Mira Filzah ‘Beauty With Brain,’ Pernah Jadi Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2010, Kongsi Tip Belajar              

Share

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.

Di usianya kini 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan arjuna hati, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang calang.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.


“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.

“Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.

“Nilai sebuah kehidupan manusia itu tak bererti jika tidak memberi manfaat kepada orang lain. Khusus juga dalam hal akademik, manfaat yang diperoleh patut disebarkan.


“Perkahwinannya baru baru ini juga tular. Ada saja cerita perkahwinannya yang dikongsi di media sosial. Pendek kata, Mira mempunyai aura dan impak besar. Lalu dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni, kita turut mahu lebih ramai lagi pelajar SPM berjaya sepertinya.

“Kita mahu lebih banyak kisah kejayaan SPM diraih kelak tular juga. Tanpa sedar figura seni terkenal ini memberi inspirasi kepada ramai golongan. Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar.

“Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya. Tanpa perlu terlalu beriya iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.

Published by
Norhasliza