Bukan hanya mereka yang berbadan besar sahaja ada masalah perut buncit, sesetengah daripada mereka yang kurus juga turut mengalami masalah perut buncit dan menggeleber. Masalah yang sama turut dihadapi oleh wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak.
Tak mahu lagi hadapi masalah yang sama, anda bolehlah mencuba petua-petua mudah ini bagi mengempiskan perut. Tanpa bahan pengawet, ia sangat mudah untuk disediakan di rumah.
Rebusan Lemon, bawang putih & halia
Cara penyediaan :
– Potong halus 3 bahan :-
* 3 biji lemon – dipotong (jangan buang kulit)
* 3 labu bawang putih – di potong
* 2-3 inci halia – di potong
– Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
– Rebus dengan api perlahan selama 3-4 jam
– Sejukkan dan kisarkannya
(hasilnya pekat macam pati)
– amalkan minum sebelum breakfast
Air jamu detoks.
Bahan-bahanya :
1 batang serai.
3 keping asam gelugur.
1 biji lemon.
1 inci halia.
2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli.
– Bersihkan semua bahan.
– Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk
bersama 5 cawan air.
– Masak hingga mendidih.
Minum segelas pagi dan petang setiap hari. Lebihan air rebusan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Keluar dan panaskan setiap kali nak minum.
Kapur makan + limau nipis
– Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis.
– Kacau sampai sebati.
– Sapukan ke perut sebelum tidur. Biarkan semalaman.
* Untuk kesan yang lagi best, lepas sapu, pakai bengkung. Dijamin perut anda cepat kempis.
Rajinkan diri untuk sapu, baru lah cepat nampak hasilnya.
Air teh halia
– Bancuh teh hijau panas,
– Ambil setengah inci halia & ketuk.
– Masukkan halia kedalam air teh hijau tadi.
Kalau teh hijau takde kat dapur, teh biasa pun boleh. Cumanya, teh hijau ni lebih berkesan lah daripada teh biasa.
Senaman kempiskan perut
Ada beberapa senaman yang kita boleh amalkan, antaranya ialah:
* Bicycle crunch (bangkit tubi menganyuh basikal) yang mana senaman ini lebih fokus pada perut dan pinggang.
Caranya:
– Baring.
– Letakkan tangan ke belakang telinga.
– Angkat lutut kanan 45 darjah hingga menyentuh perut. Buat seperti sedang mengayuh basikal.
– Sentuhkan siku kiri ke lutut kanan. Lakukan berulang kali.
– Pastikan leher tidak digerakkan ke hadapan. Cukup sekadar bahu yang terangkat sedikit, bukannya belakang badan.
– Pastikan lutut lurus ke hadapan.
Selamat mencuba sister!
kredit: Petua Kesihatan Kecantikan Diri Dan Doa-Doa Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI