Mira Filzah Kongsi Hikmah Doa, Allah Beri Apa Kita Perlu Bukan Apa Kita Mahu

Share

Doa merupakan perantara antara kita dengan dengan Allah. Hikmah doa itu terbuka luas. Sesesorang yang berdoa pastinya mengharapkan doanya dimakbulkan. Doa juga merupakan satu medium rayuan kepada Allah.

Firman Allah:  “Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk

(Surah al-Baqarah: 186)

Kita sebagai hamba, memang tak terlepas daripada hajat. Pasti banyak hajat yang terbuku di hati. Walau apa pun, biarlah segala hajat kita itu, kita salurkan melalui doa dengan penuh pengharapan hanya kepada Dia, pemberi segala sesuatu. Cuma lambat atau cepat, dimakbulkan atau tidak, kita sebagai hamba, perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah, sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik.

Berikut perkongsian penuh makna mfmirafilzah tentang doa.

TUHAN TAKKAN TOLAK PERMINTAAN KITA

Bila bercakap tentang ‘Doa’, ya, kita boleh minta apa sahaja pada Tuhan. Tapi Allah akan bg apa yg kita perlu, bukan apa yg kita impikan. Boleh jadi kita doa tentang sesuatu, seseorang, banyaaakkk kali. Dalam setiap solat, tak cukup dgn itu, dlm setiap solat hajat, solat sunat yg lain. Tapi Doa itu tidak pernah dimakbulkan. Mungkin skrg tidak, mungkin akan datang. Wallahualam.

“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

(Al-Baqarah ayat 216)

Usahlah jemu dan putus asa untuk berdoa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Percayalah bahawa Allah telah merancang jalan cerita yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Sumber kredit: mfmirafilzah

 

 

 

Published by
Norhasliza