Modal Tak Sampai 1K, Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’ Pusing Malaysia! Hijabi Ini Cetus Inspirasi

Share

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan diri masing-masing dan lari seketika dari hiruk pikuk bandaraya dan kerjaya hakiki yang tak akan pernah habis.

Begitu juga dengan hijabi ini yang dikenali sebagai Farah Nabilah yang begitu kreatif mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih sebelum merealisasikan impiannya iaitu pusing satu Malaysia!

Hijabista difahamkan tujuan Farah berbuat demikian adalah kerana beliau lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan. Malah, menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.

Tak Perlu Keluarkan Modal Besar, Farah Jelajah 10 Negeri Dalam Tempoh 10 Hari!

Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.

Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideany a untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.

Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.

Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.

“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.

“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.

Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah

Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti. Hijabi ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.

“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.

“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.

Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengamabaran solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.

Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi khususnya kepada hijabi di luar sana yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.

Sumber: Facebook Farah Nabilah

Artikel berkaitan: “Duit Boleh Di Cari, Ibu Tiada Ganti” – Chef Wan Tolak Tawaran Travelog Luar Negara, Fokus Jaga Kesihatan Cik Ani

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir