Tidak perlu bersusah payah untuk kelihatan cantik mempesona. Sebenarnya gaya hidup anda itu yang banyak memberi pengaruh pada faktor sihat dan cantik tubuh. Mungkin masih belum terlewat, beberapa fakta berikut boleh membantu meningkatkan keyakinan diri sekali gus buatkan anda terlihat cantik semula jadi.
1. Tidur yang cukup adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup setiap hari antara 7 hingga 8 jam.
2. Kesibukan dengan tugas harian membuatkan anda tidak mempunyai waktu untuk bersenam. Namun, ada cara mudah yang boleh anda praktikkan walau di mana anda berada. Jika ada masa terluang, lakukan senaman ringkas yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
*Senaman berat seperti berlari, melompat atau naik tangga.
*Senaman yang ringan seperti berjalan. Lakukan selama 5 minit sebanyak 3 kali setiap hari.
3. Elakkan makan lewat malam. Waktu makan malam yang seeloknya adalah pada pukul 7.00 malam.
*Makan lewat akan menyebabkan kalori yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat diproses untuk kegunaan tenaga sebaliknya disimpan menjadi lemak!
4. Buah epal adalah sumber fiber yang baik. Mereka yang mengalami masalah sembelit di sarankan makan 2 biji epal setiap hari.
*Makan 2 biji epal sehari.
5. Keju rendah lemak, jeruk, buah zaitun atau buah-buahan kering lebih elok dijadikan sebagai makanan ringan kerana kaya dengan protein dan rendah kalori.
6. Amalkan pengambilan susu atau yogurt setiap hari untuk membekalkan kalsium yang cukup buat tubuh.
7. Pengambilan omega 3 sebagai lemak yang bagus untuk keperluan tubuh adalah perlu. Ia tidak menggemukkan dan turut menjaga kesihatan jantung.
8. Makanan organik baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
9. Jika berdiet, ia bukanlah dengan cara mengelakkan 100% makanan bergula atau mengambil soda diet. Ia hanya membuat tahap gula dalam darah semakin rendah dan membuatkan anda berasa lebih lapar.
*Elakkan pengambilan air manis atau soda.
10. Aromaterapi atau terapi wad antara remedi yang baik untuk sistem pernafasan dan untuk kesihatan kulit serta kecantikan.
11. Semburkan sedikit air pada wajah mengikut waktu yang rutin, contohnya setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan pori-pori tersumbat, selain mengurangkan masalah kekeringan kulit.
12. Minyak zaitun mempunyai pelbagai kegunaan. Bagi mengelakkan kulit daripada kekeringan, campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam air mandian ( air suam) anda.
*Pelbagai kegunaan minyak zaitun.
13. Minyak jarak ( castor oil) boleh berfungsi sebagai pelembap. Boleh disapukan pada wajah atau bahagian kering seperti siku dan lutut.
14. Garam, gula, oat dan almond antara kandungan utama yang baik untuk dijadikan skrub bagi menanggalkan sel kulit mati.
15. Timun berfungsi sebagai penyejuk dan juga pembersih. Manakala jus timun pula baik sebagai astrigen.
*Timun sebagai penyejuk.
16. Tahukah anda, kapsul evening primrose oil baik untuk kesihatan kulit secara menyeluruh.
17. Amalkan pengambilan Vitamin E dalam menu harian anda kerana ianya sumber baik untuk kulit.
18. Vitamin C pula bagus untuk mengekalkan kesihatan kulit.
19. Pengambilan jus lobak merah atau jus seleri setiap hari boleh membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda dan bertenaga.
*Amalkan minum jus lobak.
20. Minyak almond juga boleh digunakan untuk merawat rambut rosak. Sapukan minyak itu pada rambut sebelum masuk tidur dan basuh keesokan harinya.