet muda dan PINKISH.
Perkongsian dari pengguna laman sosial facebook, Zana Mokhtar yang berkongsi petua untuk mendapat kulit putih bersih dan paling penting jadi pinkish. Tak perlu habis ratusan ringgit untuk membeli beli produk mahal kerana bajet mampu milik ini juga dapat menghasilkan kecantikan seperti yang kita inginkan.
Korang Kekna nak kongsi rahsia Kekna sendiri untuk kulit putih bersih pinkish dengan homemade semulajadi jurr.
Ads
Korang konsistenkan hasil dia kan cantikkk wehh kulitt korang. Kekna amalkan setiap kali sebelum tidur.
Model utama yang korang wajib ada.
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk kasar
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Ads
Hanya guna empat bahan ini.
Cara dia mudah yakmatt korang nak buat ni taw.
Pertama sekali korang panaskan jurr susu. Lepas tu masukkan kunyit. Kacau perlahan lahan dan masukkan badam.
Ads
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu. Kacau kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap ni wehh sangad.
Dah dapat rahsia Kekna kan. Korang jangan lupa tekan #SHARE hokey. Untuk sama sama dapat manfaat dengan kengkawan yang lain dapat kulit cantikk giteww.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Macam-macam cara dilakukan untuk buat kulit kita jadi lebih cantik dan glowing. Tidak semestinya memerlukan bajet yang mahal, sebaliknya guna bahan alami juga mampu membuat wajah lebih berseri sepanjang hari. Menurut perkongsian di laman facebook Faridatul Hadawiah, dia hanya membuat masker yang dibuat sendiri untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Cara buatnya cukup mudah dan memang boleh dibuat stok.
Amalkan masker ini sebagai rutin harian (lebih elok sebulan sekali) terutama buat hijabi yang mempunyai kulit bermasalah. Hasilnya akan menjadikan kulit anda lebih licin, cerah, dan berseri-seri.
Baca perkongsian wanita ini yang membahasakan dirinya sebagai Yaya mengamalkannya sebagai regim kecantikan dirinya sendiri. Menurutnya msker ini bukan sahaja membuatkan wajah berseri, tetapi juga mengecutkan jerawat dan mencegah kedutan.
Actually semua dah tahu kan tomato ni memang sangat-sangat bagus untuk skin especially skin yang bermasalah.
Yaya amalkan masker tomato beku ni dalam sebulan lebih macam tu dan alhamdulillah kesannya memang sangat-sangat KETARA
Siapa yang kulit selalu jadi TUMPUAN JERAWAT tu memang sangat2 sesuai gunakan masker ni sebab memang membantu tau.
Kalau ada masalah liang pori besar @ masalah skin yang lain memang sesuai buat masker ni sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit
Yaya suka sebab kulit MAKIN CERAH + hidung iolss licin hokay
Itu tandanya masker ni mampu singkirkan sel-sel kulit mati dan juga whitehead + blackhead
Eh jangan terkejut kalau hangpa kena marah dengan mak hangpa sebab curi tomato kat dapur Sebab kita tak gunakan bahan lain selain tomato
Takmo cakap panjang-panjang meh Yaya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara buat masker tomato beku yang sangat la MUDAH.
Yaya sertakan cara-caranya di setiap gambar dan video Di bawah.
Bahan-bahan :
2 biji tomato
Cara-caranya :
1) Potong tomato tadi kepada 2 @ 4 bahagian supaya senang nak blender ( potong kecik2)
2) Masukkan tomato ke dalam blender
JANGAN CAMPUR DENGAN AIR, BIARKAN TOMATO TADI HASILKAN JUSNYA SENDIRI
3) Kisar sampai halus
So masa nak guna nanti just keluarkan satu2 je.
4) Masukkan tomato yang dah dikisar ke dalam bekas air batu
5) Masukkan ke bahagian beku dalam peti ais
Okay yang nak yaya cadangkan korang buat malam so biarkan semalaman dan peti beku bagi keras
Okay ni adalah video tutorials cara nak gunakan masker tomato beku tadi
P/s: Okay masker ni korang boleh buat sama ada 1 kali sehari (pagi) @ 2 kali sehari (pagi + malam)
SELAMAT MENCUBA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.
Sejak mengenakan hijab setahun yang lalu, pelakon dan penyanyi kecil molek ini semakin jarang muncul di media massa. Kesibukan menguruskan keluarga kecilnya menjadikan pemilik nama Liyana Jasmay lebih senang berada di rumah. Namun itu tidak membataskan dirinya untuk kekal aktif di media sosial dan juga industri seni tanah air.
Sempena Edisi Hijabersary ini, Hijabista sempat mengadakan sesi temubual dan fotografi dengan beliau. Banyak perkara menarik dan berinspirasi dibualkan bersama wanita dan juga ibu yang jika kita lihat karakternya yang sedikit ‘gila-gila tetapi cukup bermotivasi. Malah Liyana Jasmay juga nyata memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Sekarang saya baru sahaja habis pengambaran rancangan kembara bertajuk Hijab Journey. Secara umumnya, ia adalah mengenai mencari wanita Muslim yang berjaya di serata dunia. Untuk permulaan kita mencari lokasi sekitar di Kuala Lumpur, Jakarta dan Australia. Rancangan ini akan ditayangkan di saluran Astro Naura.
Dalam bulan Januari pula, saya melancarkan filem pertama yang saya terbitkan bertajuk Bella & Jamie. Idea asalnya adalah daripada saya sendiri dan saya juga turut berlakon dalam filem ini. Filem berkenaan akan ditayangkan pada 31 Januari 2019 dan tayangan perdananya pula adalah pada 29 Januari.
Selain itu saya juga mengarah 30 episod rancangan televisyen yang saya tidak boleh beritahu lagi tajuknya. Apa pun tunggu perkembangan terbaru ini yang akan dimaklumkan tak lama lagi.
Pada saya biasa sahaja sebab saya dah lakukan ini selama lima tahun. The kids are fine. Kita kena selalu mendidik mereka. Mereka selalu juga bertanya, why you have to go to work? Dan saya akan menjawab ‘Oh Mummy has to work to buy toys and milk for you guys.’ Mereka faham cuma hakikatnya mereka masih kanak-kanak.
Saya tidak suka bekerja pada hari minggu kecuali saya terpaksa kerana hujung minggu adalah waktu untuk saya meluangkan masa bersama keluarga. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan melainkan ada pengambaran.
Segala hal kerja saya akan selesaikan pada hari Isnin hingga Jumaat dan saya akan pulang jam lima petang untuk memasak buat mereka. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segalanya cuma buat masa ini saya belum ada perancangan lagi untuk menambah bilangan anak.
Saya sebenarnya baru setahun berhijab. Pada saya, ia sebuah perjalanan yang berbeza untuk semua orang. Saya seorang manusia yang tidak suka apabila disuruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu.
Saya pakai tudung atas kehendak saya sendiri. Tiada sesiapa yang memaksa. Apa sahaja yang saya mahu lakukan, apa jenis hijab yang saya nak pakai, sama ada turban ke atau nampak leher sekalipun, ia adalah keputusan saya. Bagi saya soal ini adalah urusan di antara saya dan Allah dan tidak melibatkan sesiapa.
Saya rasa adalah sesuatu yang sangat tidak patut apabila masyarakat mengkritik cara pemakaian hijab hijabi di luar sana. Mereka merasakan ada cara yang tertentu untuk berhijab tetapi sebenarnya tidak begitu.
Bagi saya juga semua orang berbeza. Stail dan cara berhijab di negara Arab dan timur tengah berbeza, di negara barat seperti di Amerika Syarikat juga berlainan. Cuma masyarakat di Malaysia sahaja yang merasakan dan memikirkan ada cara tertentu untuk berhijab dan jika tidak kena mereka ini akan mula mengecam. Tetapi tidak mengapalah asalkan keputusan saya ini tidak melibatkan orang lain.
Ini adalah tindakan saya sendiri. Saya mengakui, sememangnya ia tidak mudah. Saya juga tidak malu untuk mengakui bahawa kadang kala ada terdetik rasa di hati untuk menanggalkan hijab contohnya apabila saya rasa tidak cantik apabila berhijab.
Saya tak malu untuk mengakuinya kerana itu adalah perjalanan hijrah saya. Jadi untuk mengatasi perasaan sebegitu, kita perlulah banyakkan berdoa dan beristighfar. Pada akhirnya, ia adalah mengenai diri saya dan tidak melibatkan sesiapa pun. Apabila rasa tersasar, istighfarlah. Lagi satu berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala.
Bagaimana Liyana menghadapi kecaman daripada masyarakat sekeliling terutamanya netizen?
It doesn’t matter. Saya sudah berada dalam industri ini selama 20 tahun. Apa itu kecaman? Cakaplah apa sahaja. At the end, mereka akan pergi ke akaun laman sosial saya untuk melihat segala apa yang saya lakukan. Itulah sebenarnya industri hiburan ini.
Saya rasa biasa sahaja dan mungkin sudah lali kerana ini adalah kerja saya. Dalam 10 orang, mungkin 9 orang lagi akan membenci tetapi akan ada seorang yang sayang pada kita. Take it easy on thing and see deeper than that. Ada orang yang rasa teruk apabila dikecam. Janganlah sampai begitu dan berusaha untuk jadi diri sendiri.
Memang normal apabila ada orang tidak sukakan kita kerana kita sendiri pun bukannya sukakan semua orang. Kita tak boleh harap semua orang sayangkan kita. Apa yang penting kita harus tahu bagaimana hendak mengawalnya. Seperti saya, saya tidak kisah jika orang mengata mengenai turban yang saya pakai, asalkan saya tidak tunjuk benda yang bukan-bukan terhadap masyarakat.
Apa yang saya ingin tonjolkan adalah mengenai hasil kerja saya dan kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri. Ambillah daripada sisi positifnya seperti bagaimana seorang ibu seperti saya menguruskan syarikat. Jangan lihat dari sudut yang remeh, look at the bigger thing.
Sememangnya sukar untuk menjadi seorang wanita. Kena berkahwin, melahirkan anak, jaga keluarga dan perlu bekerja. Ianya tidaklah mudah. Tanyalah mana-mana perempuan, tipulah jika mereka kata senang.
Sebenarnya, suara wanitalah yang paling orang tidak mahu dengar. Kalau lelaki melihat saya, mereka pasti tidak suka perempuan bulldozer seperti saya. Mereka pastinya mahukan perempuan yang duduk rumah sahaja. I’m not like that! Saya mahukan gadis di luar sana fikirkan yang kahwin itu bukanlah satu misi atau destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Kebanyakan gadis merasakan dengan berkahwin mereka sudah selamat. Oh sesekali tidak. Ini adalah sebab mengapa saya mahu jadi penerbit kerana saya mahu buat cerita yang seronok untuk golongan perempuan, menghargai dan meraikan mereka.
Kurangnya penerbit wanita yang mahu lakukan sebegini. Usaha saya ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011 lagi. Saya mahu tonjolkan kisah bagaimana kehidupan sebenar menjadi seorang wanita.
Apakah impian Liyana yang belum tercapai?
Saya sudah mula mengarah dan pada masa akan datang saya mahu menghasilkan banyak lagi filem mengenai wanita. Mengangkat martabat wanita, itu adalah impian saya.
Oh! waktu itu saya baru berusia 20 tahun! Bezanya mungkin dulu saya nakal, sekarang masih nakal juga (ketawa). Cuma mungkin dahulu semuanya adalah tentang menginginkan keseronokan tetapi sekarang keutamaan saya adalah mengenai anak-anak tersayang. Dahulu saya bekerja kerana mahukan duit tetapi kini adalah untuk anak-anak dan juga bagi mendapatkan redha Allah. Nothing else.
Ada rutin kecantikan tertentu?
Sebenarnya saya tidak mengenakan solekan pada hari biasa. Mungkin hanya yang ringkas. Saya cuma mengenakannya jika ada pengambaran dan juga bila perlu.
Liyana rasa cantik bila…
Bila suami saya puji!
Definisi sempurna buat Liyana?
Tiada definisi sempurna kerana mustahil untuk menjadi seorang yang cukup sempurna. Imperfection is beautiful. Mungkin orang fikir kita haruslah sempurna untuk cantik tapi saya tidak rasa begitu. Tidak perlu jadi sempurna, hanya relaks dan enjoy bila perlu!.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.