Tidak perlu bersusah payah untuk kelihatan cantik mempesona. Sebenarnya gaya hidup anda itu yang banyak memberi pengaruh pada faktor sihat dan cantik tubuh. Mungkin masih belum terlewat, beberapa fakta berikut boleh membantu meningkatkan keyakinan diri sekali gus buatkan anda terlihat cantik semula jadi.
2. SENAMAN RINGKAS – Kesibukan dengan tugas harian membuatkan anda tidak mempunyai waktu untuk bersenam. Namun, ada cara mudah yang boleh anda praktikkan walau di mana anda berada. Jika ada masa terluang, lakukan senaman ringkas yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
3. MAKAN LEWAT MALAM – Waktu makan malam yang seeloknya adalah pada pukul 7.00 malam.
4. DUA BIJI EPAL – Buah epal adalah sumber fiber yang baik. Mereka yang mengalami masalah sembelit di sarankan makan 2 biji epal setiap hari.
5. MAKANAN RINGAN – Keju rendah lemak, jeruk, buah zaitun atau buah-buahan kering lebih elok dijadikan sebagai makanan ringan kerana kaya dengan protein dan rendah kalori.
6. KALSIUM YANG CUKUP – Amalkan pengambilan susu atau yogurt setiap hari untuk membekalkan kalsium yang cukup buat tubuh.
7. PENGAMBILAN LEMAK – Pengambilan omega 3 sebagai lemak yang bagus untuk keperluan tubuh adalah perlu. Ia tidak menggemukkan dan turut menjaga kesihatan jantung.
8. NUTRISI MENCUKUPI – Makanan organik baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
9. GULA DALAM DARAH – Jika berdiet, ia bukanlah dengan cara mengelakkan 100% makanan bergula atau mengambil soda diet. Ia hanya membuat tahap gula dalam darah semakin rendah dan membuatkan anda berasa lebih lapar.
10. SISTEM PERNAFASAN – Aromaterapi atau terapi wad antara remedi yang baik untuk sistem pernafasan dan untuk kesihatan kulit serta kecantikan.
11. HIDRASI – Semburkan sedikit air pada wajah mengikut waktu yang rutin, contohnya setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan pori-pori tersumbat, selain mengurangkan masalah kekeringan kulit.
12. MINYAK ZAITUN – Mempunyai pelbagai kegunaan, bagi mengelakkan kulit daripada kekeringan campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam air mandian ( air suam) anda.
13. PELEMBAP – Minyak jarak ( castor oil) boleh berfungsi sebagai pelembap. Boleh disapukan pada wajah atau bahagian kering seperti siku dan lutut.
14. SKRUB – Garam, gula, oat dan almond antara kandungan utama yang baik untuk dijadikan skrub bagi menanggalkan sel kulit mati.
15. TIMUN – Berfungsi sebagai penyejuk dan juga pembersih. Manakala jus timun pula baik sebagai astrigen.
16. EPO – Tahukah anda, kapsul evening primrose oil baik untuk kesihatan kulit secara menyeluruh.
17. VITAMIN E – Amalkan pengambilan Vitamin E dalam menu harian anda kerana ianya sumber baik untuk kulit.
18. VITAMIN C – Untuk mengekalkan kesihatan kulit.
19. PENGAMBILAN JUS SELERI atau lobak merah setiap hari boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda dan bertenaga.
20. MINYAK ALMOND – juga boleh digunakan untuk merawat rambut rosak. Sapukan minyak itu pada rambut sebelum masuk tidur dan basuh keesokan harinya.