Pernah tak sis beli minyak wangi yang baunya sangat wangi apabila di kedai. Namun, bila sudah pulang dari kedai, sis cuba untuk sembur lagi di rumah, sekali baunya tidak sama!

Ada juga situasi di mana ada orang yang beli minyak wangi yang banyak tapi hanya separuh sahaja yang serasi dengan sis. Habis sahaja duit beli deretan minyak wangi tapi tak pakai kerana hal sebegini.

Apa minyak wangi yang sesuai dengan sis?

Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Sis kena faham maksud serasi dengan kita ini bukanlah hanya berpandukan dengan bau malah ia berkaitan dengan aura serta personaliti. Ada orang yang mempunyai watak yang riang namun bau minyak wanginya tidak menunjukkan perwatakkan serta aura yang serasi.

Jadi bagaimana kita nak ketahui apa jenis yang sesuai dengan kita? Usah khuatir sebab kami dari Hijabista pasti akan rungkaikan dengan anda mengenai masalah ini, kita tidak mahu sis habis duit dengan begitu sahaja bukan? Ikuti tip ini supaya anda tidak membazir.

Artikel berkaitan: Tak Perlu Sembur Minyak Wangi Satu Badan, Membazir Tau! Lakukan 5 Tip Ini Untuk Minyak Wangi Anda Kekal Lama!

#1 Kenali personaliti anda sebelum membeli

Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Ads

Secara asasnya kita tahu mengenai perwatakan kita, ada yang riang, pendiam, dan sebagainya. keserasian minyak wangi akan membuatkan kita berasa lebih yakin kerana ia boleh menampilkan watak kita dengan lebih senang.

Sebagai contoh, wanita yang berperwatakkan lemah-lembut atau soft spoken akan lebih cenderung untuk memilih minyak wangi yang berbau manis kerana ianya tidak terlalu drastik dan agresif, lembut dan tenang sahaja. Manakala, bagi lelaki yang aktif dengan sukan dan lakukan aktiviti lasak, mereka akan suka untuk menjaga imej sebagai seorang yang maskulin. Mereka akan lebih cenderung memilih minyak wangi yang berbau citrus dan segar, jadi boleh memberikan mereka kelihatan lebih segar sepanjang hari.

#2 Sederhana lebih baik

Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Adakalanya, seseorang individu lebih gemar untuk memilih bau yang terlalu agresif dan ‘menyengat’ hidung. Ia boleh membuatkan orang lebih senang untuk mengecam anda. Walaupun begitu, sis mungkin tidak suka untuk di ingat dengan begitu senang. Jadi anda boleh cuba pilih minyak wangi yang kurang agresif dan mungkin kena pada masanya.

Pemilihan di kedai juga perlu sis dengan kadar yang sederhana. Ada orang yang suka untuk membuat pilihan dan cuba terlalu banyak minyak wangi dengan sangat banyak pada masa yang sama. Jika anda lakukan begitu ia akan buat anda pening dan susah untuk pilih minyak wangi yang betul-betul kena dengan anda. Cuba satu persatu dan jangan terlalu gelojoh.

Ads

#3 Cuba dan biar seketika

Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Apabila anda sembur minyak wangi untuk mencuba, pastikan anda ada jarak masa untuk bau minyak wangi tersebut. Biarkan sekitar 1 hingga 2 minit supaya minyak wangi tersebut sebati dengan bau di persekitaran dan bau badan.

Bau yang terhasil selepas semburan adalah hasil dari tindakbalas antara pati minyak wangi dengan pH permukaan kulit kita. Jadi ia sangat penting untuk anda pastikan masa yang di ambil untuk ia sebati kerana ia menajdi penentuan yang sangat penting bagi pemilihan minyak wangi yang betul.

#4 Kenapa saya dah tak bau minyak wangi sendiri?

Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Ads

Apabila sudah lama pakai minyak wangi tersebut, sis pasti mengalami masalah yang di mana sis tidak lagi bau minyak wangi sepertimana sis mencuba di awal-awal dahulu. Jadi apakah punca daripada masalah ini?

Hakikat yang sis kena tahu adalah setelah memakai minyak wangi bagi tempoh yang agak lama, dan ianya berulang kali juga kerap di gunakan, otak sudah mula berhenti menghantar deria bau wangi tersebut ke hidung kita. Jadi jangan anggap bahawa orang lain di sekeliling tidak bau minyak wangi yang kita pakai.

Ikut kata hati untuk memilih bau boleh sis, cumanya kena tengok dahulu keadaan kerana kita tidak tahu macam mana ia melekat di badan kita. Mungkin pada dasarnya ia agak rumit tetapi kita hanya boleh buat untuk kebaikan menjaga imej kita.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Melapisi Minyak Wangi, Cipta Personaliti Menarik Anda Dengan 15 Bauan Dalam Koleksi Ini.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI