Minum ‘Sirap Susu’ & Tidur Atas Lantai, Pengalaman Hidup Susah Masa Kecil Buatkan DS Aliff Syukri Mewahkan Anak-Anaknya!

Share

Kejayaan demi kejayaan diraih jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memang begitu memberi inspirasi kepada semua orang. Namun segala kejayaan itu tidak datang bergolek. Malah mengakui beliau bukan dari kalangan keluarga senang. Namun dek kerana kerja kuat dan keazaman yang tinggi membolehkan beliau merasai kesenangan hasil penat lelahnya selama ini. Justeru, apabila mempunyai anak, Datuk Aliff Syukri tekad tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Menulis dalam status instagramnya, Datuk Aliff Syukri memberitahu anak-anak adalah segala-galanya untuknya. Merujuk kepada anak yang baru dilahirkan, Yusof Qardawi beliau memberitahu ketika zaman kecilnya ibu dan ayah tidak mampu membahagiakan dengan kesenangan.

Malah mereka hidup merembat dan apabila besar sedikit barulah merasai kesenangan. Ini adalah kerana faktor hidup susah ketika itu dan juga perceraian yang berlaku antara ibu dan ayahnya.

Beliau masih ingat ketika dia masih bayi, ibunya tidak mampu untuk membeli susu dan menggantikannya dengan air sirap sahaja. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa tidur beralaskan lantai sahaja tanpa adanya tilam atau katil..

Datuk Aliff Syukri juga turut memberitahu dia hanya dilahirkan di rumah sahaja bukan di hospital. Ini kerana ketiadaan duit untuk membawa ibunya ke sana dan juga faktor rumah yang jauh dari hospital.

Menyedari kesusahan lalu yang dialami olehnya ketika zaman kecil menyebabkan Datuk Aliff Syukri tidak mahu perkara yang sama berulang berlaku pada anak-anaknya.

Walaupun kisah pahit itu berlaku lebih 30 tahun dulu, namun kesan dan ingatannya masih sukar dipadamkan dari kotak memori beliau.

Jadi tiada salahnya jika anak keempatnya yang baru lahir dua minggu lalu diraikan dengan penuh kemewahan. Ini kerana beliau mampu memberikan lebih dari itu.

Lagipun tiada salahnya Datuk Aliff Syukri bermewah kepada zuriatnya sendiri kerana merekalah kelak bakal pewaris harta kekayaan yang dimiliki.

Bagaimanapun semoga Datuk Aliff Syukri tidak lupa diri dan sentiasa istiqomah dengan kurniaan rezeki dari Allah.

Netizen juga turut tersentuh dengan kisah silam kehidupannya ketika kecil dulu. Mereka turut mendoakan semoga keluarga beliau di rahmati Allah.

@arafahazhar Alhamdulillah. Smg keluarga dlm lindungan Allah selalu dato’

@riena5467 Setiap IBUBAPA inginkan bg kesenangan dan kemewahan pd ank2..tp bukan smua memiliki rezeki spt Dato @aliffsyukriterlajaklaris …syukur alhamdulillah dato diberi dan dilimpahi rezeki utk ank2…

@farahsahny9563 Sedihnye Bace kisah dato..comel Yusof ..semoga dato diberi kesihatan yg baik,diberi kekuatan dan kesabaran dan dirahmati oleh Allah s.w.t.amin

@zai_eton_husin Memberi inspirasi..moga trus success dan dikuat serta ditambahkan keimanan..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI & SHAHIDA DHERBS

Published by
Siti Zurina