Walaupun sudah beberapa hari berlalu, majlis perkahwinan penyanyi rap MK K-Clique dengan isterinya Siti Hajaar terus mendapat perhatian sehingga hari ini dan menjadi bualan ramai di media sosial.
Seorang jurusolek mendedahkan penyanyi rap MK K-Clique meminta isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin melabuhkan tudung sebelum mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan : Siti Hajaar Sah Suri Hati MK, Mas Kahwin RM 302 & Seutas Rantai Emas Tanda Ikatan!
Jurusolek baru-baru ini berkongsi ini dalam video di laman Instagramnya @makeupbynurulmf.
“Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya” – MK K-Clique.
Dalam pada itu, jurusolek itu turut menyifatkan Siti Hajaar seorang wanita bahagia yang mempunyai lelaki yang sesuai untuk pasangan hidupnya.
Video berdurasi 49 saat itu memaparkan transformasi solekan sebelum dan selepas Siti Hajaar dalam persalinan serba putih oleh pereka fesyen popular Rizman Ruzaini.
Di ruangan jawapan, rata-rata hanya meninggalkan komen dan turut memuji keperibadian dan perwatakan Siti Hajaar yang menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita terpelajar.
Isteri MK K-Clique Merupakan Anak Tiri Noniswara
Dalam pada itu, Pelakon Datin Seri Noniswara melahirkan rasa gembira pada majlis perkahwinan anak tirinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, yang bergelar isteri kepada penyanyi rap popular MK, Jumaat lalu.
Noniswara, 44, turut mengucapkan tahniah kepada suami tercinta, Datuk Seri Dr. Syeikh Nordin Sheikh Ahmad, memberi salam kepada menantu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hasil Menabung, Masya Masyitah Beli Rumah RM300 Ribu Secara Tunai Di Usia 19 Tahun
Rezeki itu datang tidak mengira usia. Janji kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Walaupun baru sahaja menginjak usia 20 tahun, penyanyi Masya Masyitah mendedahkan dia sudah berjaya membeli sebuah rumah kondominium di Cheras secara tunai bernilai RM 300,000 pada tahun lalau pada usia 19 tahun.
Gadis yang berasal dari Kulim ini mendedahkan duit yang diperolehnya itu merupakan hasil daripada kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan. Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah.
“Itu merupakan duit yang saya kumpul sejak kecil lagi. Bila menang, dapat duit saya akan simpan di ASB (Amanah Saham Bumiputera). Jadi di situ dapatlah dividen setiap tahun.
“Pembelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan.
“Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini,’ jelasnya kepada Harian Metro.
Bagi pembelian kereta pula, Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff berkata dia membuat pinjaman bank untuk memilikinya selepas dinasihati oleh ibu kerana bimbang dia akan menukar kereta suatu hari nanti.
Dikatakan menunjuk-nujuk kemewahan rumahnya di laman YouTube, Masya menjelaskan ia sekadar perkongsian buat peminat.
“Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung.
“Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain. Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif,” ujar penyanyi lagu Halimunan ini.
Menetap bersama ibunya, Masya akui dia memang gemar menabung sejak kecil. Dia juga berharap moga apa yang dilakukan ini dapat menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana. Hebatlah Masya!
View this post on InstagramA post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Bayar Zakat Di Akhir Ramadan, Ini Senarai Platform Memudahkan Bayar Zakat Secara Online Ketika PKP
Umum semua umat islam yang menjalani ibadah puasa di wajibkan membayar zakat di bulan ramadan pada yang berkemampuan. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, umat islam digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan nanti melalui atas talian berbanding cara konvensional seperti sebelum ini iaitu menerusi amil yang dilantik.
Bagi mengelakkan terjadinya anada keluar rumah sistem ini adalah penting sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19. Berikut adalah platfom-platfom yang memudahkan umat islam di seluruh negeri di Malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian serta kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri bagi tahun 2020 :-
1. Wilayah Persekutuan – RM5, RM7
- portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) fitrah.zakat.com.my
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
- PayHalal
- MyEG
- GoPAYZ (akan datang)
- Pos Online
Untuk info lanjut, layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP
2. Sarawak – RM7
- Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
- Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak (Android sahaja)
- MyEG
- Maybank2U
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman muka TABUNG BAITULMAL SARAWAK
3. Sabah – RM6, RM7
- Portal BZF Zakat Sabah https://appszakat.sabah.gov.my
- Laman sesawang 14 Bank
- JomPAY
- MyEG
- Aplikasi SnapNPay
- Pos Online
Untuk info lanjut, layari laman muka KAEDAH BAYARAN, BAHAGIAN ZAKAT DAN FITRAH MUIS.
4. Terengganu – RM7
- FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman muka MAIDAM
5. Selangor – RM7, RM14, RM21
- FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Aplikasi GoPayZ
- Aplikasi Boost;
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
- Portal MyEG
- Pos Online
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Selangor.
6. Pulau Pinang – RM7, RM16
- Menerusi laman rasmi 6 buah Bank
- Pos Online
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Penang
7. Perlis – RM7
- Aplikasi SnapNPay
- Menerusi 3 perbankan internet (Bank Islam, CIMB, Maybank2u)
Untuk info lanjut, layari laman MAIPS
8. Perak – RM7, RM14, RM21
- QRPay Maybank
- Aplikasi SnapNPay
- Aplikasi GoPayZ (akan datang)
Untuk info lanjut, layari laman MAIAMP.
9. Pahang – RM7
- Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
- Pembayaran menerusi 12 perbankan online
- Pos Online
- MyEG
Untuk info lanjut, layari laman Pusat Kutipan Zakat Pahang
10. Negeri Sembilan – RM7
- portal www.zakatns2u.biz/fitrah
- Aplikasi ZakatN9
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
- MyEG
Untuk info lanjut, layari laman Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
11. Melaka – RM7, RM14
- Laman sesawang izakat.com
- QRPay Bank Muamalat
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Melaka
12. Kelantan – RM7
(Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).
- Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
- Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
- Aplikasi MyMaik eZakat Payment
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman MAIK
13. Kedah – RM5, RM7, RM14, RM21
- Laman sesawang Jom Zakat – https://jom.zakatkedah.com.my/
- Laman sesawang Asnaf Care – https://asnafcare.com.my/
- Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) – http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS)
Untuk info lanjut, layari laman Jom Zakat Kedah
14. Johor – RM7, RM10
- Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my
- FAST PAY http://fitrah.maij.gov.my
- Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my
- Aplikasi SnapNPay
Untuk info lanjut, layari laman Zakat Johor Online Payment
Kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian ini, ia akan memudahkan semua umat islam menunaikan kewajiban mereka tanpa alasan. Pelbagai aplikasi kini menyokong pembayaran zakat fitrah untuk pengguna di Wilayah Persekutuan, Labuan, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Laman sesawang majlis agama islam mengikut negeri-negeri di Malaysia mungkin buat masa ini ada yang belum mengemas kini pemberitahuan tentang perkara ini. Jadi para pengguna dinasihatkan supaya menyemak semula laman rasmi majlis agama islam negeri masing-masing.
Anda juga digalakkan hubungi pihak Majlis Agama Islam dan pusat-pusat Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan info lanjut dan bantuan tentang cara pembayaran zakat fitrah secara atas talian.
SUMBER: WISER.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea OOTD ‘Classy’ Ala SASHFIR Tampil Anggun & Bergaya Setiap Hari
Sashfir, seorang pempengaruh fesyen yang sering memberikan inspirasi ‘OOTD’ classy dengan sentuhan moden. Ia juga mudah digayakan.
Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Monokrom Minimalis Dengan Sut Kelabu
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Warna Bumi Dengan Baju Coklat & Skirt Putih
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
All Black Elegan
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Penampilan Chic Dengan Warna Neutral
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
BACA JUGA: Ratu ‘OOTD’ Ruba Zai Cetus Inspirasi Gaya Kasual & Formal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI