Banyak yang kita dengari mengenai keburukan memakan kacang soya–ada yang mengatakan bahawa ia boleh meningkatkan risiko penyakit kanser payudara. Bahkan, memberikan kemudaratan kepada kadar testosteron lelaki. Tapi betul atau tidak fakta ini?
Ramai yang suka membuat andaian sedemikian, ada juga yang hanya mengatakan keburukan sesetengah benda tanpa bukti yang sahih. Jadi ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai kacang soya.
Jadi adakah kacang soya ini boleh berikan kemudaratan atau bahaya kepada sesiapa yang suka memakannya? Tidak di sangkal banyak mitos dan fakta yang tidak sahih tular di media sosial mengenai kacang soya yang kita sendiri tidak tahu dari mana datangnya.
Menurut Doctoroncall, kacang soya telah menjadi sumber makanan sejak beribu tahun dahulu lagi. Ia mampat dengan kandungan nutrisi dan khasiat yang dapat membekalkan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Pada zaman kini, kacang soya telah menjadi salah satu bahan sumber utama protein bagi pengamal vegetarian dari negara barat.
Jarang makan kacang soya? Mesti anda terus je tuang kicap tanpa lihat gambar yang di tampal di botol itu kan, sudah tentu anda tahu kacang soya banyak di gunakan dan di olahkan dalam pelbagai bentuk seperti kicap, tauhu, tempe, taufufa, susu soya, tepung soya, dan juga minyak soya. Jadi tidaklah menjadi satu tanda tanya kerana kebanyakan makanan yang mengandungi bahan kacang soya ini sudah menjadi makan ruji kita?
Sememangnya kacang soya mengandungi kandungan protein yang tinggi, tetapi, ia tidak setinggi protein yang ada pada haiwan. Kacang soya sangat sesuai buat pesakit diabetes kerana ia mempunyai GI (glyemic index) yang rendah bagi kandungan karbohidrat di mana secara tidak langsung menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dengan perlahan dan sedikit.
Artikel berkaitan: Tak Sangka Produk Kecantikan Drugstore Mampu Milik Yang Digilai Selebriti, Ramai Yang Puashati!
Terdapat juga asid folik yang di jumpai di dalam kacang soya, ia mata sesuai buat wanita yang hamil. Asid folik ini penting buat wanita hamil khususnya kerana ia membantu tumbesaran janin di dalam rahim terutama sekali dalam perkembangan saraf. Ada juga beberapa kelebihan kacang soya yang boleh di dapati, anataranya:
Osteoporosis adalah salah satu penyakit tulang yang di mana penghidap akan mengalami masalah tulang yang lemah dan juga mudah retak. Penyakit ini sering berlaku di kalangan wanita yang sudah mencapai tahap menopause, ia kerana ketika waktu itu kadar estrogen dalam badan mereka sudah mula menurun.
Hormon estrogen pula sangat penting dalam proses pembentukkan tulang yang sihat. Kacang soya mengandungi isoflavones yang serupa dengan hormon estrogen. Di dalam kes ini, osteoporosis boleh di rawat dengan penggunaan bahan gantian hormon jika mengambil pengambilan kacang soya.
Sudah tentu anda tahu mitos yang mengatakan kacang soya menyebabkan kanser payudara bukan? Sememangnya penjelasan itu mudah sahaja–kacang soya mengandungi isoflavones yang seakan-akan seperti hormon estrogen, jadi mereka menganggap ianya boleh meningkatkan risiko kanser payudara oleh kerana peningkatan estrogen yang berlebihan.
Hakikatnya, isoflavones yang ada di dalam kacang soya tidak mampu untuk menybebakan kanser payudara. Malah, ada kajian yang menunjukkan kandungan isoflavones dalam kacang soya boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Dalam satu kajian juga menunjukkan, wanita Asia yang makan kacang soya turut dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebelum dan selepas menopause.
Selain dari membantu penyakit seperti kanser payudara, kandungan isoflavones di dalam kacang soya juga boleh membantu untuk menurunkan risiko kacang manis atau diabetes mellitus jenis 2. Terdapat kajian yang menunjukkan, menambahkan kacang soya di dalam diet pemakanan mampu mengurangkan risiko kencing manis tetapi ia masih dalam pemerhatian lanjut.
Makanan yang berasaskan soya di syorkan bagi mereka yang ingin mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Terdapat beberapa jenis kolesterol seperti high density lipoprotein (HDL) yang merupakan ‘kolesterol yang baik’ dan low density lipoprotein (LDL) pula ‘kolesterol yang tidak baik’. Maka, kolesterol LDL adalah punca bagi penyakit yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.
Jadi, kacang soya berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL untuk berfungsi bagi mengalihkan kolesterol LDL daripada saluran darah. Ada kajian yang menunjukkan jika seseorang individu itu mengamalkan pengambilan bahan soya dalam diet pemakanan mereka, perubahan ketara di lihat dengan penurunan kolesterol LDL.
Kacang soya merupakan satu sumber protein, maka ia dapat membuatkan anda terasa kenyang dan lebih cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat. Ini secara tidak langsung membantu anda untuk menurunkan berat badan. Sebuah kajian telah di buat menunjukkan protein yang berasaskan haiwan dan kacang soya ini mampu beri kesan termogenik yang tinggi berbanding diet berasaskan karbohidrat.
Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, malah ia mampu membantu untuk mencantikkan kulit anda. Kacang soya amat kaya dengan vitamin E dan ia sangat memberikan manfaat kepada kesihatan kulit. Penggunaan pemebab yang mengandungi kacang soya amat membantu mengekalkan pelembapan kulit. Selain dari itu, ia mengandungi juga phytoestrogen yang berperanan untuk menghilangkan kedutan pada kulit dan buatkan kulit tampak lebih awet muda!
Jadi apa-apa yang anda dengar mengenai mitos kacang soya boleh berikan kemudaratan kepada kesihatan seperti kurangkan kadat testosteron, penyebab kanser payudara, kanser prostat, dan sebagainya itu perlulah mendapatkan kajian yang menunjukkan kesahihannya. Jangan takut untuk mencuba tetapi jika anda masih risau, boleh dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Sumber info dan gambar: Doctoroncall dan Canva
Artikel berkaitan: Tip Pemakanan Untuk Mengelakkan Penyakit Gastrik. Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.