Tak dapat dinafikan, ramai yang keliru untuk membezakan di antara mitos dan fakta berkaitan hal kecantikan. Malah, ada yang tidak tahu dan terus mempercayai mitos yang diketahuinya. Jangan begitu! Sebagai seorang wanita, anda perlu ambil tahu fakta berkaitan hal kecantikan. Tidakah anda terus-terusan mempercayai mitos yang ternyata tidak masuk akal.
Mitos hanyalah sekadar mitos dan anda perlu mempercayai fakta yang sebenar. Hijabista paparkan mitos vs fakta yang selalu disalah ertikan oleh kaum wanita terutamanya bila hal yang berkait dengan kecantikan. Lepas nie jangan salah lagi okay!
MITOS: Ketika membasuh muka dengan air sejuk atau ais, pori-pori wajah akan mengecil. Begitu juga ketika membasuh wajah menggunakan air suam, pori-pori akan terbuka.
FAKTA: Tahukah anda sebenarnya perkara itu cuma berlangsung pada saat itu sahaja. Lakukan rawatan wajah secara teratur dan gunakan masker atau skrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati supaya wajah bertambah lembut dan cerah.
MITOS: Oles madu sebelum tidur, bibir bertambah lembap dan sihat.
FAKTA: Madu lebah memang bagus untuk bibir kerana cairan madu mengandungi kadar gula yang dapat memberi nutrisi pada bibir dan menggantikan fungsi lip balm yang melembapkan.
MITOS: Membasahkan atau menjilat bibir supaya selalu kelihatan lembap.
FAKTA: Air liur mengandungi enzim yang akan membuatkan bibir anda semakin kering sebenarnya.
MITOS: Menambah olesan lipstick secara berulang tanpa membersihkan bibir terlebih dahulu.
FAKTA: Biasakan membersihkan bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstick yang baru terutamanya jika dipakai terlalu lama. Olesan yang dipakai pada waktu awal biasanya sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan terdapat sisa makanan yang menempel di bibir.
MITOS: Sikat rambut sekerap mungkin bakal membuatkan rambut anda sentiasa sihat.
FAKTA: Perlu berhati-hati kerana rambut bersifat mudah rapuh dan kulit kepala akan lebih berminyak. Sesekali gunakan jari untuk meluruskan rambut anda.
MITOS: Coklat dan makanan berminyak penyebab jerawat
FAKTA: Pnyebab timbulnya jerawat adalah disebabkan oleh produksi minyak pada kulit yang berlebihan dan tidak membersihkan wajah dengan sebaiknya.
MITOS: Timun dapat atasi lingkaran gelap pada bahagian bawah mata.
FAKTA: Benar tapi sifatnya hanya sementara. Setelah beberapa waktu, bahagian bawah mata anda akan kembali gelap. Meletakkan timun di atas mata yang terpejam hanya dapat menyejukkan kulit di sekitar mata dan mengurangkan lingkaran gelap tersebut.