Tidak mahu makan makanan berat di waktu malam? Anda sedang berdiet? Jom cuba resipi smoothie buah-buahan ini kala di rumah sebagai salah satu usaha untuk langsing dengan cepat.
Bila dah penat pulang dari pejabat, pastinya anda inginkan sesuatu yang menyegarkan! Apa kata jadikan menu ini sebagai menu wajib anda setiap malam? Minuman smoothie dengan perisa asli buah-buahan mampu memberikan perut langsing, jadi tiada lagi masalah perut buncit. Bukan hanya mampu membuatkan perut tampak kempis, malah tubuh akan lebih ramping dan menawan. Sekaligus tubuh mendapat lebih banyak khasiat daripada vitamin yang ada pada buah-buahan.
Resipi smoothie mudah dan cepat ini sesuai untuk diambil kala sarapan pagi, makan tengahari dan kala bersantai. Jom cuba!
Bahan-bahan:
¼ cawan buah mangga dipotong kiub
¼ cawan buah avokado ditumbuk
½ cawan jus mangga
¼ cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan
1 sudu perahan limau kasturi
1 sudu gula
6 ketul kiub ais
Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong buah mangga atau sebiji strawberi untuk lebih enak.
Bahan-bahan:
½ cawan susu tanpa lemak tambahan
½ cawan yogurt tanpa lemak tambahan
2 sudu mentega kacang
¼ dari sebiji pisang
4 ketul kiub ais
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan proses sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.
Bahan-bahan:
½ cawan susu soya
¾ cawan yogurt perisa vanila
1 sudu rempah epal pai
1 biji buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit
2 sudu mentega gajus
Kiub Ais
Cara-cara:
Kisar semua bahan-bahan dalam mesin pengisar selama satu minit. Hidang ke dalam gelas bersama sudu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe