Mira Filzah figura yang cukup dikenali kerana kelembutan dan keayuan wajahnya. Seperti juga wanita lain, Mira juga amat mementingkan soal penjagaan kulit wajah. Impian setiap wanita, menginginkan kulit berseri tanpa cela dan awet muda.
Sebagai duta SAFI Youth Gold, Mira Filzah memilih hanya yang terbaik dalam kehidupannya agar terus bersinar umpama emas tidak terkecuali juga dalam soal penjagaan kulit wajah. Kerjasama Mira Filzah dengan SAFI Youth Gold lebih dari sekadar kempen. Mira sendiri telah bekerjasama dengan pakar di Institut Penyelidikan SAFI sebagai duta dan ‘pencipta’ bersama untuk rangkaian SAFI Youth Gold.
Bergelar seorang pelakon dan hos paling popular serta figura yang dikagumi dan disayangi ramai, wanita berkarier ini telah berjaya menempa banyak kejayaan. Memulakan kerjaya sebagai model pada usia 17 tahun, sebelum beralih ke bidang lakonan, Mira telah merangkul beberapa anugerah antaranya Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 32 2019: Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Gandingan Serasi Drama, Bintang Paling Popular (diundi oleh penonton 6.3 juta undi).
HANYA YANG TERBAIK JADI PILIHAN
Memasuki babak baru (perkahwinan) dan fasa kehidupan yang lebih matang, Mira lebih menitikberatkan soal perawatan kulit wajah. Mira menerapkan produk SAFI Youth Gold sebagai bahagian penting dalam rejimen perawatan kulitnya. Umpama emas yang bersinar, Mira merupakan bintang yang sentiasa memilih hanya terbaik untuk perawatan kulit wajah.
Ads
Semangat ‘Go For Gold’ Mira Filzah seakan sinonim dengan SAFI Youth Gold. Melalui kempen SYG Your Skin with Safi Youth Gold, ia bertujuan mendidik wanita untuk mengenal tentang tanda-tanda pertama penuaan kulit Asia seperti pigmentasi, garis halus dan lain-lain.
SAYANGI DIRIMU
Kempen SYG Your Skin diilhamkan melalui huruf S-Y-G, yang merupakan singkatan dari Safi Youth Gold dan juga singkatan dari kata ‘Sayang’. Mira sudah memulai ritual perawatan diri kepada SYG (sayang) dirinya dan SYG (sayang) kulitnya dengan cara yang terbaik. Sebagai wanita moden, berkaliber dan berkeyakinan, merawat kulit wajah adalah ritual penjagaan diri yang sangat penting bagi menyerlahkan penampilan.
Ads
Pigmentasi merupakan tanda-tanda pertama penuaan kulit wanita Asia. Sebagai salah satu rangkaian SAFI Youth Gold, SAFI Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir adalah formula serum berganda yang tidak berminyak. Ia berfungsi untuk membalikkan tanda-tanda pertama penuaan kulit serta mengurangkan pigmentasi dengan merawat lapisan kulit dalam. Hasilnya kulit jadi anjal, tegang dan bersinar bak keemasan.
PERAWATAN KULIT WAJAH ‘STANDARD EMAS’
Rangkaian penjagaan kulit SAFI Youth Gold dengan Teknologi Golden C-Lift adalah rangkaian perawatan kulit ‘standard emas’ yang dirumus oleh para pakar SAFI di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Penjagaan Kulit Halal yang paling maju di dunia.
Teknologi Golden C-Lift diperbuat daripada Nano Gold 24K dan Golden C, Vitamin C yang distabilkan dengan emas sehingga ia menjadi lebih ‘kuat’ serta membekalkan nutrisi yang diperlukan kulit wajah. SAFI Youth Gold Lifting 24k Golden Elixir juga diperkaya dengan 98% kepingan emas tulen untuk memberikan cahaya keemasan pada kulit wajah.
Ads
Teknologi Golden C-Lift diformulasikan untuk menembusi 12 lapisan kulit dalam hanya 2 jam untuk mengurangkan pigmentasi yang merupakan tanda pertama penuaan kulit wanita Asia. Ia juga meningkatkan struktur kulit supaya kulit lebih jadi lebih anjal, tegang dan lembut agar kulit kelihatan awet muda.
Dapatkan maklumat lanjut dan terperinci tentang SAFI Youth Gold Lifting 24K Golden Elixir dan rangkaian Safi Youth Gold dengan melayari www.safi.com.my Follow juga Facebook: SAFI.MY dan Instagram: safimalaysia
Kewujudan kesan jerawat di wajah memang merunsingkan. Rasa nak tepek je bedak tebal-tebal di muka sebab malu bila orang perasan.
Ah, sekarang anda dah boleh buang semua perasaan itu sebab kini ada produk yang mampu pudarkan segala parut jerawat di wajah dalam masa 14 hari tau!
Digemari ramai, 95% pengguna mengakui kesan jerawat di wajah hilang dalam 14 hari lepas menggunakan Set Pemutih Premium Hada Labo.
Selain itu, masalah kulit kusam dan bintik hitam juga dapat dilenyapkan sekali. Bukan main-main tau, produk ini terbukti keberkesanannya melalui 150 kajian wanita di Malaysia.
Menariknya, set ini dilengkapi dengan tiga produk yang mengandungi ramuan Triple Brightening (Niacinamide, Alfa- Arbutin & Vitamin C) untuk memberikan tiga kali kuasa pencerahan. Ia juga tidak mengandungi sebarang minyak mineral, pewangi, alkohol, sumber haiwan dan pewarna di dalamnya.
Bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencuci muka dengan menggunakan Premium Whitening Face Wash.
Ia mengandungi 3 jenis Hyaluronic Acid untuk hidrasi mendalam dan tidak akan mengeringkan kulit malah kulit akan terasa bersih dan lembut selepas menggunakannya.
Langkah kedua adalah dengan menggunakan Premium Whitening Lotion selepas mencuci muka. Produk ini boleh mengurangkan bintik hitam & parut jerawat di wajah dengan berkesan. Selain itu, ia boleh mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Ia juga membantu penjagaan kulit seterusnya untuk menyerap dengan lebih baik.
Seterusnya, langkah ketiga ialah dengan mengaplikasikan Premium Whitening Water Gel di wajah. Anda pasti akan jatuh cinta dengan tekstur gelnya yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit tetapi sangat berhidrat. Ia juga sangat sesuai digunakan sebelum anda memakai mask. Kulit pun akan jadi lebih cerah dan tona lebih sekata tau!
Tak susah pun sebenarnya nak dapatkan kulit yang bebas parut jerawatkan? Di samping itu, ada trik rahsia yang ingin dikongsikan. Rahsianya adalah anda juga boleh gunakan set ini sebelum bersolek bagi mendapatkan solekan yang lebih halus, tahan lama dan tidak bercapuk. Untungkan?
Bayangkan konten-konten kesukaan sis dihimpunkan dalam satu tempat… Ada artikel, video, podcast – termasuklah dari Hijabista, semuanya dalam satu aplikasi terbaharu yang dinamakan seeNI!
Nu Ideaktiv, dengan gembiranya memperkenalkan seeNI, sebuah aplikasi baru yang direka untuk mengumpulkan pelbagai jenis konten dalam satu lokasi yang mudah diakses.
“Tujuan seeNI dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses konten-konten lokal yang pelbagai. Kami di seeNI ibaratnya chef yang dah ada semua bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan untuk selera setiap lapisan generasi.
Jadi kami gabungkan semuanya untuk menghasilkan sesuatu yang semua orang boleh kongsi dan enjoy bersama-sama.” Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim
seeNI merupakan aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai jenis konten di dalamnya. Konten yang dipilih telah diteliti sesuai dengan selera dan minat para pengguna.
Sama ada anda seorang peminat fesyen, sedang mencari ilmu keibubapaan, seorang peminat sukan, atau sedang mencari pencerahan spiritual- seeNI bersedia dengan sesuatu yang istimewa untuk anda.
Platform kami menawarkan pelbagai pilihan konten sesuai selera masing-masing. Artikel bagi mereka yang gemarkan berita dan pandangan dengan maklumat yang mendalam untuk memberi informasi dan hiburan.
Podcast yang membawakan perbincangan tentang topik-topik menarik. Pelbagai jenis video untuk menghibur dan mendidik dan novel dalam talian yang akan membawa anda menjelajah ke alam baru.
Konten-konten yang diperolehi di seeNI diperoleh daripada rangkaian 19 penerbit digital terkemuka di bawah payung Nu Ideaktiv. Penerbit-penerbit terkemuka ini menghasilkan konten berkualiti dalam pelbagai bidang. SeeNI pula telah mengumpulkan konten-konten di dalam aplikasinya, menjadikan akses lebih mudah bagi pengguna.
“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan seeNI sebagai destinasi utama bagi pencinta konten lokal di luar sana. Dengan seeNI, anda boleh menjelajah dunia pengetahuan, hiburan, dan inspirasi, semua dalam satu tempat.”
Sangat mudah untuk download seeNI dalam peranti digital sis. Ikut cara-cara di bawah:
1. Scan QR kod di bawah. Atau download seeNI di Playstore atau Google Store.
2. Pilih tetapan bahasa yang disukai.
3. Pilih kategori yang diminati. Anda boleh memilih seberapa banyak yang anda mahukan.
4. Tahniah, seeNI anda bersedia untuk digunakan! Masa untuk skrol sampai lebam!
Jadi tunggu apa lagi? Semua sudah ada di seeNI. Tunggu download sahaja kat link tertera (klik sekarang)
Kalau sis dah muat turun, jangan lupa follow kami di media sosial juga ya!
Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita yang sangat berbakat dalam bidang rekaan fesyen tapi tak tahu bagaimana hendak mengembangkannya. Seringkali melihat kejayaan pereka fesyen tanah air mencipta nama di persada antarabangsa, pasti ramai yang memasang angan-angan untuk menjadi seperti itu juga.
Kini anda sudah boleh berhenti bermimpi kerana impian tersebut boleh menjadi kenyataan. Jika selama ini anda hanya mengambil tempahan baju secara kecil-kecilan dan tiada bajet untuk mengembangkan perniagaan, kini anda boleh maju setapak lagi dengan Selangor Fashion Accelerator!
Anda yang dicari
Seiring dengan industri fesyen modest yang sedang berkembang, Selangor Fashion Accelerator kini sedang mencari mereka yang berbakat dalam rekaan ‘Pakaian Sedia-untuk-Dipakai’ (Ready-to-wear) sederhana dengan sentuhan moden dan elemen minimalis.
Selangor Fashion Accelerator merupakan program intensif selama 2 bulan yang akan membantu 16 pemilik jenama fesyen yang baru bermula ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui bimbingan daripada mentor yang arif dan bengkel yang komprehensif di mana ia bakal membuka jalan bagi mengembangkan bisnes anda.
Menariknya, anda tidak akan dikenakan sebarang yuran langsung bagi menyertainya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk diperkenalkan kepada peneraju industri, peruncit dan pengilang dalam dunia fesyen.
Platform terbaik cipta nama
Selain itu, anda akan turut diajar dan dibimbing dalam dunia perniagaan fesyen serta berpeluang menemui para pelabur yang berpontensi melabur untuk jenama anda. Wah, macam-macam ada!
Jika anda merupakan seorang yang kreatif, bercita-cita tinggi, bersemangat besar dan memenuhi kriteria kelayakan, ini sememangnya platform yang terbaik untuk anda mencipta nama dalam industri ini.
Kriteria Kelayakan:
Jenama baharu / IKS Malaysia
Kurang daripada lima (5) tahun diperbadankan
Menghasilkan rekaan modest untuk ‘Pakaian Sedia Dipakai’ (RTW)
Seronoknya kalau dapat mengecap impian, kan! Jadi, tunggu apa lagi? Segeralah daftarkan diri untuk mendapatkan peluang keemasan ini. Tempat adalah terhad. Rugilah kalau terlepas nanti.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...