MK K-Clique Minta Jurusolek Untuk Melabuhkan Tudung Isterinya

Share

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, majlis perkahwinan penyanyi rap MK K-Clique dengan isterinya Siti Hajaar terus mendapat perhatian sehingga hari ini dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Seorang jurusolek mendedahkan penyanyi rap MK K-Clique meminta isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin melabuhkan tudung sebelum mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan : Siti Hajaar Sah Suri Hati MK, Mas Kahwin RM 302 & Seutas Rantai Emas Tanda Ikatan!

Jurusolek baru-baru ini berkongsi ini dalam video di laman Instagramnya @makeupbynurulmf.

“Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya” – MK K-Clique.

Dalam pada itu, jurusolek itu turut menyifatkan Siti Hajaar seorang wanita bahagia yang mempunyai lelaki yang sesuai untuk pasangan hidupnya.

Video berdurasi 49 saat itu memaparkan transformasi solekan sebelum dan selepas Siti Hajaar dalam persalinan serba putih oleh pereka fesyen popular Rizman Ruzaini.

Di ruangan jawapan, rata-rata hanya meninggalkan komen dan turut memuji keperibadian dan perwatakan Siti Hajaar yang menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita terpelajar.

Isteri MK K-Clique Merupakan Anak Tiri Noniswara

Dalam pada itu, Pelakon Datin Seri Noniswara melahirkan rasa gembira pada majlis perkahwinan anak tirinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, yang bergelar isteri kepada penyanyi rap popular MK, Jumaat lalu.

Noniswara, 44, turut mengucapkan tahniah kepada suami tercinta, Datuk Seri Dr. Syeikh Nordin Sheikh Ahmad, memberi salam kepada menantu.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha