Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Share

Penyanyi dan juga aktivis, Mizz Nina, telah di anugerahkan dengan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Mizz Nina yang di kenali dengan kegiatan dakwah serta aktivis kemanusian sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai. Tidak sangkal lagi, dia menjadi idola buat ramai atas usahanya yang banyak membantu ramai saudara sesama Islam.

Penerima ikon aktivis kemanusiaan

Sumber gambar dari Instagram Mizz Nina

Siapa sahaja tidak tahu kegiatan aktivis kemanusiaan Mizz Nina atau nama sebenarnya Sayzrina Azman, 42, sebagai salah seorang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 144H/ 2022M dalam kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan. Dia yang telah giat menjalankan kegiatan aktivis kemanusiaan telah melebarkan sayapnya sehingga ke luar negara.

Mizz Nina telah mula bergiat melakukan kemanusiaan sejak tahun 2013 dan melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada tahun 2017. Pada tahun 2016 pula, Mizz Nina turut bersama rakan kongsinya mengasaskan saluran gaya hidup Islam yakni Deen Of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang telah menghasilkan beberapa siri episod TV dan program bual bicara.

Perkongsian Mizz Nina bersama golongan yang kurang bernasib baik juga telah membuatkan dia untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan juga Into Taqwa Malaysia.

Artikel berkaitan: “2009 Tak Tahu Membaca Alif Ba Ta, Mula Belajar Di Usia 33 Tahun…” – Hijrah Mizz Nina Cukup Menyentuh Hati

Mei tahun 2021 lalu, Mizz Nina juga berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta yang di dermakan oleh orang ramai bagi rakyat Palestin. Sumbangan ini juga di usahakan menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang turut di sertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan.

Sumbangan itu juga di maklumkan telah di gunakan secara berperingkat di salurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

Mizz Nina juga tidak lupa untuk berkongsi setiap sumbangan dan aktiviti sumbangan menerusi Instagram miliknya kerana tidak sangka ramai yang memberikan sokongan luar biasa. Acara yang berlangsung pada hari ini juga di serikan oleh ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima anugerah di Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan itu.

Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Mizz Nina

Artikel berkaitan: Deep kata-kata Mizz Nina: “Kita Selalu Harap Pasangan Faham Tentang Kita Sedangkan Kita Lupa Rumah Tangga Adalah Kita Belajar Tentang Dia”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee