Kecantikan

Minuman Ajaib Ini Bukan Setakat Buang Angin Tapi Paling Best Boleh Turunkan Berat Badan

Share

Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah sakit-sakit urat serta lenguh-lenguh badan. Keadaan ini tentunya akan membuatkan kita jadi tidak selesa. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Berikut perkongsian Nana Ismail

PETUA BUANG ANGIN SAMBIL TERKURUS

Ramai betul yang mengadu kerap betul sakit-sakit urat saraf dan lenguh-lenguh habis satu badan.

Actually tu semua berpunca daripada masalah angin dalam badan. Maklum la nak sendawa tak keluar, nak kentut pun tak lepasss.

Adudududuu naik CEKANGGG perut ni haaaa kalau angin merodokk dalam perut. Tapi takpee korang boleh amalkan petua ni ok!

In advance boleh TERKURUSSS juga wey! Orang yang ada masalah kegemukkan tapi lambat turun tu sebab ANGIN lahh! Haaaa cepat amalkan k.

BAHAN-BAHAN:
2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh hijau
Gula perang secukup rasa
Air putih

CARA-CARA:
1. Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.

2. Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.

3. Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.

KHASIAT HALIA:
*Buang angin dalam badan
*Mengurangkan kesakitan sengugut period
*Merendahkan paras kolestrol
*Membantu penghadaman
*Menurunkan berat badan

KHASIAT TEH HIJAU
*Merupakan antioksidan yang amat bagus.
*Melambatkan penuaan pada wajah
*Memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif.
*Membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga
*Peningkatan kadar metabolisme
*Bagus untuk kesihatan usus

P/S: Teh hijau jenama apa pun takpeeee. Nana nasihatkan minum pada hari yang sama juga tau.

Kalau minum sorang tuu, buat 1 uncang buh dalam cawan jaaa. Hiris 2-3 halia buh gula then tuang air panas.

AMARAN: Tak sesuai dijadikan minuman sepanjang hari ye. Kalau tak badan korang akan dalam keadaan hydrated then RISIKO ke arah kegemukkan air plak dah.

Published by
Norhasliza