Setiap hari dan waktu, kita pasti mengalami masalah yang susah untuk kita tangani–iaitu mengantuk yang melampau! Kadang, dah minum dua cawan kopi pun masih mengantuk, takut overdose pulak nanti.
Secara umumnya terdapat banyak cara untuk menghilangkan mengantuk, tapi kadangkala kita perlu cari alternatif lain sebab tak semua boleh pakai! Jadi, jom ketahui dengan lebih lanjut cara untuk menghilangkan mengantuk dengan Hijabista.
Rasa mengantuk boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, kadang sewaktu sedang asyik belajar, bekerja, dan ada ketika sewaktu memandu kenderaan! Sangat bahaya! Tetapi keadaan ini selalunya di kaitkan dengan masalah susah untuk fokus dan tidak mampu untuk mengawal emosi.
Artikel berkaitan: Tidur Yang Tidak Berkualiti Punca Berat Badan Meningkat Dan Wajah Jadi Cepat Tua! Atasinya Dengan 5 Langkah Ini!
Bila bangun tidur di waktu pagi juga, kita masih lagi berasa mengantuk walaupun sudah cukup lapan jam tidur. Ya, mengantuk ini juga ada berpunca daripada beberapa aktiviti yang kita lakukan pada waktu siang yang memberikan kesan kepada badan sewaktu malam, antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah:-
Sudah semestinya kurang tidur atau rehat adalah faktor utama dalam masalah ini. Tidur adalah waktu yang sangat penting buat manusia kerana badan kita memerlukan rehat yang mencukupi untuk menjana dan proses tenaga untuk di gunakan pada keesokan harinya. Jadi di sebabkan badan yang kurang rehat, ia menjadi lesu dan terpaksa bekerja berlebihan.
Anda jangan ingat kurang tidur sahaja boleh muncul masalah ini, terlebih tidur juga boleh menjadi salah satu faktor. Jika seseorang yang tidur melebihi 8 jam setiap hari juga boleh berasa lesu dan penat pada keesokan paginya.
Stres dan kemurungan menyebabkan seseorang itu susah untuk melelapkan mata pada malam hari dan akan menyebabkan rasa mengantuk di siang hari. Kemurungan juga sering di kaitkan dengan masalah gangguan tidur, seperti insomnia dan sindrom kaki gelisah (restless legs syndrome).
Minum air adalah sangat penting kerana badan anda mempunyai 70% kandungan air, jadi air sangat di perlukan untuk kekal hidrasi. Kurang minum air dan berlaku dehidrasi akan menyebabkan organ badan susah untuk menjana tenaga dan anda akan sentiasa rasa lesu sepanjang hari. Tambahan pula, anda akan mengalami perasaan penat yang sangat cepat dan juga mengantuk.
Sudah tentu anda akan memilih untuk minum kopi dan air yang mengandungi kafein kerana ia dapat membantu badan supaya berjaga sepanjang hari. Tetapi, hasil pengambilan kafein yang terlalu banyak dan kerap akan membuatkan anda susah untuk tidur dan anda akan sering mengalami masalah mengantuk serta kurang tenaga.
Apabila anda perlu bekerja dalam keadaan yang tidak membolehkan anda untuk bergerak, seperti kena menghadap komputer riba, sudah tentu badan akan mulai terasa lesu dan mudah mengantuk. Kondisi badan akan mulai menjadi sangat perlahan dan seolah-olah dunia ini bakal melabuhkan tirai kerana tidak bergerak dan hanya statik kepada satu tempat.
Seperti yang telah anda lihat punca kepada masalah mengantuk ini semuanya terdiri dari permasalahan penjagaan tubuh badan kita. Ada juga yang tidak dapat di elakkan seperti kondisi stres dan kemurungan akibat penyakit mental. Tetapi permasalahan ini mempunyai solusinya sendiri.
Tidur atau mendapatkan rehat yang ideal adalah selama 7-8 jam setiap hari bagi orang dewasa. Apabila sudah cukup tidur tetapi masih lagi berasa mengantuk, anda boleh cuba untuk lelapkan mata selama 30 hingga 60 mini bagi menghilangkan rasa mengantuk itu.
Artikel berkaitan: Selalu Mengantuk Di Siang Hari ? Mungkin Itu Tanda-tanda Ada Penyakit Kronik
Selain itu, terdapat beberapa cara juga untuk atasi masalah mengantuk ini sepertinya:-
Alternatif lain juga adalah seperti minum minuman yang ada kandungan kafein, kopi, supaya dapat memberikan booster kepada badan. Tetapi haruslah beringat untuk tidak menyalahgunakan kafein kerana khuatiri boleh memberikan mudarat buat badan. Anda perlu ingat, jangan paksa diri untuk melakukan suatu pekerjaan, perlulah jaga diri supaya kesihatan tubuh badan akan terjamin.
Sumber gambar dan info: Canvan dan Alodokter
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.