Diam tak diam sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Inilah malam paling ditunggu-tunggu sekalian umat Islam. Malam lailatul qadar yang lebih baik daripada malam-malam sebelumnya

Sepatutnya malam inilah kita berteleku di tikar sejadah sambil melakukan pelbagai amalan ibadah dengan membaca Quran, berzikir dan mengerjakan amalan solat sunat.

Namun senario sekarang apa yang kita perhatikan, 10 malam terakhir inilah bagaikan lubuk rezeki kepada peniaga di Bazar Ramadan. Mana taknya, jualan barangan raya lebih murah daripada biasa dan Bazar Ramadan akan dibuka hingga dinihari. Seakan pesta apabila ada yang lelong pakaian ataupun kuih raya pada harga sangat murah.

Bukan itu sahaja, malah peniaga online juga tidak kurang sibuknya menjual baju raya di saat akhir. Semua blogger dan peniaga kecil bersaing menampilkan rekaan terkini. Malah untuk lebih senang ada yang menjual pakaian secara pakej sekeluarga.

Pelbagai strategi digunakan dan ada yang lebih awal mempromosi di laman sosial.

Walau bagamanapun, dalam kesibukan menyambut hari raya jangan kita lupa keistimewaan bulan yang mulia ini. Tak salah tapi kalau bijak pastinya kita temui apa yang kita mahu yang penting niat.

Misi dalam merebut 10 malam terakhir Ramadan. Sepatutnya di sepertiga 10 mlam akhir ini kita umat Islam bersedia dalam meningkatkan ibadah puasa dalam merebut syafaat 10 malam lailatul qadar.

Ads

Daripada kita asyik mempersoalkan isu ini, ayuh kongsi tip menjelang 10 malam terakir ini.

1. Muliakan niat, bersihkan hati yang tulus dengan memaksimakan ibadah.

2. Bacalah tafsir Al Quran dan fahami isi kandungannya.

Ini Misi Rebut Malam Lailatul Qadar Walaupun Sibuk Shopping Saat Terakhir.

Ads

3. Jangan menunggu sehingga ke malam 27 seharusnya bangun setiap malam 10 terakhir lakukan ibadah. “Barangsiapa yang terjaga (tidak tidur) di malam lailatul qadar dengan iman dan harapan dosa-dosanya akan diampunkan”. Insya-Allah.

5. Hafalkan doa malam lailatul qadar ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni (Ya Allah kau maha pengampun, maka ampunilah aku.)

Ads

6. Pakailah pakaian yang indah dan wangi-wangian ketika beribadah.

Ini Misi Rebut Malam Lailatul Qadar Walaupun Sibuk Shopping Saat Terakhir.

7. Bukan malam pasang status di laman sosial contohnya: (alhamdulilah nikmatnya dapat bermunajat ….)

8. Sabar menahan segala dugaan di 10 malam terakhir.

9. Yang paling penting Husnudhzon lah kepada Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedang meminta kapadaNya yang maha mencipta janganlah ragu-ragu dengan ketentuannya, yakin dengan sepenuh hati.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI