Jika sebelum ini pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh menafikan desas-desus mengenai perpisahan mereka namun hari ini semuanya terjawab.
Dalam satu kenyataan menerusi Instagram masing-masing, Mizz Nina dan Noah menjelaskan tentang perpisahan mereka.
Antara lain dalam hantaran tersebut ada menyebut tentang pengumuman penting yang mereka berdua ingin maklumkan.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan secara teliti, kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing.”
“Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka duka.
“Jangan risau kami masih berkawan lagi dan mendoakan antara satu sama lain. Kita boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat.
“Kami menghargai semua orang untuk menghormati privasi kami seperti dalam Surah Al Hujurat ayat 12 iaitu tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang kami untuk mengelakkan fitnah. Kami memerlukan doa anda.
BismillahiRahmaniRahim,
Noh and I have an important announcement to make.
After much thought and careful consideration, we have both mutually agreed on going our separate ways.
Alhamdulillah, we are grateful to Allah for allowing us to spend 11 beautiful years together with all the ups, downs and adventures. We also would like to thank all our supporters for showing us much love all these years. Don’t worry, we are still friends and we wish well for each other.
We can plan but Allah’s plans are far greater.
Please make lots of du’a for us especially during this Iddah period, we would appreciate everyone to respect our privacy, and in keeping with among others Sura’ Al Hujurat verse 12, to not speculate or spread false assumptions about us to avoid fitnah. Your du’as and prayers are what we need.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
1h
Namun apa yang membuatkan Mizz Nina dan Noh dikagumi ialah mereka menyimpan rapat-rapat rahsia masing-masing. Sama ada Mizz Nina mahupun Noh, mereka langsung tidak bercerita atau membuka aib masing-masing.
Sikap Mizz Nina matang dan kekal tenang harus dicontohi. Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Sumber kredit: Instagram Official mizznina dan mohammadnohbinsalleh
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Angkat Mesin Basuh & Peti Ais, Ini Cara Yang Betul Bagi Selamatkan Perkakas Elektrik
Pada saat ini, kebanyakan negeri di Malaysia dilanda bencana banjir. Situasi banjir yang terjadi ini disifatkan antara yang paling teruk pernah berlaku di negara kita.
Pastinya ramai yang terkesan dan sedang risau memikirkan harta benda mereka untuk diselamatkan.Berkongsi info berguna, akaun @Pelabur_Bijak di twitter telah memberikan tip kepada semua cara-cara bagi menyelamatkan perkakasan elektrik agar tidak rosak.
Tak perlu angkat, cukup sekadar tutup suis utama dahulu
Lepas 2-3 hari dah yakin kering barulah boleh hidupkan semula
Ringkas tapi bermakna. Moga tip ini bermanfaat untuk anda semua yang memerlukannya. Take care!
kredit: twitter @Pelabur_Bijak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Syurga Ini Sempat Menyusu Hingga Kenyang Sebelum Dijemput Illahi Lepas 14 Hari Bertarung Nyawa
Kehadiran anak adalah satu kurniaan terindah dari Allah SWT. Kalau boleh mahu melihat anak yang dilahirkan dari rahim seorang wanita membesar sempurna. Namun kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Perkongsian lelaki ini, Muhamad Syafiq di laman sosial beberapa jam lalu meluahkan betapa dia dan isteri reda dengan pemergian bayi selepas 14 hari dilahirkan sebelum bertemu Illahi.
Menceritakan semula detik kelahiran anak syurga ini hingga saat kehilangannya memang begitu menyentuh hati. Lebih mendebarkan ketika isteri memberitahu dia bermimpi didatangi lelaki berjubah. Ternyata perkongsian panjang lebar ini telah mendapat butang share lebih 5 ribu dan butang like pula hampir 10 ribu dari netizen.
Rata-rata melahirkan simpati dengan perkongsian cerita ini dan berharap keduanya dapat bertemu anak syurga ini di jannatul firdausi.
Gelisah tunggu kelahiran ‘malaikat kecil’
30/09/2018 ( AHAD )
Jarum jam meniti tepat pukul 5.30 petang , isteriku mula menunjukkan tanda-tanda sakit di bahagian peranakkannya . Aku terus mempersiapkan barang-barang kelengkapan bersalin isteriku dan terus memandu tenang ke hospital berdekatan . HUSM Kubang Kerian menjadi pilihan kami pada hari tersebut . Aku menolak perlahan isteriku ke bahagian pendaftaran .
Aku gelisah menunggu kelahiran ‘malaikat kecil’ di bahagian menunggu sementara isteriku sedang menanggung kesakitan di wad 2 Baiduri . Tanpa berlengah aku terus mencapai kain pelikat dan terus membuat solat sunat hajat dihadapan Wad 2 Baiduri tanpa menghiraukan sesiapa yang melihat perbuatan ‘aneh’ ku di kawasan tersebut . Bagi aku asal isteri dan anakku selamat sahaja . Hanya Allah swt tempat aku bergantung harap .
Bermimpi suatu yang aneh.
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi isteriku belum melahirkan anak , aku yang keletihan terus tertidur di atas kerusi menunggu beralaskan kain pelikat tadi . Aku bermimpi sesuatu yang aneh , di dalam mimpi tersebut aku bersama isteriku dan satu lagi pasangan sedang mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam yang gelap . Tetapi apa yang menghairankan aku pasangan tersebut mendaki sambil mengengdong bayi lelaki mereka tetapi aku dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya aku dan isteri sampai dahulu di kemuncak gunung berbanding pasangan tadi . Di kemuncak gunung aku melihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami dan memadam kepekatan malam pada hari itu . Apakah petanda mimpi tersebut ?
Isteri selamat lahirkan anak secara normal.
01/10/2018 ( ISNIN )
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam , pukul 9.30 pagi aku sudah usai khatam Quran dengan pengakhiran surah An-Nas dan kalimat ‘Sodaqallahulazim’ dilafazkan yang bermaksud ‘benarlah kalam Allah yang Maha Agung’ . Berdebar hati ini , berdegup kencang jantung ini menanti namaku dipanggil oleh jururawat bertugas bagi menyaksikan kelahiran anak sulungku .
Jam menunjukkan tepat pukul 10.20 pagi akhirnya isteriku selamat melahirkan anak kami secara normal setelah bertarung nyawa melahirkan anak kami . Bayi seberat 2.89kg diazankan oleh aku sebagai bapa kandungnya . Ya Allah anak aku ! Kata aku yang tidak percaya anak yang selama ini dikandung 9 bulan oleh isteriku kini sudah Allah zahirkan dihadapan aku . Menitis air mata jantanku tanda bersyukur Allah memberikan aku nikmat sebesar ini .
Tunaikan solat syukur atas kelahirannya.
Wajahnya seiras wajahku , putih berseri kemerah merahan , matanya yang bulat dibuka luas melihat dunia . Bayi lelaki ini diberi nama Muhammad Uwais Al-Qarni bin Muhamad Syafiq . Aku diminta oleh guruku untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat syukur ke atas kelahiran pertama ini . Ini amanah dari Allah , ini tanggungjawab dari Allah kata guruku kepadaku melalui corong telefon. Tanpa berlengah aku terus turun ke surau bagi melengkapi permintaan guruku .
Seronok gembira hati ini hanya Allah yang tahu , kelahiran anak lelaki sulung ini memberikan seribu makna kepada aku dan isteri . Bagaikan dunia ini ana yang punya .
Anak lahir sehari sebelum ulang tahun kelahiran & ditahan di wad sebab ada jangkitan kuman.
02/10/2018 ( SELASA )
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-25 . Kelahiran anak lelaki pertamaku merupakan satu anugerah Allah paling besar sepanjang hidupku , ini adalah hadiah paling berharga yang Allah berikan kepada aku . Aku bersyukur masih diberikan nyawa oleh Allah . Terima kasih emak Norshita Shawal sebab lahirkan abang ke dunia ini . Besar jasa dan pengorbanan emak dan abah . Apabila aku melihat proses kelahiran anak aku dan susah payah isteriku melahirkan anak , baru aku tahu bagaimana emak bersusah payah melahirkan aku ke dunia . Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa emak . Isteriku sudah boleh pulang ke rumah tetapi anak kami tidak boleh pulang bersama atas alasan anak kami kemungkinan disyaki ada jangkitan kuman di bahagian paru-paru .
Berdoa agar cepat sembuh.
03/10/2018 ( RABU )
Sedih hati ini melihat katil anak aku ditolak ke dalam wad Nilam 2 (N.I.C.U) atas faktor anak aku dijangkiti kuman di bahagian darah . Kata doktor , isteriku turun air ketuban awal dan demam sewaktu melahirkan Uwais , maka doktor terpaksa kuarintin Uwais di wad tersebut bagi mengelakkan perkara-perkara sebaliknya berlaku . Aku melihat pernafasan anak aku turun dan naik begitu pantas berbanding bayi yang lain . Allahu akhbar !
Hal ini sungguh merisaukan aku dan isteriku . “Nak , cepat sembuh ye , nanti dah sihat , ikut Walid jalan-jalan “ bisikku ke telinga Uwais .
Isteri gagah untuk menyusukan bayi walaupun ditahan di wad.
04/10/2018 ( KHAMIS )
Bermulah rutin harianku , ini sudah hari keempat aku ulang alik ke hospital bersama isteriku ke hospital untuk menyusukan anak kami . Jarak hampir 8km dari rumah ke HUSM tidak aku hiraukan , isteriku yang masih di dalam pantang digagahi jua demi untuk melihat perkembangan anak kami dan menyusukan anak soleh kami Muhammad Uwais Al-Qarni . Seperti kebiasaan , sebelum jari jemari ini menyentuh lembut ubun-ubun dan fizikal Uwais , aku akan memberikan salam kepadanya “ Assalamualaikum Muhammad Uwais Al-Qarni , anak soleh Walid “ . Usai meberikan salam pasti anak comel ini akan mengerutkan dahi dan keningnya tanda memberi respons kepadaku . Cerdik sungguh.
Tak kisah ulang alik semata-mata untuk lihat cinta hati.
05/10/2018 ( JUMAAT )
Hari kelima , tali pusat Uwais dah mula tercabut , Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga berbanding sebelum ini . Uwais dah pandai membuat pelbagai reaksi di wajah , mengeliat seperti Umminya , menendang perlahan dan mengigit kuat jari kami seperti bayi yang berusia 5 bulan . Cerdik sungguh kamu wahai anak . Setiap hari kami menunggu dan menemani Uwais di wad tersebut sehingga lewat pukul 1.30 pagi . Aku dan isteriku tidak mengiraukan keletihan dan sakit sakit di badan yang kami alami sepanjang ualng alik ke hospital asalkan sahaja dapat bersama Uwais si cinta hati kami . Ya Tuhan , tak sabar rasanya menunggu anak cerdik ini pulang ke rumah kami .
06/10 – 09/10/2018
Ulang alik ke hospital seperti biasa menjenguk , menjaga , menukar pampers , memandikan dan menidurkan Uwais . Berat Uwais sedikit turun . Proses ultrasounds dilakukan keatas Uwais untuk menentukan tahap kesihatan Uwais . Hari ke 7 , ada satu hal yang terjadi , seperti kebiasaan selepas Uwais bangun dari tidurnya , dia akan mengeliat kepuasan , apa yang mengejutkan kami ialah selepas dia mengangkat tangan ke atas untuk mengeliat , pasti dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat . Hal ini berterusan sehingga ke hari hari seterusnya . Allahu akhbar !
Kesihatan bayi jadi tidak stabil & terpaksa pakai wayar oksigen untuk sokong pernafasannya. Doktor pakar mula pantau keadaannya.
10/10/2018 ( RABU )
Kami dikejutkan dengan berita Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat) , Uwais mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak memberikan tindak balas positif pada darahnya . Uwais mula dipakaikan wayar oksigen di hidungnya bagi menyokong pernafasannya . Sesekali Uwais menangis tanda sakit dan mahukan perhatian dari kami . Uwais bersin berkali-kali . Lucu melihat reaksi anak comel ini bersin . Ya Allah , Engkau sembuhkanlah anak aku ya Allah .
11/10/2018. ( KHAMIS )
Darah Uwais semakin pekat kata doktor , doktor pakar mula mengambil kes Uwais dan anakku akan dikawal sepenuhnya oleh doktor pakar bagi memantau perkembangan Uwais . Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak aku dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman keatasnya . Hati ini mula semakin risau , tidur tidak nyenyak , selera makan sudah tiada memikirkan tentang anak sulung kami . Begitu juga dengan isteriku jangankan air , apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali . Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini .
Emak dan abahku sudah pulang ke Pulau Pinang atas sebab bapa saudara aku di Penang semakin tenat . Ini kali kedua Emak dan Abah datang ke Kelantan selepas datang kali pertama pada 1 Oktober lepas .
Dikejutkan dengan kematian bapa saudara dua hari sebelum itu. Isteri pula bermimpi didatangi lelaki berjubah.
12/10/2018 ( JUMAAT )
Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa saudaraku di Pulau Pinang . Bapa saudara aku yang paling rapat dengan ahli keluarga kami . Aku begitu sedih dengan berita tersebut tambahan pula aku tidak boleh pulang ke Penang atas faktor isteri dan anakku dalam keadaan begini . Sedihku bukan kepalang ibarat jatuh ditimpa tangga . Al-Fatihah untuk Allahyarham Mazlan bin Shawal .
13/10/2018 ( SABTU)
Seharian bersama Uwais bermain , pada hari yang sama isteriku bermimpi telah didatangi seorang lelaki berjubah membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteriku masuk ke dalam hospital isteri tercinta aku melihat sebujur jasad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa . Bangun dari tidur , isteriku menangis tersesak-esak sambil memelukku tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut . Malam hari aku dan isteri bersama Uwais , seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteriku sudah kering .
Aku mengusap perlahan kepala anak kesayanganku sambil bercakap dengannya .
“ Uwais anak Walid , cepat sihat nak , cepat sembuh , cepat-cepat keluar hospital , semua tunggu Uwais kat rumah . Nanti dah sihat Uwais teman Walid , kita pergi masjid sama-sama ye nak “ kataku sambil matanya merenung tepat kearah mataku , bulat dan hitam penuh anak matanya . Redup dan sayu matanya melihat aku lama lalu tanpa aku sedari mengalir air mata Uwais dan mulut kecilnya terkumat kamit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepadaku . Jarinya mengemgam kemas jariku tanpa mahu dilepaskan .
Jam menunjakkan pukul 1 pagi , isteriku mahu meletakkan Uwais ke atas katil , hari sudah lewat , kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi anak kami Uwais tidak mahu melepaskan Umminya , erat dan kemas memeluk tangan isteriku , menangis merengek Uwais apabila mahu diangkat keatas katil seolah olah tidak mahu berpisah dengan Umminya yang telah berada didalam kandungan selama 9 bulan . Dia seperti mahu bersama Umminya sampai ke bila-bila . Aku dan isteri tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi . Kami meninggalkan Uwais di atas katil dengan beribu kesedihan .
Keadaan makin krtitikal bila hati telah rosak dan pecah
14/10/2018 ( AHAD )
Di subuh yang hening , tiba-tiba telefon aku berdering kuat dan kelihatan nombor hospital tertera di skrin telefon aku , berdebar jantung ini seperti nyawa aku bakal dicabut . “Encik , boleh datang ke hospital dengan segera tak ?” tanya doktor kepadaku . Ya Allah ya Tuhanku , berat sungguh kaki ini nak melangkah .
Sesampainya di wad aku sudah melihat katil Uwais dikelilingi oleh ramai doktor pakar , Uwais sudah tidak sedarkan diri , dia di kelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan . Luluh hancur hati ini melihat darah daging aku dalam keadaan begini . Kata yang merawat , Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tadi . Ya Allah ! Dugaan apa yang Engkau berikan kepadaku ini , baru semalam sahaja Uwais nampak sihat dan bermain dengan Walid dan Umminya , pagi ini Uwais sudah tidak sedarkan diri .
Seharian kami menunggu di wad , kami mengambil peluang untuk pulang ke rumah sebentar untuk mandi dan bersihkan badan . Emak , abah , kakak , adikku dan abang iparku baru sahaja sampai setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Pulau Pinang .
Jam pukul 9.00 malam sekali lagi hospital menelefon aku , sambil menyuruh aku membawa ahli keluarga terdekat . Petanda apakah ini ?
Sampai di katil Uwais , ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu keatas Uwais , ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa . Isteriku tidak henti-henti menangis keesakkan sehinggakan ditenangkan oleh jururawat bertugas .
Doktor menjemput aku dan isteri ke bilik perjumpaan dan doktor menerangkan tentang situasi Uwais . “ Encik Syafiq dan Puan Nurul Fatihah, kita dah cuba sehabis baik tetapi Allah yang memegang kita , anak Encik sekarang sudah berada di tahap 50/50 dan kita hanya menunggu keajaiban dari Allah sahaja , bila kita buat ultrasounds kita lihat penuh tumpah darah dalam badan anak Encik , hati dia telah rosak dan pecah “ . Bayangkan kalian berada disituasi aku dan isteri ketika itu .
———————————-
Satu persatu wayar dicabut dari badan anak. Sempat melihat tangisan terakhirnya.
Akhirnya Uwais di pangkuan isteriku dan semasa diribaan isteri tercintaku , satu persatu wayar di badan Uwais dicabut , tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah , tepat jam 12.15 pagi anak kesayangan kami MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN MUHAMMAD SYAFIQ telah dijemput kembali oleh Allah swt setelah genap 14 hari dia bertarung melawan kuman dalam badan . Dilahirkan pada hari Isnin dan diambil kembali oleh Allah juga pada hari Isnin .
Di penghujung detik nafas Uwais yang terakhir aku sempat menyaksikan kaki dan tangan anak syurga ini terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka melihat tepat kearah kami dan kelihatan anak mata nya yang pekat jernih kehitaman tersebut, tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi . Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah olah ingin memberitahu Walid dan Umminya bahawa dia akan pergi selama lamnya meninggalkan kami di dunia yang fana ini . Kini tiada lagi rengekan manja Uwais terhadap kami . Luluh jiwa ini .
Kata jururawat yang menjaga dan merawat Uwais sepanjang dua minggu , dia anak yang sangat senang dijaga , tidak banyak ragam dan susah untuk dengar Uwais menangis . Isteriku terus memangku jasad anaknya yang kini sudah tidak bernyawa lagi sambil menegesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir . “Uwais , uwais bangun nak , bangun anak Ummi , Ummi rindu Uwais , siapa nak hisap susu ummi lagi , sayang anak ummi…ummi dah halalkan susu ummi untuk Uwais…tak apalah sayang pergilah dengan tenang..” kata isteriku perlahan. Allah , aku yang melihat bagaikan hendak pengsan . Lahaulawala khuwataillahbillah hila’liyula’zim . Kuatkan kami Ya Allah !
Redha dengan ujian Allah diberi 14 hari yang cukup indah
Aku redha Ya Allah , aku terima ujian darimu walaupun pedih dan pahit untuk aku tempuh semua ini . Uwais dicipta untuk hidup didunia ini hanya 14 hari sahaja . Perjanjian dia dengan Sang Pencipta telah ditunaikan . Semua ini terasa bagaikan mimpi . Terlalu pantas berlalu namun inilah realiti yang perlu ditanggung oleh aku dan isteri .
Ketahuilah sesungguhnya Ummi & Walid amat merinduimu wahai anak . Kita jumpa di syurga nanti ye nak . Maafkan Walid tak sempat bawak Uwais ke masjid bersama-sama , Walid hanya sempat mengengdong jasad Uwais yang sudah tidak lagi bernyawa ke masjid untuk menunaikan solat jenazah Uwais . Jasad Uwais wangi sangat sangat , selama Walid hidup atas dunia ini tidak pernah sekali Walid bau sewangi wangian Uwais itu .
Bercucuran air mata ini mengalir laju ketika nukilan ini disiapkan . Aku dan isteri masih mencari semangat . Walaupun kami sudah terpisah jasad dengan Uwais , kami berada di atas tanah dan anak tersayang kami di bawah tanah namun roh Uwais Al-Qarni sangat tenang di sana sambil berlari-lari di dalam syurga Allah swt . Aku terima , aku redha .
———————————-
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
(Al-Baqarah: 286)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut: 2)
Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:
“Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”
———————
Muhammad Uwais Al-Qarni
01/10/2018 – 14/10/2018
#kenanganbersamauwais
#coretanwalid
#alwildani
Muhamad Syafiq bin Yushasni
25/10/2018
7.00 petang
Kota Bharu , Kelantan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluarga Tak Restu Peluk Islam, Mualaf Korea NUR ARISA MARYAM Terus Berbuat Baik Kepada Ibu Tanpa Jemu
Kisah mualaf cantik dari Jepun, Nur Arisa Maryam atau Arisa ini benar-benar menjentik perasaan dan keinsafan. Biarpun melalui sebuah ‘perjalanan rohani’ yang cukup luar biasa, namun akhirnya peluk Islam asbab tertarik dengan Bahasa Melayu dan gaya hidup Islam.
Perjalanan hidup Arisa mencerminkan kekuatan iman dan cinta yang mampu mengubah segala-galanya.
Memetik portal Mvslim.com, Arisa yang dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun tertarik untuk mempelajari bahasa asing. Lalu, dia memilih jurusan Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo.
Di kampus, Arisa bergaul dengan orang Melayu yang kebetulan sekelas dengannya. Melalui rakan-rakannya, Arisa mempelajari cara hidup orang Islam.
Perlahan-lahan Arisa mula memahami bahawa agama Islam itu indah. Akhirnya Arisa temui hidayahnya dan memutuskan untuk bergelar seorang mualaf.
Ternyata, bukan mudah menjalani kehidupan di sebuah negara dengan majoriti penduduk yang tidak mementingkan agama.
Apatah lagi ketika Arisa memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia telah memeluk Islam, reaksi yang diterima luar dari apa yang dijangkakan.
Ibu Arisa memberi respon negatif selain marah dan tidak mengaku Arisa sebagai anaknya.
Namun, Arisa tidak pernah putus harapan. Dia terus berbuat baik kepada ibunya dan terus menunjukkan keindahan Islam melalui tingkah laku dan kebaikannya.
Lama kelamaan hati si ibu mula cair. Tujuh tahun Arisa memeluk Islam, perubahan sikap ibunya terhadap Islam mula kelihatan.
Ibu yang pada mulanya menolak, kini mula menghormati pilihan Arisa.
Dalam kisah yang dikongsikan Arisa di akaun Instagramnya, dia menceritakan pengalaman mereka mengunjungi Masjid Tsukuba.
BACA JUGA: Sudah Membeli Kain Kafan & Tanah Perkuburan Sendiri CLARA SHINTA Terus Istiqamah Pelajari Ilmu Agama
BACA JUGA: Kisah Inspirasi AYANA MOON Mualaf Cantik Dari Korea Selatan, Rela Hidup Miskin Untuk Belajar Islam
Si ibu yang pada mulanya hanya mahu menunggu di dalam kereta, akhirnya mengambil keputusan untuk masuk juga.
Dia kagum dengan keindahan dan keluasan masjid itu yang sangat berbeza daripada tempat-tempat ibadat yang biasanya kecil di Tokyo.
Semasa Arisa berdoa, ibunya duduk di kerusi sambil melihat, merakam video dan mengambil gambar. Momen ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mereka berdua.
Sebelum memeluk Islam, Arisa mula dengan cuba mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan Islamnya.
Termasuk memakai tudung dan memerhatikan mereka ketika solat. Kehidupan beragama di Jepun yang menurutnya cuma terhad kepada ritual, membuatkan Arisa berfikir lebih mendalam tentang kewujudan Tuhan dan kebenaran agama.
Melalui pengalaman bersama rakan-rakan Islam, Arisa mula menyedari Islam mempunyai keindahan dan kebaikan yang dicari.
Kemuncak perjalanan hijrah Arisa berlaku apabila dia bekerja di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo dan bertemu dengan dua wanita Islam dari Jepun.
Kisah dan keberanian mereka memeluk Islam benar-benar memberi inspirasi kepada Arisa. Tidak lama selepas itu, Arisa mengucap syahadah di dalam biliknya.
Detik yang menandakan bermulanya kehidupan baru sebagai seorang Muslimah.
Hijabista mendoakan agar Nur Arisa Maryam kekal istiqamah seterusnya menjadi Muslimah sejati yang diredhai Allah SWT.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI