Apabila menjadi Public Figure dan dikenali, sudah pasti mendapat perhatian dan spotlight dari orang ramai. Atas dasar ini, maka pasti ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab serta gemar mengambil kesempatan ‘menangguk di air yang keruh’ seperti apa berlaku kepada pelakon dan juga personaliti popular, Mira Filzah ini.
Menerusi hantaran di IG Story miliknya, Mira menguar-uarkan bahawa terdapat segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan namanya tanpa segan silu dan menyamar bagi mendapatkan sponsor menerusi aplikasi WhatsApp.
Sumber gambar: Lobak Merah
Perkara ini mula diketahui oleh Mira sendiri apabila dimaklumkan oleh jirannya berhubung perkara berkenaan, kerana secara kebetulan jiran Mira adalah kenalan rapat pengusaha biskut tersebut.
Jirannya memaklumkan bahawa, pengusaha biskut itu menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘Mira Filzah’. Akibat merasa sangsi dan khuatir dengan perkara itu, pengusaha biskut tersebut meminta jiran Mira untuk mendapatkan kesahihan dengan bertanyakan perkara ini kepada tuan empunya badan.
Artikel berkaitan: Ekspresi Keperibadian Yang Anggun, Mira Filzah Perlukan Keselesaan Setiap Helaian Yang Digayakan
Justeru, Mira menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak pernah meminta sebarang sponsor secara peribadi menerusi aplikasi WhatsApp
.Mira turut menyatakan kekesalan serta ketidakpuasan hatinya berhubung perkara yang berlaku ini. Sehubungan itu, tegasnya kenyataan ini dibuat agar orang ramai lebih cakna dan waspada serta tidak termakan ‘umpan’ pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira.”
Jadi, berhati-hati lah sis! Ingat tak semua nombor individu yang mesej anda menggunakan nama artis dan personaliti-personaliti terkemuka itu benar, awas ya! Sekarang ini scammer berleluasa di mana-mana sahaja. Malah, mereka sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan tanpa kita sedari.
Hijabista sarankan agar sis semua semak dahulu kesahihan individu yang menghubungi anda, sebelum bersetuju dengan permintaan yang dianjurkan mereka.
Artikel berkaitan: “Okaylah Keluar Tiga Jam Sahaja. Lama-lama Mama Tak Beranilah”- Mira Filzah Cepat Panik Bila Anak Menangis
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah & Lobak Merah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.