Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjaga santun dan juga penampilan sebagai wanita berhijab, Mira Filzah merupakan antara selebriti yang menjadi contoh ramai. Baik dari segi kerjaya, pelajaran mahupun sisi seperti kecantikan dan gaya fesyen, semuanya menjadi contoh yang baik kepada pengikutnya.
Khabar terbaharu, pelakon dan pengacara ini telah berkolaboratif bersama jenama fesyen terkanal tempatan, Lilit bagi menghasilkan sebuah koleksi fesyen yang diilhamkan dari personanya sendiri.
Menerusi koleksi ini, setia rekaan seolah-olah memancarkan auranya ibarat tumbuhan yang mengejar matahari, sentiasa subur menjalar di bumi biar setinggi mana ia tumbuh. Koleksi ini juga ditumpukan kepada gaya peribadi Mira yang santai. Jadi tidak hairanlah jika ia diterjemahkan menerusi corak cetakan yang menyerlahkan kesegaran dan keremajaan, serta kebebasan seperti sang rama-rama.
Koleksi kasual “whimsical” LILIT x Mira Filzah ini diilhamkan oleh rencah masam manis hidup ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, dengan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa berpanjangan, ramai mencari cara kreatif untuk membebaskan diri daripada kekangan persekitaran dan gaya fesyen tidak seharusnya terbatas. Semua boleh praktikal dan menawan dengan koleksi ini.